Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









PROGRAM BERSAMAMU MUSIM KE-11 TERIMA SUMBANGAN



11 KELUARGA YANG DIPAPAR DALAM PROGRAM BERSAMAMU MUSIM KE-11 TERIMA SUMBANGAN

Hulurkan Tangan, Ringankan Beban

Program amal Bersamamu terbitan TV3 mendapat sambutan yang amat menggalakkan sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2005. Program yang keudara setiap Rabu, jam 9.30 malam ini merupakan antara tanggungjawab sosial TV3 dalam membantu meringankan beban golongan sasar. Program ini juga diharap dapat menimbulkan kesedaran dan muhasabah diri sesama insan. 

Seperti musim-musim sebelumnya, satu majlis penyampaian sumbangan telah diadakan kepada 11 keluarga Bersamamu yang disiarkan sepanjang musim ke-11 iaitu antara Februari hingga Jun yang lalu. Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan oleh YB Senator Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3.

Setiap keluarga menerima antara RM20,000.00 hingga RM50,000.00 bergantung kepada beberapa kriteria. Antaranya, saiz keluarga, kemampuan ketua keluarga dan keperluan mereka.  Sumbangan ini bertujuan untuk menampung perbelanjaan sara hidup, pendidikan, kesihatan, membaiki rumah serta modal untuk memulakan perniagaan, penternakan atau pekerjaan yang mampu dilakukan keluarga Bersamamu. Jumlah keseluruhan sumbangan malam ini ialah RM250,000.00. Jumlah ini merupakan sumbangan yang diterima daripada orang ramai dan badan-badan korporat yang disalurkan kepada Tabung TV3-Bersamamu.

Penonton pula boleh melihat kemajuan mereka setelah dibantu oleh Bersamamu dan pelbagai pihak melalui setiap penghujung episod Bersamamu mulai 4 Jun 2008 yang lalu. Sebelum ini Bersamamu juga pernah menganjurkan kem remaja khusus untuk anak-anak keluarga Bersamamu yang diadakan pada 10-12 Mac 2008 yang lalu di Warisan Sembilang Resort, Jeram Selangor. Seramai 45 orang anak-anak daripada keluarga Bersamamu dari musim pertama hingga musim ke-10 terbabit dalam kem ini.

Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 berkata,

“Majlis malam ini bertujuan untuk menyempurnakan amanah penonton dan orang ramai yang tidak jemu-jemu menghulurkan bantuan dan sokongan. Kami hanya menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kami dan harapan kami agar sumbangan ini akan membuka jalan yang lebih sempurna buat kesemua keluarga ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat memberi sumbangan kepada Tabung Bersamamu TV3 ini.”

Program ini telah berjaya mengumpul kira-kira RM2juta ringgit yang sebahagian besar daripadanya sudah pun diagihkan kepada keluarga Bersamamu pada musim-musim yang lepas. Setakat ini Bersamamu telah membantu lebih 150 keluarga yang memerlukan. Kutipan Tabung Bersamamu TV3 masih diteruskan untuk mendapat sumbangan orang ramai bagi menampung keperluan keluarga Bersamamu pada musim-musim yang akan datang. Selain daripada kutipan orang ramai yang diterima melalui Jom Heboh, orang ramai juga boleh menghantar sumbangan mereka kepada Maybank akaun Tabung TV3 Bersamamu BSM: 5643 2412 9973 yang dipintau oleh pemegang amanah TV3 iaitu Amanah Raya Berhad (ARB).

Turut memeriahkan majlis adalah artis-artis terkenal tanah air seperti Kanchana Dewi, Deja Moss, Erry Putra, Intan Ladyana, Danny X-Factor, Fazley Zainal dan ramai lagi.

Krew produksi penerbitan Bersamamu dibarisi oleh Hajah Mazlin Nordin selaku Penerbit Eksekutif, Kalijahwati Md Kassim sebagai Penerbit dan dibantu oleh Penolong Penerbit, Shahnun Hanif Suhaimi serta wartawan penyiaran Johari Abu Bakar. Manakala Shaiful Hadi Ahmad bertindak sebagai Pembantu Penerbitan.

