Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









PRESS RELEASE LENTERA TIMUR ALBUM BARU DATO’ SITI NURHALIZA



 

LENTERA TIMUR ALBUM BARU DATO’ SITI NURHALIZA

LENTERA TIMUR merupakan album terbaru Dato’ Siti Nurhaliza yang akan dipasarkan sebelum penghujung tahun ini yang mengetengahkan konsep tradisional kontemporari. Album ini amat bermakna buat Siti dan juga para peminatnya kerana selepas kemunculan album Sanggar Mustika, Siti hanya menghasilkan album berkonsepkan pop selama beberapa tahun.

Kerinduan peminat akan terubat dengan penghasilan terbaru menerusi album Lentera Timur yang membawa maksud lampu atau cahaya timur. Justeru pemilihan tajuk amat memberikan peranan kerana Siti mahu mengangkat muzik budaya bangsa dalam arus permodenan supaya terus menjadi cahaya kepada muzik nusantara atau timur.

Lebih bermakna, 9 buah lagu dalam album ini dihasilkan menerusi bengkel Cipta Ekspres MACP-Berirama Malaysia Bersama Siti Nurhaliza yang diadakan Januari tahun ini. Kesemua lagu ini dihasilkan dalam tempoh 3 hari oleh beberapa komposer dan penulis lirik ternama negara. Dua buah lagu lagi yang dipilih ialah ciptaan Katon Bagaskara dan Pak Ngah menjadikan sebelas lagu dalam album ini.

Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Di Kayangan Kita (Johari Teh / Keon), Bintang Malam (Johan Nawawi/Amran Omar), Cinta Ini (Katon Bagaskara)Ada Masa Mata (M.Nasir/Ad Samad),Bulan Yang Mesra (Khairil Johari Johar/Zubir Ali), Seloka Budi (Adnan Abu Hassan/Azam Dungun), Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar/Zubir Ali), Senyum Minang Manis (Zul Mahat/Abot), Joget Menanti Kasih (S.Atan/Habsah Hassan), Di Taman Teman (Fauzi Marzuki/Hairul Anuar Harun) dan Jelmakanlah Ayumu (Pak Ngah).

Siti yang amat berpuas hati dengan komitmen para penerbit album kali ini amat berharap agar Lentera Timur akan dapat mengembalikan kegemilangan industri muzik Malaysia. Kualiti menjadi keutamaan dalam semua aspek penerbitan album ini termasuk menggunakan live strings bagi semua lagu.

Menurut Siti, walaupun lagu-lagu dalam album ini berentak tradisional tetapi susunan muzik dibuat mengikut citarasa zaman kini iiatu mendapat sentuhan muzik moden. Namun jatidiri muzik dan penggunaan alat muzik tradisional amat dititikberatkan dalam penghasilan tiap lagu.

Siti berpendapat dengan mengetengahkan muzik tradisional kontemporari dia bukan sahaja dapat mengajak peminat baru atau remaja untuk mencintai muzik tradisional malah dapat memberikan sesuatu yang baru dalam lagu-lagu Melayu masa kini.

Album terbitan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. ini akan diedarkan oleh Suria Records dalam bentuk cakera padat. Selepas Krismas kelak, album ini akan terdapat di pasaran.

Lentera Timur is the thirteenth studio album from Malaysian pop singer-songwriter Dato’ Siti Nurhaliza.

This album will be released after Christmas 2008 in Malaysia, Singapore and Brunei and at a later time in Indonesia. This is Siti Nurhaliza’s fourth traditional (ethnic comtemporary) album after Cindai, Sahmura and Sanggar Mustika. Engaging mostly well known composers in producing ethnic songs and a few new ones which give a nice mix to this album that has great potential to be one of the hit albums in the industry. Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. (SNP) produced this album with Suria Records (SRC) as the distributor featuring 11 songs for ethnic contemporary music lovers.

LIVE strings were used in recording this album which was conducted by Eddie Marzuki. Violins by Maya, Yip Siew Keen, Azlan and Yew Haan.
Album Info

Released: After 25th Dec, 2008

Genre: Ethnic Contemporary

Length: Nil

Label: Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd.

