in , , ,

Sunday Nite Live – Ella; Ratu Rock Malaysia di Planet Hollywood

Segalanya kembali seperti sediakala. Isu gambar mamat peminat Ella yang disebarkan di internet sudah mula reda. Alhamdulilah!

Nampaknya mamat itu sudah dapat menarik nafas lega. Ella atau nama sebenarnya Nurzila Bte Aminuddin pun sudah menjawabnya di program Melodi di TV3 bahawa Ella tidak mengenali langsung mamat yang digembar gemburkan bakal menjadi suaminya.

Pulak tu, memang tak kena langsung sebab kekasih Ella dikatakan seorang usahawan berjaya. Orangnya lebih tua kertu daripada Ella. Sedangkan mamat tu masih muda belia, umur 22 tahun.. (ops! perlu ke ‘lebong’ propah korang?) mantap dan kekar badannya.

Lagi pula, mamat yang dikatakan iras-iras Adlin Aman Ramli hanyalah seorang penulis blog hiburan picisan yang tidak berduit walau satu sen!

Sumber poster: Planet Hollywood (yang dihantar oleh Klubbkidd ke kotak email budiey.com)

    Apa yang boleh saya katakan, hidup di zaman dunia cyber maya dan internet yang begitu luas dan cepat ini, apa sahaja kejadian boleh berlaku. Segalanya serba berkemungkinan. Ella telah bertindak dengan cemerlangnya menangkis segala haru biru yang telah melanda mamat yang sentiasa dihinggapi bayu-bayu malang itu.

    Kata mamat itu. “Terima kasih banyak-banyak Ella! Touceh! Touceh!” Tabik spring ting tong untuk Malaysia’s rock queen nih! Yang penting, dia maintain manja-manja kucingnya dan menguraikan rambutnya yang hitam lagi bersinar itu.

    Bercakap pasal Ella, saya baru sahaja menerima jemputan untuk menghadiri persembahan kedua Ratu Rock Negara itu di Planet Hollywood pada 25hb Februari (Ahad) ini. Yeszaaaa, akhirnya lama juga saya menanti saat untuk melihat performance Ella yang dikatakan terlalu sempoi dan bertenaga itu. Kepada peminat Ella yang lain, jumpa kalian di sana ya!

    Tidak sabar rasanya untuk melihat aksi Ella di pentas Planet Hollywood. Kalaulah tidak ada aral melintang, kalaulah impian menjadi kenyataan ini merupakan kali kedua saya menyaksikan show Ella di pentas Planet Hollywood. Khabarnya, show Ella yang pertama pada 11 Februari lalu begitu havoc sekali dengan peminat. Berduyun-duyun fanatik Ella datang memenuhi ruang datang memberi sokongan dan berhibur bersama lagenda rock itu.

    Peminat Ella pastinya akan menyemat tiga tarikh penting dalam kalendar mereka buat masa ini. Pertama, tanggal 24 Februari 2007 Ella akan menjayakan Sambutan Ulang Tahun Pertama Hot FM – Big Jam 2007 di Dataran Shah Alam. Kedua, tanggal 25 Februari 2007 Ella akan menyempurnakan show terakhirnya di Planet Hollywood.

   Dan… ketiganya tanggal 31 Julai nanti, Ella katanya akan menamatkan zaman bujangnya juga pada hari yang sama bakal menyambut hari jadinya yang ke 41. Laa… andartu rupanya! Ops! Sorry! Tersasul lak!

   Kepada peminat Ella yang membesar dengan lagu-lagu ratu rock Malaysia ini, Ella mengajak anda untuk berparti bersamanya pada hari Ahad ini jam 10.30 malam. Jam 9 malam tu, korang dah boleh masuk. Kalau nak lenguhkan lutut dan kaki, masuk ler. Jangan lupa sediakan wang RM40 dalam saku untuk bayaran masuk.

   Minuman ringan Coca-cola segelas korang akan dapat untuk basahkan tekak korang yang suka melalak tak ingat dunia tu. Kalau nak masuk pakai redah boleh je, tapi rasalah nanti penampor atau kena baling kat abang guard yang berbadan kekar lagi besar macam The Rock itu. Kuang kuang kuang…

p/s: Khabarnya, 10 Mac depan, giliran Hazami pula buat show di Planet Hollywood. Mmm… menarik jugek! Harap ada lagi jemputan untuk saya. Mau juga dengar secara live vokal Hazami yang dikatakan meremangkan bulu roma itu. Hazami, jangan lupa usung koir grup tu sekali ya! Barulah power!

Add Ella as your fren or girlfren here: http://www.myspace.com/1norzilaaminuddin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Lirik Lagu RAMA-RAMA – Ella

Profile Penyanyi Camelia