[tags]bersamamu, euro, result team, coach, tv3, skandal seks, scandal sex, sidang parlimen malaysia, speaker dewan rakyat, wedding dress, Kanchana Dewi, Deja Moss, Erry Putra, Intan Ladyana, Danny X-Factor, Fazley Zainal, wedding maker, Tan Sri Dato’ Muhammad, astronaut diapers, Muhammad Taib[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • PERJALANAN KAMI BERSAMAMU TEMUI PENONTON TV3 DI AIDILFITRI
  • Ashraf Muslim & Wardina Rai Anak Yatim
  • Majlis Berbuka Puasa Bersama Keluarga Bersamamu Maytower Hotel
  • KELUARGA ZAINAL DAPAT PERHATIAN PROGRAM BERSAMAMU TV3
  • BERSAMAMU MUSIM KE-13 DI TV3
  • Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini, Ifa Radziah di Rakaman Melodi Raya
  • Hazama Juara Akademi Fantasia 9
  • Irin Putri Azmi Pengacara Baru Bersamamu TV3
  • KEM BERSAMAMU ALAM 2011
  • Lirik Lagu Terima Kasih Hero NB



    • afza

      Bagus la mcm nie, bantu rakyat kita depan mata dulu, baru bantu negara jiran, sama-sama dapat hidup selesa di bumi Malaysia nie. Masuk kampung-kampung di seluruh daerah banyak lagi rakyat-rakyat Malaysia yang susah, teruskan usaha murni BERSAMAMU, syabas TV3. Jangan jadi mcm sesetengah pihak “Kera di hutan disusukan, Anak di rumah mati kelaparan”. Lu pikir la sendiri……….

    • mas

      mane gambar kami semua..

    • eddy

      saya memang amat setuju dengan apa yang dilakukan oleh tv3 dalam rancangan bersamamu. kita memang perlu membantu mereka yang susah. Saya ingin menyarankan sesuatu. didalam malaysia ni ramai orang yang kaya raya toke2 usahan yang berjaya datuk2 tan sri2 dan ramai lagi golongan yang senang sangat. Kalau mereka ni adalah belas kasihan terhadap orang yang miskin ni takan ada orang yang sampai tak makan sekarang ni . Kita kena ingat kita dah merdeka. Takan ada lagi yang tak makan. Mereka yang kaya ni hanya tahu tambah kekayaan setiap hari dan kemudian pulang kerumah tidur langsung tak ambil tahu orang disekeliling dia, tak payah lah jauh disebelah rumah tu ada orang yang miskin dan kebulur tak makan pun tak tahu. Rumah harga berjuta juta kereta berbiji biji dengan harga berjuta juta, apalah salahnya tolong orang yang miskin ni. Bila ditanya kenapa tak bantu dia kata suka hati aku lah yang penting aku dah berzakat setiap tahun cukuplah dia kata. Bagus lah kalau ada berzakat tapi apa salahnya menambah pahala dan bekalan untuk mati nanti. Orang kaya2 ni harta dunia dia dah berlebih2an, tambah lah pulak harta akhirat sampai berlebih betul tak. Semua nak tunggu rancangan bersamamu yang cari dan bantu, nama nak ambil initiative tak da. Bila bersamamu dah sampai rumah orang miskin tu baru lah sibuk dia nak tolong. fikirkan lah orang2 kaya. maaf ya.

    • Nor

      Assalamualaikum,

      Saya ada seorang rakan sekerja yang dlm kesusahan. Ditinggalkan oleh suami sejak 2 tahun lalu, anak 4 kadang-kadang tidak makan. Bagaimana hndk rujuk kes rakan saya ini supaya dapat membantu nya.