Producer(s): Johari Teh, Johan Nawawi, Katon Bagaskara, M.Nasir, Khairil Johari Johar, Adnan Abu Hassan, Khairil Johari Johar, Zul Mahat, S.Atan, Fauzi Marzuki, Pak Ngah.

kredit: www.sitizone.com

Tags:

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Dato’ Siti Nurhaliza Jadi Cover Girl Majalah VOGUE
  • Eksklusif: Dato’ Siti Nurhaliza Promo Album Baru Lentera Timur
  • Senarai pemenang Anugerah Industri Muzik 16
  • Gambar Saida di Pelancaran Album Lentera Timur
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Pelancaran Pembukaan Lord’s Tailor
  • Gambar Studio Kulit Album Lentera Timur Siti Nurhaliza
  • Gambar Studio Untuk Kulit Album Lentera Timur Part 2
  • Komposer Zubir Ali Meninggal Dunia
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa Yayasan JUSCO Malaysia
  • Rakaman Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Peminat



    • azrul

      hai sang tabuan kalau dah dinamakan tabuan gitulah perangainya. Kesian, kesian.

    • ummie cute

      Tabuan..kasi sengat sket kat mamat dayus ni..tetibe je mengomel kat kapet ni sorang2..nak msk kat entry lagi satu tu takut kene semboq..
      so die merapek kat sini sorang2..sian la kat mamat ni..ko nak sokong ko punya pasal la..kami nak kutuk ke nak caci maki ke nak komen ke suka ati kami la .. yg ko tetibe interfrem ni ape hal..nak tunjuk kononnya ko ni peminat yg setia la ye..ntah2 satu cd haram pun ko tak penah beli ..ckp boleh la ..

    • Tabuan

      Ummie Cute >>> Hhahaahaha takpelah Ummie biar si azrul terjun dgn labu labu nya.. Mungkin dia diupah untuk membela si dia tak..?
      hehehe!

      Azrul >>> terimakasih lah atas perhatinan awak tu..
      Apa yg boleh saya kata adalah..
      Kesiani lah diri awak tu dulu sblom awak nak kesian saya ya.
      Adakah anda yg bernama Azrul berahlak, bermoral baik…..??? :-(

    • ummie cute

      Tabuan..best la ko ni..
      teringat kat Atuk….agaknya Atuk tak habis merajuk kot..?

    • Tabuan

      Taklah… mungkin atuk bz gi tengok tanah2 yg beratus ekar tak.. ?

      hehehehe!

    • ummie cute

      Iye ke Tabuan..wah!kaye le Atuk kite nanti ye..boleh hadiah kan nenek jam bernilai beribu ribu ribu henggit…nanti nenek war2 kan hadiah yg Atuk bg tu kat kapet ss ni..nenek pun nak glamer gak..tak gitu Tabuan.. wawawa…

    • azrul

      Hi ummie dan tabuan. Pelajaran setakat darjah berapa? Orang bodoh macam awak ni lah yang patut dihina dan dicaci. Tak sangka ada juga orang sebodoh awak berdua ni. Bodohlah kau ni ummie. Kalau CD haram tu aku rasa kau ngan tabuan ajelah yang beli. Tak berkemampuan kot. Aku rasakan korang berdua ni ada masalah peribadi tau. Gi lah jumpa doktor psikiatri. Leh doktor2 tu tolong korang berdua. Takut2 korang berdua masuk hospital gila kot.

    • azrul

      Kepada sang tabuan. Janganlah nak menghukum seseorang samada orang tu baik atau berakhlak. Tanya diri tu dulu. Sebab tu saya katakan awak dan ummie ni sakit. Sakit jiwa saya rasa. Saya rasa korang berdua banyak masalah dalaman. Cepat2 jumpa doktor k.

    • Tabuan

      Azrul >>>> sekian… terimakasih… :-)

      Samalah kita gi cermin muka kita pat Ikea ya..
      Sana ada besar punya cermin… :-)

    • Tabuan

      Azrul >>> Saya ni tak kuasa nak balas apa yg awak kata..
      Kerana pada saya cara awak bobal ni mcm nak carik pembalahan.
      Dan saya pun tak nak nanti kata2 saya yg berlandaskan fakta akan memalukan awak yg bernick kan AZRUL…

      Akhir kata dari saya…
      Kalo awak masih berminat nak “menjual…”

      Saya pun tak kisah nak “membeli…”
      *Saya akan “membeli” yg logic aje.. kalo nak “menjual” merapek…
      Malas saya nak layan *

