in , , ,

Program TV Menarik Media Prima 2011

Rancangan kegemaran kembali dengan musim baru untuk tahun 2011

Tahun 2011 kian menjelang dan penonton televisyen di seluruh negara bakal dihidangkan barisan rancangan kegemaran yang kembali dengan musim baru di saluran pilihan mereka – TV3, ntv7, 8TV, dan TV9.

Walaupun saluran televisyen percuma masih menjadi pilihan terbaik untuk hiburan seisi keluarga tetapi kini para penonton berpeluang mempertingkatkan lagi pengalaman menonton mereka melalui platform online, TonTon.

Sajian pelbagai rancangan menarik daripada keempat-empat saluran televisyen dan platform menonton yang integrasi menjanjikan pengalaman menonton yang lebih istimewa dan dijangka memenuhi keperluan segenap lapisan umur dan segmen di pasaran.

“Kami bukan sahaja akan terus menyajikan kandungan yang menarik tetapi juga meningkatkan pengalaman menonton melalui platform media baru yang canggih dan berkemampuan definisi tinggi (HD), TonTon, yang baru dilancarkan,” kata Dato’ Sri Farid Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima.

“Dari siri TV popular Amerika Syarikat yang pernah memenangi pelbagai anugerah sehinggalah ke rancangan tempatan kegemaran ramai – Mentor, Nona, Seekers S8, Mandarin Battlestar S2, Gadis Melayu, Showdown 2011 dan The Adjuster 2 – keempat-empat stesen TV akan terus menawan hati penonton tempatan dengan tawaran program yang berkualiti tinggi,” tambah beliau.

Setiap musim baru rancangan diolah menjadi lebih menarik yang pasti membuat penonton TV akan lebih terpesona apabila stesen Media Prima terus menyiarkan rancangan-rancangan kegemaran mereka mulai akhir tahun 2010. Teruskan bersama kami untuk mengetahui tarikh siaran.

Rancangan yang akan kembali pada tahun 2011 termasuklah:

TV3 – Mentor, Bersamamu, 999, popular drama slots Lagenda, Samarinda, Aksi, Lestary, Akasia, Melodi, Jalan-jalan Cari Makan, Muzik-muzik, FUHHH!, Detective Conan, Kiteretsu, Remaja, Voice Out, Atashin’chi, Naruto Shipudden

TV3 -  999

ntv7 – Fringe (Season 3), Bones (Season 5), Lie To Me (Season 3), The Mentalist
(Season 3), V (Season 2), Drop Dead Diva (Season 2), Grey’s Anatomy (Season 8), Private Practice (Season 3), Glee (Season 2), Wakenabeb (Season 4), Seekers (Season 8), Mandarin Battlestar (Season 2), Talian Hayat (Season 4), Dansa (Season 2), Women’s Zone (Season 3), Siasat Mandarin, Fighting Spiders (Season 2)

8TV – Showdown 2011, Whack It! Season 2, Shout! Awards 2011, American Idol 10, NCIS LA
(Season 2), Ghost Whisperer (Season 5), Gossip Girl (Season 4), The Vampire Diaries (Season 2), 10 Things I Hate About You (Season 2), 2011 Teen Choice Awards, 2011 MTV Video Music Awards, 2011 American Music Awards, Step Forward (Season 7), Hot Chef (Season 2), The Adjuster (Season 2), Go-go-Go! (Season 4), Eyes On You (Season 2), Ho Chak!, 8 Style, 8 E-News

TV9 – Halaqah Sentuhan Qalbu, Idola Kecil, Akademi Al-Quran, Emergency, Semanis Kurma,
Usrah, Tanyalah Ustaz, Gadis Melayu, Idola Kecil, Alahai, Galaksi, Mangkuk Tingkat, drama slots Ratu, Sitkom, Skuad and Skrin di 9

Keterangan beberapa judul rancangan terpilih yang bermusim baru:

TV3
Mentor
Rancangan nyanyian realiti terbitan TV3 yang pernah meraih jumlah penonton sebanyak 3.9 juta ini kembali mencari dan mencungkil bakat penyanyi protege. Artis-artis Malaysia yang tersohor dipilih dan ditugaskan melatih dan memberi tunjuk ajar kepada bakat protege pilihan masing-masing melalui proses eliminasi untuk mencapai pusingan terakhir. Juara akan memenangi kontrak pengurusan artis, penerbitan album, wang tunai, dan peluang menempah nama di persada seni tanahair.

