in

Sekitar Pelancaran Showcase Anugerah Juara Lagu 22

Pada 5 Januari 2008 hari Sabtu, Budiey ada mengikuti sidang media dan showcase Anugerah Juara Lagu ke 22 di One Utama Shopping Complex, Bandar Utama. Majlis yang diadakan secara terbuka itu berlangsung pada jam 4 petang dan dihadiri oleh sebilangan finalis AJL22 seperti Ramlah Ram, Aishah, Sahri, Kumpulan Sofaz, Jinbara, Lah VE, Fazli Zainal, Nora, Faizal Tahir dan Hazami. Dua bintang ternama yang menjadi tumpuan AJL22 kali ini iaitu Mawi dan Datin Seri Hajjah Siti Nurhaliza tidak hadir sebaliknya hanya menghantar wakil. Siti Nurhaliza yang baru pulang dari Mekah, khabarnya akan melakukan kejutan tentang imejnya samada ingin bertudung atau tidak di AJL kali ini.

Dihoskan oleh Ally Iskandar dan Cheryl Samad, acara berlangsung yang dihadiri oleh pencipta lagu dan penulis lirik itu juga diserikan dengan dekorasi menarik, hiasan lilin dan gemerlap chandelier kristal dan tirai putih dan ungu yang menjadi warna tema untuk AJL kali ini.

Dimulakan dengan persembahan pembukaan yang memaparkan 3 kumpulan penari yang mewakili 3 kategori lagu yang dipertandingkan iaitu Balada, Pop Rock dan Etnik Kreatif. Diiringi dengan lagu tema yang diseragamkan mengikut 3 genre yang katanya akan menarik penonton untuk mengembara ke alam khayalan.

Dimulakan dengan kata-kata aluan dari Cheryl Samad yang menjadi pengacara utama bersama Ally Iskandar dan dibantu oleh Fara Fauzana dan Faizal Ismail. Kemudian selepas tayangan audio visual 14 finalis AJL 22, satu cabutan giliran persembahan diadakan. Budiey akan senaraikan lagu mengikut giliran di entri yang seterusnya.

Sejurus sesi bergambar, penonton dihiburkan dengan konsert mini AJL22 yang dipersembahkan oleh beberapa finalis seperti Ramlah Ram, Sahri, Sofaz, Jinbara dan Faizal Tahir.

[tags]sidang media, showcase, ajl22, anugerah juara lagu 22, one utama, Ramlah Ram, Aishah, Sahri, Kumpulan Sofaz, Jinbara, Lah VE, Fazli Zainal, Nora, Faizal Tahir, Hazami, ally iskandar profile, fara fauzana gossip, cheryl samad dibuli, baju fesyen siti nurhaliza[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video & Gambar New PROTON SAGA BLM 1.3 Baru

Senarai Giliran Persembahan Anugerah Juara Lagu 22