in

Sekitar Prebiu Dokumentari P.Ramlee di Saluran History™

Saluran HISTORY™ Memberi Penghormatan Kepada Tan Sri P. Ramlee

Pada 19 Oktober lalu, Budiey ada menghadiri screening untuk dokumentari terbaru tentang seniman aguna P.Ramlee di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Selain media, screening ini dihadiri oleh seniman veteren seperti Mariani, Datuk Aziz Satar, anak kepada Allahyarham P. Ramlee iaitu Sazali, pengarah berkaliber Shuhaimi Baba dan ramai lagi.

P. Ramlee

Event ini dianjurkan oleh AETN All Asia Networks yang memiliki dan mengendalikan saluran HISTORY™ di Malaysia. Dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang berganding bahu memberi penghormatan kepada seniman agung tanahair, P. Ramlee pada bulan Oktober ini dengan penerbitan asli berkisar kehidupan ikon layar perak kesayangan ramai ini.

P. Ramlee ialah satu rancangan biografi selama dua jam yang mendedahkan kisah menakjubkan mengenai Arwahyarham Tan Sri P. Ramlee, seorang pelakon, penyanyi, pelawak, komposer, penulis skrip dan pengarah filem yang serba boleh.

Daripada seorang yang tidak dikenali, P. Ramlee muncul sebagai anak emas panggung Malaysia, dikagumi oleh penggemar-penggemar filem di seluruh rantau dengan hasil kerjanya yang meliputi 66 buah filem dan lebih daripada 360 buah lagu.

P. Ramlee

Walau bagaimanapun, apabila beliau menyahut panggilan Ilahi pada tahun 1973 ketika hanya berusia 44 tahun, beliau telah diketepikan daripada industrinya sendiri sehingga dipersendakan dan difitnah oleh orang-orang yang pernah menyanjungi beliau. Beliau meninggalkan muka bumi ini dengan hati yang patah dan terluka.

Beberapa tahun selepas pemergian beliau, perasaan bersalah menyusup membelenggui penggemar-penggemar filem dan hasil kerja beliau telah menyedarkan mereka bahawa beliau tidak dihargai dengan sewajarnya.

Hari ini, pelbagai anugerah, darjat kebesaran dan penghargaan yang diberikan kepada P. Ramlee namun setelah 40 tahun pemergiannya, penduduk Malaysia masih dihantui detik kehilangan satu-satunya penggerak seni panggung. Akhirnya, pemergian beliau memberikannya kemasyhuran yang dicuba dicari sepanjang kehidupan beliau.

P. Ramlee

“P. Ramlee merupakan seorang seniman yang dikagumi bukan hanya kerana kebolehannya menghibur, tetapi juga kerana kesungguhannya untuk menceritakan kisah-kisah yang boleh membangkitkan emosi. Kisah kehidupan beliau juga merupakan satu kisah penuh emosi – kisah mengenai harapan, ketabahan dan karisma yang membolehkan para penonton melihat ke dalam penjalanan seorang lelaki menjadi ikon. Kami sungguh gembira kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan FINAS dalam menerbitkan dokumentari istimewa dua jam ini. Kami percaya bahawa para penonton akan terpesona dengan rancangan yang tidak akan diceritakan dengan lebih indah dan terperinci sepertimana yang akan kami siarkan,” kata Michele Schofield, Naib Presiden Pengaturcaraan dan Penerbitan, AETN All Asia Networks.

Diterbitkan oleh Pesona Pictures dan diarahkan oleh Shuhaimi Baba, para penonton akan menyusuri titian memori bersama-sama mereka yang mengenali dan menyanjungi beliau seperti Sazali Ramlee, Datuk Aziz Sattar, Datuk Sarimah Ahmad, Hashimah Yon dan Datuk Siti Nuhaliza.

Dokumentari ini juga menampilkan sedutan ekslusif yang tidak pernah disiarkan di kaca TV seperti temuramah bersama kaum keluarga dan rakan-rakan rapat P. Ramlee sebelum pemergian mereka, di antaranya, Nasir P. Ramlee, anak kepada P. Ramlee; Sukardi, teman zaman kanak-kanaknya; Dato’ Ahmad Daud, teman sekampungnya dan Datin Saadiah, teman seperjuangannya di dalam industri perfileman.

P. Ramlee

“FINAS amat berbangga dan berbesar hati di dalam memainkan peranan yang penting dalam memperingati kehidupan seniman agung P. Ramlee kepada para penonton seluruh Asia. P. Ramlee merupakan seorang seniman yang kreatif dan pintar di sebalik tabir kebangkitan sinematografi negara. Bakat beliau sebagai pelakon, penyanyi, pelawak, komposer, pemuzik, penulis skrip dan pengarah filem telah menjadi sumber inspirasi kepada beberapa generasi anak muda, terutamanya pengarah-pengarah muda di Malaysia,” kata Mohd Mahyidin Mustakim, Ketua Pengarah FINAS.

P. Ramlee akan disiarkan di Saluran HISTORY (Saluran Astro 555) pada 31 Oktober 2010, pada jam 9.00 malam. Untuk memenuhi permintaan penonton, rancangan ini akan disiarkan dengan suara latar di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, bersamaan dengan sarikata Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina.

Mengenai Saluran HISTORY™
Saluran HISTORY™ merupakan destinasi utama pendedahan kisah-kisah sebenar yang dipetik daripada peristiwa-peristiwa penting secara lebih berinformasi, menghiburkan serta dapat membawa penonton kembali berhubung dengan sejarah. Rancangan-rancangan yang disiarkan semuanya merupakan rancangan yang memenangi pelbagai anugerah. Pengaturcaraan saluran ini merentasi pelbagai jenis sejarah merangkumi sejarah ketenteraan kepada sejarah kontemporari, sejarah asli kepada teknologi, juga sejarah sains, arkeologi dan budaya terkini. Di antara rancangan-rancangan yang disiarkan termasuk rancangan-rancangan kegemaran seperti Dogfights, Battle 360, The Universe, Cities of The Underworld and Monster Quest, dan juga rancangan-rancangan khas termasuk Life After People, China’s First Emperor, Einstein and Lost Book of Nostradamus. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.historyasia.com

Mengenai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) merupakan sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1981 untuk menggalakkan, memelihara dan membangunkan industri perfileman Malaysia. FINAS telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk mempromosikan industri perfileman Malaysia, termasuk memasarkan filem-filem Malaysia ke serata dunia. Untuk maklumat lanjut mengenai FINAS, sila layari http://www.finas.gov.my

Shuhaimi Baba

Pengarah berkaliber — Shuhaimi Baba

P. Ramlee

Pengacara Event dari History Channel

Finas

Mohd Mahyidin Mustakim, Ketua Pengarah FINAS

Sazali

Inilah dia salah seorang anak P.Ramlee. Namanya Sazali. Pernah tonton Anakku Sazali?

Aziz Satar

Kawan karib P.Ramlee, Datuk Aziz Satar

Rozita Rohaizad

Anak kepada Seniwati Mariani, Rozita Rohaizad. Juga seorang pelakon dan penyanyi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Mini Ponti Anak Remaja Lakonan Liyana Jasmay

Pertandingan Ratu Jumbo 2010 di Sungei Wang Plaza 26 Oktober