in , ,

Jamal Abdillah Lancar Single YANG MEMILIKI, Kisah Tentang Manusia

Figura hebat ini antara penyanyi legenda yang masih aktif dalam berkarya dan membuat persembahan. Malah, sambutan terhadap dirinya juga tidak pernah sunyi. Peminatnya juga muncul dari setiap generasi dan zaman.

Malah, Dato’ Jamal Abdillah dilihat sebagai penyanyi yang bijak mengatur kerjaya seni agar terus kekal relevan. Selain muncul dengan single baharu, kolaborasi dengan beberapa penyanyi muda dan popular masa kini antara pendekatan dibuat.

Terbukti hasilnya berjaya apabila lagu yang dirakam Jamal bersama mereka menjadi siulan anak muda dan kekal trending hingga kini.

Terbaharu, Jamal, 63, muncul dengan single YANG MEMILIKI hasil ciptaan sepenuhnya oleh Khusam dan Zaira Sham yang sudah dilancarkan secara rasmi pada 9 September lalu.

Jamal berkata, lagu YANG MEMILIKI ini cukup dekat dengan kehidupan seharian selain apa yang dinikmati hari ini hanya bersifat sementara.

Dato’ Jamal Abdillah Muncul Dengan Single YANG MEMILIKI, Kisah Tentang Manusia

“Lagu ini mengisahkan mengenai kita sebagai manusia hanyalah hamba yang menumpang sementara di atas muka bumi ini. Segala kenikmatan yang kita miliki hanyalah dipinjamkan oleh Allah SWT. 

“Kenikmatan yang dipinjamkan untuk kita terlalu banyak. Sejauh mana kita memilih untuk ke arah kebaikan atau sebaliknya, semuanya adalah pilihan kita. Kaya atau miskin itulah ujian buat kita.

Segala kehebatan, keindahan, kecantikan, kesempurnaan, keagungan dan segala yang baik-baik adalah daripada Allah, Pemilik dan Pencipta yang abadi,”

– Dato’ Jamal Abdillah

Berkongsi lanjut mengenai lagu YANG MEMILIKI, Jamal berkata dia jatuh cinta dengan melodi dan lirik yang dihasilkan.

“Lagu dan lirik YANG MEMILIKI disiapkan demonya terlebih dahulu oleh penerbit dan pencipta lagu iaitu Kusham sebelum diperdengarkan kepada saya. Kali pertama mendengar, saya suka dan terus menyatakan persetujuan.

Selepas itu baru pihak penerbit bawa kepada pihak Universal Music Malaysia untuk proses seterusnya. Alhamdulillah, pihak Universal Music Malaysia berminat dan proses rakaman pun bermula,”

– Dato’ Jamal Abdillah

Menariknya mengenai proses rakaman lagu YANG MEMILIKI ini, muzik disusun oleh Kusham dan alat muzik dimainkan secara langsung oleh pemuzik professional.

Sementara itu, penerbit lagu, Kusham berkata, proses rakaman berlangsung selama dua jam.

“Apabila muzik siap dirakam, proses merakam suara Dato’ Jamal pun dilakukan. Rakaman suara mengambil masa lebih kurang dua jam. Proses rakaman berlangsung di One Scream Studio.

“Selepas itu, proses adunan digalas oleh saudara Raja Iskandar atau Is Wow. Bagi saya, ini satu lagi pengalaman berharga buat kami apabila dapat bekerjasama dengan legenda. Proses yang mudah dan sangat profesional,”

– Dato’ Jamal Abdillah

Kusham juga berharap lagu YANG MEMILIKI bukan sekadar lagu dan hiburan, tapi dapat memberikan manfaat buat semua pendengar.

“Semoga lagu ini bukan hanya sekadar hiburan tetapi dapat mendidik jiwa pendengar ke arah kebaikan yang dicari,”

– Dato’ Jamal Abdillah

Single YANG MEMILIKI boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music daripada 9 September jam 12 tengah malam. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Disney+ Hotstar Siar Trailer Original Series Limitless with Chris Hemsworth

NOAH

YOLO Malaysia Anjur Konsert NOAH LIVE IN KL di Zepp KL Pada 12 November