in

Pertandingan Ratu Jumbo 2010 di Sungei Wang Plaza 26 Oktober

RATU JUMBO 2010. Korang ingat, kat Thailand je ke yang ada Ratu Jumbo? Haa, kat Malaysia pun ada. Sekarang pertandingan mencari wanita bersaiz gempal, montel dan chubby paling cantik ini dah pun sampai ke peringkat final.

Finalists

Untuk info pembaca, pertandingan ini dianjurkan oleh Sungei Wang Plaza, Ratu Jumbo 2010 terbuka kepada semua wanita warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas dan mempunyai berat minima 80kg.

Saksikan 10 wanita beraksi di peringkat akhir pada pertandingan Ratu Jumbo 2010 pada jam 7.30 malam 26 Oktober 2010 bertempat di Ruang Legar Sungei Wang Plaza. Ratu Jumbo 2010 akan membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta selempang dan trofi.

Pemenang tempat kedua akan membawa pulang wang tunai RM3000, selempang dan trofi manakala pemenang tempat ketiga akan menerima wang tunai RM2000, selempang dan trofi. Gelaran sampingan seperti Ratu Jumbo Paling Menawan, Ratu Jumbo Paling Popular dan Ratu Jumbo Paling Berbakat akan menerima wang tunai RM500 setiap satu.

Ini dia beberapa keping gambar semasa pertandingan pusingan peringkat saringan baru-baru ini. Antara finalis yang berjaya:

Nuraqilah Rosli

Nuraqilah Rosli

Momo

Momo

Lee Hui Leng

Lee Hui Leng

Azurah Ismail

Azurah Ismail

Michelle Ching

Michelle Ching

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Prebiu Dokumentari P.Ramlee di Saluran History™

KAMAL ADLI

Gambar Selebriti di Majlis Pelancaran Festival Filem Malaysia 23