      ~ sekarang siaper ada masalah dgn siapa ni…????? ~
      :-(

    • ummie cute

      AZRUL..WAK LU….pulti..sunni punya jntan…paiti kare..ade podahhhh!!!
      ko tu yg sekolah tak tinngi kot n mgkin ko ni la sepatutnya masuk spital GILA sebab ko yg cari pasal tetibe nak nasihat kan org plak..
      jgn kan cd haram kalo bg free cd artis feberet ko ni pun aku tak sudi..
      KAM j …

    • Tabuan

      Ummie cute >>> Ummie ummie… bila tabuan baca2 balik kata2 si Azrul dan amma tu…
      teringat Tabuan pada “arwah” tu…
      Cara dorang komen serupa eh… orang yg sama.. cuma nick aje berbeza beza..
      Mungkin dia dah jadi “arwah gentayangan” agaknyer..
      :-(

    • ummie cute

      Tabuan..tau tak pe..hehehe :)
      Uc tak kisah Tabuan,dah lali dgn org2 yg suka ‘usik-usik’ Uc ni.. ‘Uc tak berdendam..,lg org ‘usik’ Uc..lg murah rezeki Uc d dlm bidang seni ni..’.. ahaks! (dialog artis fofular la katakan..) wawawa

    • azrul

      Ai marah? Ingatkan korang berdua tak tahu marah n cuma tahu mengutuk aje. Teruskanlah kerja korang ya. Asalkan korang bahagia dunia akhirat sudahlah. Take good care ok. Last but not least jagalah mulut tu sebelum mulut tu menjunamkan diri korang berdua dalam api neraka. Bye!!!!!

    • Tabuan

      Azrul >>> saya marah…..?????? hahaha tak abis2 lah kamu dgn dialog kamu tu..
      Saya rasa.. wak lu yg marah bukan saya… :-)

    • azrul

      Akhir kata daripada saya: Pada sang tabuan setelah saya amati komen2 anda saya rasa anda ni tak lah seteruk mana. Tapi kan kalau nak memberi komen tu biarlah membina. Sama juga bila kita nak menukar keburukan kepada kebaikan banyak pakar motivasi dah cakap berilah komen membina agar satu hari nanti akan berubah juga seseorang tu.

      Pada ummie cute (ugly but adorable). Makna cute tu dah menunjukkan yang kau tu buruk tapi taklah seburuk manapun. Agar keburukkan wajah tu janganlah ditambahkan dengan buruk perangai. Tunjukkanlah kau tu wanita muslim yang tulen kerana wanita muslim yang tulen bukanlah setakat bertudung, tutup sini sana tapi kata2 juga menunjukkan kemusliman kita.

      Saya di sini bukanlah nak memberikan nasihat kepada korang2 komenter semua tapi sekadar ingin melihat kita orang melayu lagi kalau dah dikatakan orang Islam janganlah melebih2 sangat dalam kata2 yang boleh menjatuhkan antara satu sama lain. Supaya tidaklah bangsa dan agama lain melekehkan kita orang melayu/Islam. Dahlah itu saja yang boleh saya katakan. Selamat maju jaya dalam bidang masing2. Maaf ya kalau tersinggung perasaan. Lain kali kalau ada waktu yang terluang Insya Allah saya akan menjeguk kat lelaman ini.

    • ummie cute

      Azrul…tkasih le d atas kata2 ko yg menunjukkan ko seorng lelaki yg paling prihatin d kapet ss ni..tp tnpa ko sedar ko pun menghina ciptaan Allah dgn megatakan aku ni buruk..xpe seburuk buruk aku ni pun tak la seburuk akhlak ko yg menyokong seorg wanita yg menguna kan aurat yg d HARAM kan olh ALLAH untk membuat jntan2 sperti ko ni minat dan snggup mempertahan kan benda yg terang2 HARAM d dlm ISLAM..nmpak sngat ko pun tak belajar tinggi mana…dan jngan la ko menghina aku ni sebab kalo ko tak kawen takut nanti bini ko lebih buruk dr aku yg cutee ni..
      **salam perkenalan** :)

    • Tabuan

      Applause for Ummie Cute… Bravo… !!!! :-)

      Itu sebab tabuan kata pada dia.. sama2 kita gi suluh itu muka
      tempat IKEA.. Sana ada banyak cermin besar untuk Azrul :-(

    • ummie cute

      Tabuan~tenkiu..tenkiu..(pose ala2 artis menang award .. :)

    • Shaz

      Enough with all the bad words… She is trying to give her best shot just to entertain you guys, yet all of you talk bad things about her… If u dont like her, shut up and duduk diam2… ni nak mengutuk lah pe lah, daripada tak dpt dosa, xpsl2 dosa mngumpat dh dpt.. org bg nasihat, ni x, condemn x hbs2.. klu asyik condemn Dato’ Siti, sampai ble2 pun xkn jd pape.. Bg yg “pakar” sgt Islam tu, sedar2lah, Islam x ajar umatnya menggunakan bahasa kasar dlm bab2 menegur org yg wat slh… Pkirlah ye.. anyway Dato’ Siti, your latest album is great… superb..