Bersamamu
Program realiti amal Bersamamu yang memaparkan kisah segelintir masyarakat Malaysia yang kurang berkemampuan sama ada dari segi kewangan mahupun kesihatan kembali untuk tahun keenam. Dengan sokongan masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat tempatan dan lain-lain, Bersamamu telah berjaya mengumpul lebih daripada RM2 juta sumbangan menerusi Tabung Bersamamu yang digunakan untuk membantu keluarga yang kurang bernasib baik. Setakat ini Bersamamu telah membantu lebih daripada 300 buah keluarga.

999
Satu-satunya program membanteras jenayah yang meliputi kes-kes terkini yang mempunyai implikasi kuat pada masyarakat. 999 memberi liputan secara mendalam penyiasatan jenayah tempatan yang dikendalikan oleh pihak polis dalam format yang menarik.

ntv7
Mandarin Battlestar Musim ke-2
Rancangan gameshow bertemakan pendidikan yang menyeronokkan dan popular di kalangan pelajar sekolah rendah kembali beraksi. Para peserta rancangan yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah vernakular Cina sentiasa teruja dengan cabaran yang diketengahkan dalam format ceria. Rancangan pendidikan hit ini, dihoskan oleh Chan Wei Wei dan Lim She Ting, dapat meningkatkan pengetahuan umum dan kemahiran bahasa Mandarin para peserta dan penonton.

Women’s Zone Musim ke-3
Program majalah Cina popular yang dituju khas untuk wanita, kini kembali dengan musim ketiga. Women’s Zone memaparkan pelbagai topik dari kecantikan, kesihatan, fesyen, gaya hidup, perihal rumah dan dekorasi, isu semasa kanak-kanak dan ibu bapa, serta hiburan. Dihoskan oleh MayJune, program ini memberi platform untuk wanita Malaysia menyuarakan pendapat mereka dan memperoleh perspektif yang segar mengenai kehidupan.

Glee Musim ke-2
Fenomena drama muzikal dan pemenang Anugerah Primetime Emmy, Glee, kembali dengan musim kedua. Kelab Glee Sekolah Menengah McKinley High kembali dengan adegan guru optimis mereka, Will Shuester (Matthew Morrison), berusaha menyelamatkan sekali lagi kumpulan New Directions daripada dibubarkan. Kali ini, kelab Glee berusaha mencari lebih ramai ahli untuk memenangi pertandingan tahap nasional sambil mencari cara mendapatkan dana untuk membiayai kelab tersebut.

V Musim ke-2
Calon Anugerah Primetime Emmy ini kini kembali dengan jalan cerita yang penuh konspirasi dan makhluk asing. Pelakon Jane Badler, terkenal dengan wataknya dalam siri V yang asal, akan muncul dalam musim kedua sebagai pelakon undangan yang memegang watak Diana, ibu Anna (Morena Baccarin), yang kini pemimpin makhluk V . V menceritakan kedatangan makhluk asing ke bumi. Walaupun mahkluk asing menyuarakan hasrat mereka datang dengan damai tetapi motif tersembunyi mereka untuk menakluki bumi dengan perlahan-lahan menjadi lebih nyata. Barisan pelakon mantap drama ini termasuk Elizabeth Mitchell, Morena Baccarin, Morris Chestnut, Joel Gretsch, Logan Huffman, Lourdes Benedicto, Laura Vandervoort, dan Scott Wolf.

