in , ,

Peraduan Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter

Salam bahagia kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

Untuk meraikan kegemilangan penyanyi lagenda Francissca Peter dalam industri muzik Malaysia, Eye Design dengan bangganya mempersembahkan “Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter”. Konsert ini bertujuan meraikan sambuta Francissca Peter dalam industri muzik selama 33 tahun. Ia juga merupakan sebahagian daripada aturcara sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Konsert berprestij ini akan berlangsung di Istana Budaya Kuala Lumpur pada 5hb dan 6hb Februari 2011, dari jam 8.30pm ke 11.45pm.

poster konsert keunggulan

Sertai Peraduan Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter
Kepada pembaca yang nak menonton Special Preview Konsert Keunggulan Francissca Peter. Budiey mahu mencari 10 orang pembaca untuk hadir menonton Special Preview untuk konsert pertama penyanyi terkenal ini di Istana Budaya. Setiap pemenang akan diberikan 2 tiket percuma untuk menonton konsert ini yang bernilai RM400.

Apa Yang Perlu Dibuat Ialah…
Anda harus memilih salah sebuah lagu Francissca Peter yang menjadi kegemaran anda. Rekod nyanyian anda (melalui handphone atau videocam) dan hantar kepada Budiey atau anda boleh terus upload di Youtube. Rakaman terbaik akan disiarkan dan menjadi pemenang bagi pertandingan ini. Amacam, ada berani?

Rakaman anda mungkin akan terpilih untuk disiarkan bagi tujuan publisiti Budiey.com dan concert ini.

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter

Tarikh tutup peraduan:
1 Februari 2011

10 orang pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih Eye Design atas penajaan tiket jemputan ini.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.francisscapeter-concert.com dan www.ticket2u.biz atau hubungi talian Hotline +603 4147 8600. Harga tiket adalah RM99, RM149, RM189, RM239 dan RM299.

Pada konsert ini, Eye Design akan menjual beberapa barangan esklusif. Antaranya adalah kompilasi kesemua album Francissca Peter dalam bentuk ‘box set’ pada harga yang istimewa. Tawaran ekslusif ini yang di keluarkan oleh Warner Music, hanya boleh di miliki di Istana Budaya pada kedua-dua hari konsert dan tidak akan di dapati di mana-mana kedai muzik.

Untuk info lanjut sila layari: http://www.francisscapeter-concert.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Nasha Aziz di Green Cheongsam The Weld

Ridley Scott Director PROMETHEUS