    • mohamad

      Saya tertarik dengan program bersamamu yang dianjurkan oleh pihak TV3. saya juga ingin berkongsi cerita dengan bersamamu kiranya pihak bersamamu sudi datang ke pengkalan hulu perak di sebuah kg bukit jerai air panas 33100 pengkalan hulu perak. yang mana ada sebuah keluarga yg hampir 30 tahun menetap di situ masih tidak mendapat taraf penduduk tetap. Keluarga tersebut hanya hidup dengan menumpang tanah org kg tersebut. siapakah yg harus bertanggungjawab ketua kg atau ……….. yg berkenaan. saya sekadar mengajak program bersamamu dtg dan lihat sendiri kesusahan yg dihadapi…………….

    • hamba allah

      saya adalah seorag hamba allah yg sudah kehabisan tenaga mencari tempat untuk mengadu, ini berkaitan tentang seorang ibu tunggal yang tinggal bersama anak nyer di no9 lorong 3 jalan antoi kg melayu majidee johor bahru….beliau seorang ibu tungal yang kehilangan kaki akibat kencing manis…beliau juga tidak ada pendapatan tetap…dan tidak pernah mendapat sebarang bantuan dr mana-mana badan kebajikan…kesusahan beliau pernah saya aju kan kepada orang yang bertanggungjawab…tetapi atas sebab birokrasi bantuan tidak dapat baliau terima…dengan keadaan rumah yang hampir roboh….saya takut apa-apa yang buruk akan menimpa beliau…ini kerana keadaan yang membataskan pergerakan beliau…saya harap pihak tv3 terutama nya pihak bersamamu dapat memberi perhatian penuh dalam aduan saya ini….ini kerana pihak tv3 lah jalan terakhir saya….saya sudah ketandusan idea….atas dasar prihatin kepada sesama manusia lah saya buat luahan ini…saya harap tindakan segera dapat diambil pihak bersamamu…sebelum apa-apa terjadi keatas beliau…bantuan yang kecil dapat meringan kan beban yang besar….

    • nasya

      mcm mne nk sumbgkn bantuan melalui sms

    • mahani bt mahmud

      assalammualaikum saya nani dr manjung perak,sy bharap sngt agar bsamamu tv3 dpt mbantu kluarga yg sngt daif mariani bt abdullah d kg batu 8 lekir,tiada tmpt tinggal hanya mengharapkan simpati seorang datuk yang mberikan tmpt tggl percuma pd kluarga tsebut tp skrg datuk itu tlah meninggal dunia dan anak datuk itu m”inginkan tapak rmh itu semula untk projek ikan keli…sy amat bharap sngt agar bsamamu tv3 dpt segera dtg dan mbantu kluaga tsebut yg sngt2 memerlukan..

    • Lipan bara

      Kami adalah sebuah kelab sukan dan rekreasi 4×4 lipan bara kelantan sudi utk bekerjasama menghulur bantuan kpd yg memerlukan.bantuan kemasyarakatan,kerja2 amal,perhubungan pendalaman.pihak bersamamu blh hubungi kami utk sebarang bentuk kerjasama.pihak kami sedia membantu.roger LB64

    • hamba allah

      saya diberitahu oleh kawan supaya menceritakan segala masalah saya kepada tv3 bersamamu,hanya tv3 saja yang dapat membantu saya.masalahnya saya adalah ibu tiri kepada 7 anak yatim piatu dari umur 7 tahun sehingga 18, saya tidak berkerja kerana mengidap kuman paru-paru saya sudah cuba meminta bantuan dari pihak yang bertanggung jawab tetapi tidak satu pun batuan yang saya dapat, buat masa sekarang saya mendapat bantuan dari socso dan kakak ipar saya,kakak ipar saya juga ada masalah dia terpaksa membantu adiknya dan suami yang pekak dan bisu(mempunyai 2 orang anak).saya berharap sangat tv3 bersamamu dapat membantu saya serba sedikit.no tel saya0123919936-hilam