8TV
The Adjuster Musim ke-2
Drama thriller hit ini kembali dengan plot yang lebih menarik, mendedahkan beberapa siri siasatan kes penipuan. Ketika berhadapan pilihan yang terhad atau godaan, seseorang insan itu berkemungkinan membuat keputusan yang akan dikesali.

The Hot Chef Musim ke-2
The Hot Chef musim kedua merupakan rancangan yang memamparkan sajian terbaik dengan mempersembahkan – lelaki tampan yang berkebolehan memasak makanan yang sedap. Terbuka kepada lelaki bujang berkerakyatan Malaysia yang berusia di dalam lingkungan 20-35 tahun. Mereka akan bertanding memasak untuk membuktikan bahawa mereka adalah pilihan teman lelaki atau suami terbaik atau sebaliknya. Perhatikan bagaimana mereka menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan makanan lazat dengan ramuan terhad!

8TV - Vampire Diaries

The Vampire Diaries Musim ke-2
Siri popular Amerika Syarikat ini, mengikuti kehidupan Elena Gilbert yang menaruh perasaan terhadap langsuir yang berabad umurnya bernama Stefan Salvatore. Kehidupan mereka menjadi lebih rumit apabila abang kepada Stefan, Damon kembali ke bandar dengan dendam terhadap adiknya. Siri ini berlatarbelakangkan sebuah bandar rekaan, Mystic Falls, di Virginia, yang mempunyai sejarah kuasa ghaib. Jalan cerita termasuk kisah penduduk bandar tersebut , seperti adik Elena, Jeremy, dan kawan Elena, Bonnie Bennett, yang juga merupakan seorang ahli sihir, dan juga Caroline Forbes, kawannya yang hanya mementingkan diri sendiri.

Showdown 2011
Showdown telah menggegarkan seluruh Malaysia dengan paduan koreografi hip-hop yang menarik, pertandingan yang mendebarkan, bersama dengan peserta yang berbakat. Bersiap sedialah untuk musim kedua siri popular ini yang pastinya akan membawa lebih keseronokan kepada penonton. Nantikanlah kru hip hop baru di Malaysia di Showdown 2011 yang pasti akan membawa aksi yang hebat.

TV9 Idola Kecil

TV9
Akademi Al-Quran 5 (AQ)

Akademi Al-Quran atau dikenali sebagai AQ akan memasuki musim kelima menjelang tahun 2011. Sebuah program realiti berteraskan pendidikan agama yang disasarkan kepada kaum belia antara 15 – 25 tahun. Rancangan mingguan yang berjaya meraih satu juta penonton ini, memaparkan panduan untuk mengaji Al-Quran. Penonton di rumah juga boleh mempelajari cara mengaji Al-Quran dengan panduan profesional dari rancangan ini.

Idola Kecil
Rancangan realiti kanak-kanak terbesar di Malaysia, Idola Kecil, akan kembali dengan paparan yang lebih menarik. Ikutilah perjalanan peserta yang penuh emosi, menarik dan berinspirasi – mungkin para penonton akan tergerak hati untuk mencapai impian mereka juga!

Halaqah Sentuhan Qalbu
Sebuah forum yang membincangkan isu-isu terkini, berpandukan kalimat Al-Quran serta hadis, yang akan menyentuh emosi dan rohani penonton.

Emergency
Apabila seseorang melalui saat-saat kesulitan, mereka hanya boleh berdoa dan berharap bahawa bantuan akan tiba secepat mungkin. Dalam rancangan Emergency yang penuh dengan ketegangan, penonton akan dapat melihat bagaimana pasukan penyelamat melaksanakan tugas mereka dengan penuh ketabahan dan kesabaran. Inisiatif yang ditunjukkan oleh pasukan penyelamat diperlukan untuk memastikan keselamatan mereka dalam keadaan kecemasan. Pada masa yang sama, penonton juga akan dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

TV3 -  Mentor

8TV Hot Chef

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NEW HTC HD7 NEW WINDOWS PHONE® 7 MAXIS

Sekitar Prebiu FIlem Cuti Cuti Cinta