in

Gambar Juliana Banos di Anugerah Industri Muzik 1998

Budiey dah lama tak dengar cerita pasal penyanyi Juliana Banos selepas dia kahwin dan dapat anak perempuan. Ada kawan Budiey cakap, Juliana sekarang tinggal di Johor Bahru. Album terakhir Juliana berjudul Obsesi. Penyanyi bermata kuyu Juliana Azman Banos ini lahir pada 26 Mar 1979. Tingginya 5′ 7”. Dulu dia di bawah naungan KRU Records.

Pada yang tak tahu, Juliana adalah pemenang Dewi Remaja 1998/99. Pernah berduet dengan Indigo dalam lagu Sehidup Semati. Pernah menang untuk kategori Artis Terbaru Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 2000, Juliana juga pernah berada dalam nominasi AIM 2000 dalam Kategori Artis Baru Terbaik. Album berjudul JUN lahir April 2001 yang mempertaruhkan single pertama yang meletup-letup berjudul Cinta Gila. Pernah juga berlakon dalam Gerak Khas The Movie 2.

Panjangnya rambut Juliana Banos ni masa AIM 98. Guna extension kot.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dokumentari Alexander Bukan Zulkarnain di Astro Oasis

PRESS RELEASE LENTERA TIMUR ALBUM BARU DATO’ SITI NURHALIZA