Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)













[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Ramlah Ram & Siti Sarah di Bintang-Bintang RTM

RAMLAH RAM & SITI SARAH TEMUI PENONTON MENERUSI BINTANG-BINTANG (07 JUN 2008) DI RTM2

Dua artis yang popular dengan jolokan penyanyi kecil molek bersuara emas, Ramlah Ram dan Siti Sarah bakal menemui penonton setia Bintang-Bintang pada 07 Jun 2008, setiap Sabtu, jam 11.00 malam di RTM2 yang pastinya menjanjikan kepuasan untuk anda terutama kepada peminat setia dua penyanyi kesayangan ramai ini.

Ramlah Ram yang terdahulu pernah dinobatkan sebagai Juara Bintang RTM 1985 dan kini mula meniti nama di bibir peminat menerusi lagu Ketentuan ternyata boleh diletakkan di kalangan kelompok artis yang telah lama bertapak dalam industri tetapi masih memiliki pengikut setianya hingga kini. Malah lagu-lagu nyanyiannya turut diminati generasi remaja.

Peluang menyaksikan temu bual bersama artis kelahiran Muar, Johor ini pastinya saat dinantikan penonton untuk mengimbas kembali perjalanan seninya dari mula hingga dikenali kini dalam industri muzik tanah air kini. Malah istimewanya, selain menerusi temu bual, penonton juga berpeluang menyaksikan klip-klip video yang mempu membangkitkan nostalgia ketika baru memulakan tapak dalam industri muzik.

 Kemudiannya menyusul temu bual bersama Siti Sarah, Finalis Bintang RTM 2001 yang umum mengenalinya sebagai anak kepada pelakon Raissudin Hamzah. Gadis genit yang popular menerusi lagu Jangan Kau Mimpi, Menari Denganku dan lagu rancaknya, Tinggal Serpihan ini turut berkongsi dengan peminat setia serta penonton rancangan Bintang-Bintang perkembangan terbaharu dirinya selain mengimbas kembali pengalamannya bergelar penyanyi di usia muda.

Kesempatan yang ada juga bermakna buat mereka yang berbakat menceburi bidang nyanyian berkongsi tips penjagaan suara dengan Siti Sarah. Apatahlagi kelunakan suara Siti Sarah sememangnya dikagumi ramai peminatnya.

Kepada anda peminat setia Ramlah Ram dan Siti Sarah, jangan ketinggalan menyaksikan Bintang-Bintang pada 07 Jun 2008, setiap Sabtu, jam 11.00 malam di RTM2.


 

Technorati Tags: , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gossip Duit Show Siti Sarah Kena Kebas Tunang
  • Ernie Zakri, Ramlah Ram, Juliza Adlizan Dalam Pesona Bintang
  • UJIBAKAT BINTANG RTM 2009
  • Siti Sarah Guna Mandrem Untuk Menang Dalam OIAM?
  • Rumahtangga Penyanyi Ramlah Ram Bergolak Lagi?
  • Gambar Aksi Cium Puteri Sarah Liyana Aduh Saliha 18SX
  • Gambar Aleeza Kassim di Gathering Anniversary Hero Dewi Remaja
  • Jawaban Trivia: Siti Sarah Pakai Kasut Berbulu Ayam
  • Bob AF, Siti Sarah, Asmidar dan Raja Farah di TV2
  • Raisuddin Hamzah Bapa Siti Sarah Kahwin Di Siam?



  • 4 Komen untuk entri “Ramlah Ram & Siti Sarah di Bintang-Bintang RTM”

    1. obefiend kata:

      nice nostrils sarah.. i feel like putting my finger in them and pull them out!

    2. amar182 kata:

      bad hair day for ramlah ram..
      seksinye mak cik ni..terseksa aku tengok..

    3. mathir kata:

      ramlah ni kalau pakai tudung nampak keyuan wanita yg sesuai dgn umur kau

    4. Honeybee kata:

      “Diam.. diam …brpandangan .. mata brtentang mata, malu .. malu .. aku malu .. kau buat begitu!” ..Asyikkkkk!

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!