in

Poster Filem Pecah Lakonan Fizz Fairuz & Izreen Azminda

[dropcap]P[/dropcap]enantian ke tayangan filem Pecah yang diadaptasi dari novel best seller fixi dengan judul yang sama semakin mengujakan apabila pihak Grand Brilliance melancarkan poster rasmi filem tersebut menerusi laman instagram dan twitter rasmi mereka baru-baru ini.

Bersesuaian dengan tajuknya dan visi Grand Brilliance untuk menjadi penanda aras baru bagi industri perfileman tempatan, poster yang menampilkan keempat-empat watak utama filem Pecah iaitu Tony Eusoff, Fizz Fairuz, Ako Mustapha, Shoffi Jikan dan Izreen Azminda dilihat menerapkan efek pecahan kaca yang mampu ditafsir simbolik bagi pelbagai kemungkinan sebagai latar belakangnya.

Pecah berkisarkan sebuah rompakan bersenjata oleh Alan, Herman, Radi dan Don di salah sebuah bank terkemuka negara dan kekecohan yang berlaku selepasnya. Bakal ditayangkan di pawagam pada pertengahan tahun 2013, Pecah dijangka akan menggegarkan industri perfileman tempatan yang dahagakan filem penuh aksi seperti ini.

Antara barisan filem-filem lain Grand Brilliance yang bakal menemui anda pada 2013 adalah Bisikan Syaitan (2 May 2013), Pecah, Pengapit, Balada Pencinta, KL Zombi, Mamak Cupcake, Lebuhraya Ke Neraka, Penanggal, KL Gangster 2 dan Anak Jantan yang dijangka bakal memecah rekod industri perfileman tanah air.

Follow @grandbrilliance di twitter dan instagram untuk maklumat lanjut serta info dan gambar dari filem Pecah atau layari www.facebook.com/filempecah.

Pecah Film Official Poster

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kursus Lakonan & Pengacaraan Untuk Jadi Pelakon Berbakat & Profesional

Konsert Penutup Perlumbaan F1 Gun N’ Roses di Sepang