in

Persembahan Jamal Abdillah Rai Hari Ibu

Bersempena dengan sambutan Hari Ibu yang diraikan saban tahun, penyanyi bersuara emas Dato’ Jamal Abdillah bakal mengadakan satu persembahan istimewa untuk meraikan para ibu.

Persembahan istimewa anjuran N’dah Mahligai ini bakal berlangsung di N’Dah Mahligai, Seksyen 14, Shah Alam pada 11 Mei 2014 (Ahad), jam 8.00 malam. Dato’ Jamal bakal mendendangkan lebih kurang 14 buah lagu popularnya selama satu setengah jam.

Majlis yang diadakan secara santai dan relaks ini turut memberi peluang kepada para tetamu untuk mendekati raja pop kesayangan ramai ini melalui sesi bergambar dan ramah mesra. Menariknya selain berhibur, para penonton turut berpeluang untuk mendapat cabutan bertuah berupa pakej perkahwinan tajaan N’dah Mahligai bernilai RM35,000.

Persembahan Jamal Abdillah

“Pihak kami sangat berbesar hati menampilkan Dato’ Jamal Abdillah dalam majlis istimewa sempena hari ibu ini kerana beliau dilihat memiliki pesona yang cukup kuat dan begitu sinonim dengan persembahan untuk majlis seumpama ini. Malah lagu-lagunya juga begitu digemari oleh pelbagai peringkat umur dan kaum ibu terutamanya,” ujar Puan Ndah yang juga merupakan pemilik N’dah Mahligai.

Selain persembahan dari Dato’ Jamal, majlis ini juga turut diserikan dengan persembahan Nas Adila selaku penyanyi jemputan dan Jihan Raja Lawak sebagai pengacara.

Tiket-tiket boleh diperolehi dengan harga RM300, RM400 dan RM450 dan sudah mula dijual. Majlis eksklusif ini hanya terhad kepada 400 tetamu (40 meja) sahaja.

Bagi anda yang berminat boleh membuat pembayaran seperti berikut:

Cara pembayaran Persembahan Jamal Abdillah:

• Bank in ke akaun Hong Leong Bank bernombor 38800003649 (N’Dah Catering & Wedding Planner)
• Cek atas nama N’Dah Catering & Wedding Planner
• Kredit kad (pembayaran di N’Dah Mahligai, Shah Alam sahaja)
• Tunai (pembayaran di N’Dah Mahligai, Shah Alam sahaja)

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
* 03-5510 4187/013-276 4368 (Pn Ndah)
* 03-5101 7339 (Arie)
* 03-5101 7343 (Yatt)

Persembahan Jamal Abdillah Rai Hari Ibu

Persembahan Jamal Abdillah Rai Hari Ibu

Persembahan Jamal Abdillah Rai Hari Ibu

Persembahan Jamal Abdillah Rai Hari Ibu

Persembahan Jamal Abdillah Rai Hari Ibu

Persembahan Jamal Abdillah Rai Hari Ibu

Persembahan Jamal Abdillah Rai Hari Ibu

Persembahan Jamal Abdillah Rai Hari Ibu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pemenang Planet Joget Musim Pertama

G-DRAGON, TAEYANG & SEUNGRI Thinking Of You Fan Meeting Show In Malaysia