in

Pelakon Veteran Karim Latiff Meninggal Dunia

Pelakon veteran Karim Latiff, 78, telah disahkan meninggal dunia pada jam 11 pagi tadi (18 Ogos 2015) di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut isterinya, Che Asma Hussain, 71, pelakon yang terkenal menerusi watak Safar dalam filem Ahmad Albab itu telah dirawat di HKL sejak 8 Ogos lalu dan telah disahkan mengidap kanser paru-paru tahap empat.

Jenazah Allahyarham atu nama sebenarnya Abdul Karim bin Abdul Latif telah dibawa ke surau Ar Raudah, Taman Tiara Ukay Perdana untuk disembahyangkan, dan kemudiannya dikebumikan di tanah perkuburan Batu Muda selepas Asar.

Sedikit info tentang Allahyarham, dia berasal yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan berhijrah ke Studio Jalan Ampas, Singapura ketika berumur 18 tahun. Selain menyerlah dalam filem Sumpah Pontianak, Mahsuri, Anak Bapak, Masam-masam Manis, Keluarga 69, beliau juga berbakat dalam arena seni suara.

Bekas pengalih suara di RTM itu memperlahankan kerjaya lakonan kira-kira 10 tahun lalu selepas berdepan masalah penglihatan.

Perkahwinannya dengan Che Asma Hussain yang juga bekas kakitangan RTM dikurniakan lima cahaya mata iaitu Izuddin, Izmir, Nur Iznita, Izhar dan Izralfiddin selain 10 cucu.

Pelakon Veteran Karim Latiff Meninggal Dunia

Sumber: Persatuan Seniman & Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem MIRIP

Secret Revealed! John Lasseter Welcomes Filmmakers & Voice Talent To D23 EXPO 2015