Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Pesanan Michelle Wee Untuk Tukang Komen



Huhu, akhirnya berjaya juga Budiey upload dan siarkan satu klip video peribadi di Youtube. Dulu pernah Budiey cakap kat korang yang Budiey tak suka nak ambik video dan upload kat Youtube untuk tontonan pembaca blog ini. Pertama tidak ada masa nak edit video dan upload. Kedua, dulu pakai nokia xpress music tapi sekarang dah senang dengan adanya Nokia N95. Video dia lawa sikit.

Alahai, bukan susah sangat pun sebenarnya nak siar video. Sekarang mungkin dengan masa yang terluang ini, Budiey rasa ada eloknya Budiey buat rakaman tembual bersama selebriti dan edit video tersebut untuk tontonan korang. Itu pun kalau korang sudi nak klik. Biasanya kalau connection internet korang lembab memang makan masa jugak.

Jadi, ini adalah percubaan pertama Budiey siarkan video rakaman yang Budiey buat sendiri untuk semua pembaca Sensasi Selebriti. Kalau korang suka tengok video, mungkin Budiey cuba rakam lagi video sebegini setiap kali Budiey berada di event hiburan. Harap korang juga kasi komen dan cadangan video macamana yang korang suka, samada nak video interview eksklusif bersama selebriti atau just video candid…

Sebenarnya, rakaman pesanan ini dibuat secara spontan ketika menghadiri majlis ramah mesra bersama pelakon Drama Vice Versa pada hari Jumaat lepas… terus tarik Michelle Wee untuk buat rakaman untuk pembaca khususnya untuk tukang komen yang dah buat perangai… Dua tiga menjak ni, banyak ‘pendakwah-pendakwah’ yang serang blog ini dan tulis komen di luar topik. Ada yang tulis komen yang sama copy dan paste di setiap entri.

Harap korang tidak salah tanggapan, Budiey tidak halang korang nak berdakwah dan meninggalkan kritikan tentang agama… cuma rasanya korang yang nak meninggalkan komen sedemikian, harus faham tentang konsep blog ini yang berbentuk dunia hiburan dan dunia selebriti. Apa-apa pun Budiey akan cuba buka minda dan memandang ini secara positif. Budiey bukan anti pendakwah atau anti agama. Tak semua komen dari pendakwah itu Budiey tak accept dan siarkan. Hanya komen pendakwah yang positif dan boleh diterima serta menepati dengan tajuk yang dibincangkan sahaja akan disiarkan. Selainnya… minta maaf banyak, Budiey terpaksa padamkan.

Jadi, korang suka rakaman video yang macamana? Sila kasi cadangan di ruangan komen ya!

[tags]video budiey, drama vice versa, keputusan pilihanraya 12, michelle wee disaman, pendakwah islam, islamic view, bn kalah, pas menang, pembangkang menang, selangor pemimpin, senarai pemimpin baru, candid camera[/tags]

Tags: ,

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Nuh Hujan di Showcase Hujan Planet Hollywood
  • Ucapan Selamat Hari Raya Dari Shila dan IZ OIAM
  • Ella, Botok, Vitamin C, Braces dan Michelle Wee Melodi
  • Video Pesanan Zaid Pelakon Filem Syirik
  • Gossip Artis Rakam Gambar Anu
  • Gambar Ogy Ahmad Daud di Anugerah Skrin
  • Isu Penciplakan Tidak Boleh Dimaafkan
  • Pertandingan Ratu Jumbo 2010 di Sungei Wang Plaza 26 Oktober
  • Kolam Making Competition at The Weld
  • TV3 & AWP REALISASIKAN IMPIAN INDAH PENGANTIN LEUKEMIA



  • 4 Komen untuk entri “Pesanan Michelle Wee Untuk Tukang Komen”

    1. Farid kata:

      Bgus la Budiey, buat la lagi lain kali.. Temubual artis2 lain plak

    2. Pembebel kata:

      Tak nak temubual aku plak ke? Ekeke.

    3. iwuzere kata:

      wow..michelle is so cute..best gak kalo die jadi pengacara melodi ke atau rancangan hiburan..SERKAP

    4. tudung saji kata:

      apa-apa pun, i memang minat michelle, teruskan lagi michelle!

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK