in

Qi & Izzati Jadi Pengacara Impian 1Malaysia

IMPIAN 1MALAYSIA DIKENDALIKAN QI DAN IZZATI BAKAL TIBA KE EPISOD KEMUNCAK

Program kerjasama antara Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pos Malaysia Berhad iaitu Impian 1Malaysia yang sedang disiarkan setiap Selasa, jam 9.30 malam menerusi TV1 mula mendapat tempat di hati penonton apatahlagi konsep yang diketengahkan sememangnya dekat di hati masyarakat dalam memenuhi impian ingin direalisasikan rakyat Malaysia.

Dengan kemunculan gandingan dua pengacaranya yang bersahaja iaitu Qushairi Razali (Qi) dan Nur Izzati Abul ’As, model iklan dan juga peserta program ’Penyampai Ikon’ terbitan RTM turut menceriakan lagi program ini yang dijalankan secara santai sepanjang setengah jam siarannya ini.

Qi...pengacara

Menerusi lapan episod terdahulu, penonton pernah disajikan dengan babak-babak menarik lapan peserta yang berkongsi detik manis mereka antaranya Nurzulayla Hamedan (Melaka) yang mahu menyelami cara hidup etnik Sabah, Farah Lydia Mokhtar (Kuala Lumpur) yang berminat mempelajari Tarian Mak Yong, Donny Thomas (Sabah) pula ingin menyelami kehidupan orang asli di Semenanjung Malaysia, Azrol Johan (Pahang) mahu menjadi sukarelawan di Rumah Orang Tua, Teng Swee Kim (Selangor) ingin mempelajari bahasa dan budaya orang Jawa, Hassan Suliman (Labuan) mahu melihat KLCC dan cara hidup warga KL, Siti Sarah Lee (Kuala Lumpur) berhasrat mengenali cara hidup di kampung dan Nurhafeezha Ali (Sarawak) mahu tinggal bersama keluarga Baba dan Nyonya.

Program tampil dengan tagline ” Sejuta Impian, Sejuta Tafsiran Dalam Impian 1Malaysia” pada 19 Oktober ini merealisasikan hasrat pemegang Impian episod seterusnya iaitu Nor Yazmin Nordin dari Kedah yang ingin mempelajari seni mempertahankan diri masyarakat Cina di Ipoh, Perak. Sebelum menyusul kemudiannya pada 26 Oktober 2010 yang mengetengahkan peserta Yogaraj Viyakukmar dari Johor ingin tinggal lima hari bersama etnik Penan di Sarawak.

Istimewanya dua episod khas pada 2 November 2010 yang mengimbas kembali kesemua 10 pemegang impian, latar belakang dan apakah impian mereka. Manakala pada 9 November 2010 pula program ini berkongsi aksi-aksi dramatik, sedih dan gembira di sepanjang penggambaran rancangan untuk semua 10 orang pemegang Impian. Serta promo undian SMS untuk penonton di rumah menentukan siapakah pemegang Impian terbaik.

Uniknya juga program ini adalah penonton RTM akan turut berpeluang memilih 3 impian terbaik daripada 10 impian yang telah direalisasikan dengan menghantar Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) di mana pemarkahan dibuat berdasarkan 50 peratus dari juri khas dan 50 peratus juri awam yang terdiri daripada penonton RTM.

Tiga pemenang impian terbaik akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan beberapa hadiah iringan. Hadiah-hadiah yang ditawarkan kepada pemenang adalah Hadiah Impian terbaik (RM 15,000.00), Hadiah Impian Kedua Terbaik (RM 10,000.00) dan Hadiah Impian Ketiga Terbaik (RM 5,000.00) yang bakal diumumkan kepada pemenang dalam Malam Anugerah Impian 1Malaysia dijangkakan bakal berlangsung pada 21 November 2010 kelak.

izzati..pengacara

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung’s Pioneering New NX100 Now Available in Malaysia

The Fabulous Cats & Dynda Gegarkan Esplanade Singapore