in

Farah Breep Breep Pelakon Drama Glam Arahan Woo Ming Jin

Budiey BlogFarah breep-breep kini sedang menjalani pengambaran drama telemovie bersama pelakon Isma Yusoof. Wah! Bertambah rezeki bintang Akademi Fantasia musim kedua ini. Dari penyanyi ke pengacara, dari pengacara dinaiktaraf menjadi seorang pelakon pula.

Ini adalah kali pertama Farah Diana Anuar memegang watak utama dalam sebuah drama, katanya. Gadis yang lahir pada 25 Januari 1985 ini memegang watak seorang gadis naif yang kuno untuk drama arahan Woo Ming Jin yang pernah mengarah filem Saloon tidak lama dulu.

Drama ini bertajuk GLAM yang mengisahkan tentang penuntut kursus fesyen di sebuah kolej bernama Nani. Nani (Farah) memegang watak gadis kampung yang masih mengamalkan budaya kampung. Nani selalu diejek oleh rakannya kerana tidak pandai menyesuaikan diri dengan kehidupan di bandar. Namun, Nani bernasib baik kerana mempunyai kawan rapat yang mana wataknya dipegang oleh Isma Yusoof. Aiman Asmawar juga turut berlakon dalam filem ini.

Tahniah Farah! Semoga Farah happy dan sukses menjadi seorang palakon.

Pengacara program Rasa Halal Orient di Astro Oasis ini pernah mewakili Malaysia di Shanghai China untuk Asia New Singer Competition pada tahun 2005 anjuran Shanghai Asian Music Festival.

[tags]farah, akademi fantasia 7, telemovie, aiman asmawar, isma yusoof, glam, magazines, kasih, Farah Fauzana, seorang, bapa, lawyers, ramli ms dan anak, travel, amy search, split, chinese wok, gerak usahawan 2008 pwtc, ketam telur masin, laksamana cheng ho, makanan laut, norish isteri, resipi[/tags]

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Rakaman Zoom In Hari Raya Aidil Fitri @ RTM

PROGRAM BERSAMAMU MUSIM KE-11 TERIMA SUMBANGAN