    • Maskud

      ALBUM SITI HANGAT DI PERKATAKN DI INDONESIA!
      buktinya

      http://grelovejogja.wordpress.com/2009/01/11/album-baru-siti-nurhaliza-lentera-timur/

      Album Baru Siti Nurhaliza: Lentera Timur
      Diarsipkan di bawah: Serba-Serbi — greata @ 10:50
      Akhirnya setelah menunggu lama, Kak Siti kembali mengeluarkan album. Mengusung tema “Lentera Timur”, album ini memang bercirikan khas musik melayu. Ya, sifatnya tradisional tapi dicoba diaransement semodern mungkin sehingga enak didengar.
      Mau tahu lebih lengkap tentang lagu ini, pengunjung bisa mengunjungi website http://sitizone.com. Berikut penulis tampilkan lagu-lagu dalam “Lentera Timur”
      Kalau pengunjung ingin mendengarkan masing-masing lagu ini, saya rekomendasikan untuk berkunjung di youtube.com. Ketik saja “Lentera Timur Siti Nurhaliza” di bagian searc video maka akan ditampilkan lagu-lagu yang ada di album “Lentera Timur”. Untuk mendowload video dari youtube ini, bisa memakai situs TechCrunch, dengan mengetikan alamat link dari video yang hendak di download.

    • yuruharasan

      i justt loveee abt siti, others just cant stand abt other ppl achievement

    • baby_turbot

      to all commenter, sy sedih sgt bila baca apa yang u all katakan. yes, bila u all kata ‘jgn mengutuk ct’ n than ada pula yang bg reason seolah2 tak boleh terima nasihat, bukan kah di sini di beri peluang untuk memberi komen, bukan kah baik kalau kita beri komen pada ct dgn kata2 yang membina, kita di sini hanya mampu beri nasihat tapi jgn lah sampai mengutuk sesama sendiri pula.

      bukan kah malu jika kita yang sesama Islam bergaduh hanya kerana seorg wanita yang tidak memakai tudung dgn sempurna. bukan kah malu juga jika org yang bukan islam membaca disisi, jadi apalah salah kiranya kita sama2 beri komen yg membina.untuk kebaikan sesama, kita mestilah tidak boleh muak untuk memberi nasihat. jgn disbb kan cakap elok2 Xnk dgr, jadi gunakan bahasa kasar, bukankah itu tidak elok.

      kita semua makluk tuhan sama sahaja. dulu kita baik mgkn akan datang kita jahat. kalau dulu kita jahat mgkn akn dtg kita baik. mgkn kita akan jahat selama-lamanya, tapi kalau baik selamanya itu adalah mustahil. sbb kita manusia yang sentiasa silap.

      saya kenal ct macam mana anda semua kenal dia. lagu dia hanya saya dgr untuk halwa telinga. tapi untuk meminati mgkn akan fikirkan dulu.

      kepada ct.. tahniah kerana dulu tak bertudung skrg bertudung, perubahan mmg memerlukan pengorbanan.

      sudah memang lumrah dunia, untuk berbuat kejahatan amat senang sekali dan untuk berbuat kebaikan amat susah sekali. sedikit kebaikan amat di puji dicc tuhan. jadi teruskan lah buat sedikit kebaikan itu kerana dari sedikit itulah yang suatu hari nanti akan membawa kepada perubahan yang besar.

      tanam kan dalam hati, azam yang kuat dan memdalam. jgn sampai tudung itu terbuka terus.

      kepada yang membaca disini mgkn anda Xkan puas hati dgn apa yang saya kata.kerana byk juga nasihat diberi malahan org yang menasihati itu pula di kutuk. saya faham… untuk menerima benda yang baik mmg susah, jadi saya berterima kasih kepada yang sudi membaca nota saya ini..

      jgn lah kita mengutuk sesama kita…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK