Profile Camelia

Source Foto & Info Camelia: mStar Online
Camelia atau nama sebenarnya, Dayang Nur Camelia Abang Khalid dilahirkan pada 20 Jun 1974. Dia berasal dari Kuching, Sarawak dan pernah menghoskan program Casa Impian menerusi Astro Ria.
Album yang pernah dihasilkannya adalah Camelia, Memori, Mimpi, Untukmu dan terbaru, Mysticam yang berada di pasaran sejak 29 November lalu. Camelia adalah artis Virgin Records, manakala Mysticam diedarkan EMI Malaysia.
Antara lagu dalam album terbarunya itu ialah Jari Jemari, Closer, Hypnosis, Kool dan Du Du Du, kesemuanya ciptaan Camelia sendiri. Dua lagu lama yang diberi sentuhan baru ialah Seiring Sejalan dan Puteri Santubong.
Dia pernah bergelar duta produk terkemuka seperti L’Oreal, Tag Heuer, Wacoal, Epson, Pantene dan terbaru, Omega. Setakat ini pencapaian terbaik Camelia adalah dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik & Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 1998.
Laman web rasminya adalah www.camelia.com.my. Camelia turut berbakat sebagai jurugambar. Ketika menghadiri Paris Fashion Week tidak lama dulu, jurugambar profesional, Luc Fournol sempat merakamkan aksi Camelia.
Pernah mendirikan rumah tangga dengan Ehsan Tun Ahmad Zaidi, namun rumah tangga mereka tidak mampu bertahan lama apabila berpisah sejak November 1999. Tidak lama selepas itu Ehsan berkahwin dengan pelakon dan anggota Elite, Azzarima Zawari, manakala Camelia masih bersendirian hingga kini.
Tags: CameliaClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:



