in

Kursus Lakonan & Pengacaraan Untuk Jadi Pelakon Berbakat & Profesional

Menjadi Pelakon Berbakat dan Profesional
“Belajar Melalui Realiti Sebenar Industri Filem”

Para Pelajar dari Akademi outLOUD yang menjalani Kursus Lakonan & Pengacaraan telah menamatkan kursus pendek selama tiga bulan dan akan menerima sijil penyertaan Kursus Asas – Lakonan & Pengacaraan pada akhir bulan Mac ini di Akademi outLOUD.

Selama 3 bulan pengajian di Akademi outLOUD, mereka telah berjaya meningkatkan kemahiran dan teknik lakonan untuk menjadi pelakon profesional pada masa akan datang. Selain melatih pelajar mejadi pelakon yang berdisiplin, mereka juga memperoleh pengetahuan dan pengalaman dalam proses pembikinan filem. Melalui cara latihan yang unik dan menarik di dalam Kursus Lakonan & Pengacaraan ini, secara tidak langsung pelajar-pelajar telah berjaya mempertingkatkan tahap keyakinan mereka semasa berlakon.

Outloud Academy_7

Akademi juga telah memberikan pengalaman berlakon kepada pelajar dalam Telefilem terbaru terbitan outLOUD Studios yang bertajuk “Loncat” yang bakal disiarkan di saluranRTM tidak lama lagi.Proses ini telah memberikan latihan kepada pelajar untuk merasai realitidan pengalaman sebenar berada di lokasi penggambaran.

Selain itu, pengarah dan juga penerbit akan melihat pencapaian peningkatan lakonan yang mereka berikan. Ini juga merupakan teknik asas kepada kerjaya mereka dalam industri teater, filem dan televisyen.

Berikutan arahan kerajaan untuk mengukuhkan lagi bidang pendidikan dan latihan, program yang diadakan di Akademi outLOUD akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang ingin menjalani latihan intensif dalam pembikinan filem yang sekaligus menawarkan kerjaya profesional untuk masa depan yang cerah kepada mereka. Di samping itu juga, mereka akan lebih bersedia dari segi mental dan emosi dalam menempuhiindustri hiburan dan pembikinan filem yang bakal diceburi.

Akademi outLOUD kini menawarkan kursus pendek selama satu bulan dalam pengajian Lakonan & Pengacaraan kepada mereka yang mempunyai semangat dan keinginan untuk belajar berlakon. Untuk maklumat lanjut mengenai Akademi outLOUD, boleh menghubungi Bee Norani di outLOUD Studios di talian 03-7728 4098 atau emailkan ke [email protected] dan boleh melayari laman web kami : www.outloudacademy.com

Outloud Academy_9

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ntv7 Siar Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix 2013

Poster Filem Pecah Lakonan Fizz Fairuz & Izreen Azminda