in ,

The Fabulous Cats & Dynda Gegarkan Esplanade Singapore

THE FABULOUS CATS & DynDa MENGEGAR SINGAPURA

Kali terakhir The Fabulous Cats (TFC) membuat persembahan di Esplanade Singapore ialah pada pementasan Impak Maksima The Musical pada 17 dan 18 October 2009. kini kumpulan R&B hip-hop ini bakal mengegarkan sekali lagi Theatre Studio, Esplanade Singapura pada 30 Oktober (Sabtu),jam 10.00 malam.

Persembahan yang berdurasi hampir 2 jam ini akan menyaksikan kumpulan yang diangotai oleh Cats, Adeep, Wangi dan Zizi ini akan menyampaikan seleksi lagu-lagu popular mereka. Turut mengegarkan pentas pada malam itu ialah penampilan khas kumpulan DYNDA dan sebuah kumpulan tarian pop popular Malaysia Floor Fever. Tiket telah pun dijual pada harga S$28 dan bagi mendapatkan keterangan lanjut sila layari www.pestaraya.com.

The Fabulous Cats

Tiket-tiket juga bole didapati di Esplanade Box Office dan agen-agen SISTIC bertauliah. Anda juga boleh membuat tempahan melalui talian Hotline SISTIC: 6348 5555 manakala untuk tempahan tiket yang melebihi 20 orang sila hubungi 6828 8389.

Ini adalah kali pertama TFC mengadakan persembahan bersama kumpulan Dynda di satu pentas berskala besar di Singapura. Para peminat Singapura pasti menantikan persembahan seleksi lagu-lagu terbaik daripada 2 buah kumpulan ini.

Mereka mengadakan persembahan sempena Pestaraya yang bermula pada 22 hingga 31 October. Acara ini adalah menjadi acara tahunan bagi rakyat Singapura dan memberi peluang kepada artis-artis melayu untuk membuat persembahan merangkumi nyanyian, tarian, teater dan alat muzik.

TFC Menjanjikan Persembahan Terbaik

Menurut Adeep sebanyak 8 lagu akan dipersembahkan oleh TFC antaranya Cinta Kosmik, Rimas, Slot Akasia, Papa Jahat, dan single kedua Pergilah Ayu. “ Impian kami untuk mengadakan persembahan di Singapura secara berkumpulan menjadi kenyataan apabila dapat diberi peluang oleh pihak Esplanade sendiri, dengan persembahan ini ia dapat membuka peluang lain untuk artis Malaysia beraksi di pentas yang sama”.

Menurut Adeep lagi DJ Ollie dan Komrad turun diundang membuat persembahan pada malam itu. Menjanjikan persembahan yang terbaik, mereka akan terus giat mengadakan latihan bagi memantapkan persembahan.

Single kedua kumpulan ini Pergilah Ayu sedang mendapat sambutan yang hangat pengendar radio. Jika menerusi Bawaku Terbang, The Fabulous Cats pernah mencatat sejarah dengan menduduki nombor 1 selama 9 minggu berturut-turut di carta ERA.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Cat Farish, Adeep dan Aiqa Halim ini telah menjadi lagu tema drama bersiri di TV9 lakonan Kamal Adli dan Fauziah Gous berjudul Shah Jahan.

Menarik tentang Pergilah Ayu telah mendapat sambutan di kalangan pendengar-pendengar muzik dilaman sesawang video Youtube. Ini terbukti apabila 3 video klip Pergilah Ayu diletakkan dilaman sesawang Youtube dan mendapat sambutan yang diluar jangkaan dengan mempunyai lebih dari 50,000 penonton. Bagi ketua kumpulan ini, Cats Farish, sambutan pada lagu ini memang diluar jangkaannya kerana menerima feedback yang baik dari peminat-peminat. “Saya mengucapkan terima kasih kepada pengarah drama Shah Jahan Ahmad Idham kerana berani mengambil lagu ini sebagai lagu tema drama bersirinya”. Pergilah Ayu menduduki tangga 21 Carta HotFM 30 kini.

DYNDA Berasa Teruja
Jika ditanya tentang perasaan DYNDA apabila dapat berkongsi pentas bersama TFC, kumpulan yang dianggotai oleh Elly, Vega, Renni dan Rella berasa amat teruja dan bertuah apabila dapat mengadakan persembahan bersama TFC dan menunjukkan bakat mereka buat pertama kali untuk rakyat Singapura. Terdahulu mereka pernah pernah bersama beraksi dipentas Esplanade sebagai penari latar bagi Impak Maksima The Musical.

Menyingkap sejarah kumpulan ini, bakat mereka telah dikesan oleh Cats Farish sendiri sewaktu pementasan Impak Maksima di Singapura. Melihat kesungguhan mereka dalam bidang nyanyian dan tarian membuatkan Alibi Music tertarik untuk menyunting mereka.

Menurut salah seorang anggota kumpulan ini Elly “ Kami telah banyak mengadakan persembahan di lantai tarian Singapura dan kini kami ingin mengorak langkah dengan mengadakan persembahan secara esklusif selama 20 minit menyanyi dan menari tanpa henti, kami berasa amat teruja”.

Sebanyak 2 lagu akan dipersembahkan pada malam itu dan juga sebuah persembahan tarian termasuk single ke-2 Hanya Kau. Persembahan tarian mereka akan diiringi 2 buah lagu daripada Ne-Yo “One In A Million” dan Usher ft. Pitbull – DJ Got Us Falling In Love Again.

Kejayaan anak muda ini menawan peminat Malaysia dengan lagu AMPM tidak perlu disangkal lagi, ternyata percaturan untuk meletakkan lagu ini sebagai single pertama amat berbaloi. Lagu ini pernah mendapat airplay yang banyak serta pernah memasuki carta HOT FM 30. Selepas single AMPM mendapat sambutan di Malaysia, kumpulan ini sudah siap merakamkan single kedua yang akan dipersembahkan buat pertama kali di Theatre Studio, Esplanade itu nanti.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Qi & Izzati Jadi Pengacara Impian 1Malaysia

3.2 Juta Penonton Majlis Persandingan Sheikh Muszaphar