    • aniza abdullah

      Saya tidak bekerja kerana menjaga abang saya yang hilang penglihatan akibat disimbah asid oleh keluarga sendiri dalam perselisihan keluarga. Ini menyebabkan abg menjadi salah seorg orang kurang upaya perlukan wang untuk kos perubatan dan sara hidup. Saya sudah minta bantuan dari pihak2 berkenaan tetapi terpaksa mengambil masa untuk proses. Sekiranya pihak bersamamu boleh memberi sokongan bagi membantu abang saya alhamdulilah saya ucapkan. Saya boleh dihubungi di 016-4231591. Saya sudah tiada tempat hendak mengadu dengan adanya rancangan ini mungkin dapat meringkan dan memberi idea kepada saya untuk membantu abang saya demi masa depan beliau.

    • is

      saya mmng suka program ni n saya kat tempat keje pun ada persatuan yg buat keje amal seperti bersamamu.so klau boleh saya ingn turut mnyumbangkan tenaga saya untuk mmbantu org susah sbb klau nak beri sumbngan berupa wang atau harta mmang saya tak mampu

    • abdullah hadani

      assalmualaikum.teringin sangat hendak menulis kpd tv3. kalau mendapat izin, bolehkah BERSAMAMU tinjau ke rumah 24 jln raja kg manjoi ipoh perak. saksikan sendiri n tafsirkan. t kasih

    • Hamba Allah

      Assalamualaikum, Saya mohon kiranya pihak Tv3 Bersamamu dapat berkunjung kerumah Kamaruddin bin Abdullah yang tinggal bersama adiknya Syarifuddin bin Abdullah kedua2nya tergolong orang OKU, di batu 4 1/4 tandop, jalan sungai petani. Selamilah kehidupan mereka menjaga seorang Ibu yang sudah uzur. Melihatkan keadaan rumah dan persekitaran, ianya amat menyedihkan. Untuk mendapatkan maklumat terperinci pihak bersamamu boleh hubungi talian 016-6739491 – Hamba Allah.

    • Anonymous

      assalamualaikum,Saya mohon kiranya pihak Bersamamu Tv3 dapat berkunjung kerumah Zuraini binti Murad,yang tinggal bersama 6 orang anaknya,satu anaknya tergolongan orang OKU,dengan penyakit dialaminya nasrul bin sarif,pedapatan yang tidak cukup.Melihatkan keadaan keluarga itu susah tinggal dirumah sewa yang amat menyedihkan.Saya mengharapkan bersamamu Tv3 dapat melihat keadaan keluarga tersebut dengan kehadiran tuan,puan mungkin dapat mengubahkan nasib tersebut.Selama ini pihak keluarga itu meminta bantuan,tetapi tidak dapat bantuan.Dialamat: no 95 kampung talang masjid kuala kangsar,perak.Untuk mendapatkan maklumat terperinci pihak bersamamu boleh hubungi talian 017-2549744-Hamba Allah

    • http://www.facebook.com/people/Tuah-Fairuz/100000014001684 Tuah Fairuz

      Assalmualikum…. sekadar makluman…saya wakil dari NGO badan amal yg diberi nama GabraGroup (Gabungan Angkatan Bersepadu Rakyat) didalam perancangan menjalankan program sehari bersama warga emas Nur Ehsan di johor pd 17/7/11. Kami telah membuat perancangan menggabungkan NGO-NGO yg ad di Johor utk bersama-sama merealisaikan program tersebut…justeru melaksanakan satu gabungan gergasi dimana ianya jarang-jarang sekali diadakan…. kami telah bergerak lama dari tahun 2006 sehingga sekarang didalam melaksanakan program amal sekitar johor. Pihak TV3 boleh melihat sendiri perjalan kami di halaman Facebook kami (GabraGroup Leader). Kami amat teringin sekali utk bergabung dengan pihak tuan utk kearah tersebut….Jika diperkenankn… pihak TV3 boleh menghubungi kami melalui email kami gabragroup@yahoo.com…InsyAllah…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK