in ,

Photo of The Day: Camelia Pakai Topi Sama

Nampaknya, Camelia punya trademark baru. Bukan pada baju atau stokinnya, tapi pada topi unik Camelia. Buktinya, Camelia telah memakai topi hitamnya itu pada 2 event yang berbeza. Pada 22 Oktober di Spread The Entertainment Showcase anjuran Sony Ericsson dan AXN dan pada 24 Oktober lalu, dan sekali lagi, Camelia memakai topi ini di Party Ulantahun EH! Yang ke 10!

Eh! Apa nama topi ni sebenarnya? Nak kata topi tak jugak ni… sekali tengok macam songkok pun ada eh?

4049003045 4452148D8A O | 4

Camelia memakai topi hitam di Party 10 Yang Anggun

Rupanya, inilah topi kegemaran Camelia. Bagi Budiey, Camelia nampak INTERNATIONAL dan glam dengan topi yang ada ‘net hitam’ di bahagian depan itu. Tak salah, recyle pakaian yang sama pada setiap majlis asalkan kita bijak memadankannya seperti yang dibuat oleh Camelia. Yelah, Camelia adalah ikon fesyen Malaysia yang sangat dikagumi.

Buktinya, lihat sendiri… bagaimana Camelia memadankan topi ini dengan jaket hitam serta stokin yang dipakainya. Gabungan fesyen yang SUPERB!

4048286673 85Cb49E001 O | 5

Camelia di Spread The Entertainment Showcase anjuran Sony Ericsson dan AXN yang diadakan di Life Centre Kuala Lumpur.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ujibakat Raja Lawak Astro Di Pulau Pinang

Drama Momo Love Lakonan Cyndi Wang, Ken Chu