in

Pelajar SK Magandai Terima Bangunan Hostel Baru

PARA PELAJAR SK MAGANDAI TERIMA BANGUNAN HOSTEL BARU

Hampir 200 orang pelajar SK Magandai kini boleh belajar dalam keadaan yang lebih selesa apabila Astro melalui cabang tanggungjawab korporat sosialnya; Astro Kasih menghadiahkan tiga blok bangunan yang serba lengkap dengan kemudahan asas sesebuah hostel seperti ruang dapur, istirehat dan bilik stor. Segala kemudahan yang disediakan juga dilengkapi  dengan prasarana asas seperti bekalan elektrik dan saluran air.

Projek Hostel Astro yang telah dijalankan secara berperingkat itu tidak hanya tertumpu kepada pembinaan bangunan hostel dan kemudahan asas tetapi juga memberi penekanan dalam meningkatkan mutu pendidikan.

Para pelajar gembira dengan majlis penyerahan hostel Astro

Bukan itu sahaja, pihak Astro dan Kementerian Pelajaran Malaysia juga kini dalam proses perbincangan lanjut untuk membekalkan bekalan tenaga elektrik secara solar hybrid secara berterusan yang membolehkan para pelajar untuk mengulangkaji pada waktu malam.

Yang Berhormat Dato Seri Maximus Ongkili; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Encik Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro hadir bagi memeriahkan lagi acara penyerahan bersama-sama para pelajar dan tenaga pengajar di SK Magandai.

Dalam kenyataan beliau, Yang Berhormat Dato Seri Maximus Ongkili berkata, “Tindakan Astro ini secara tidak langsung telah menyokong kepada perkongsian bijak di antara pihak kerajaan dan badan swasta dalam membekalkan kemudahan komuniti serta perkhidmatan yang berkaitan yang juga merupakan sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat seperti yang dilaung-laungkan kerajaan.  Di samping itu juga dengan adanya kemudahan penyiaran pembelajaran Astro, ianya dapat membantu mempertingkatkan pencapaian UPSR SK Magandai.  Ini amat bertepatan dengan NKRA pelajaran untuk memberi peluang meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

Menurut Encik Henry Tan pula, “Melalui Astro Kasih, pihak Astro dan kakitangannya berbesar hati kerana dapat mendekati penduduk di Kg Magandai. Projek Hostel Astro ini merupakan kesinambungan daripada pelbagai inisiatif tanggungjawab korporat sosial Astro yang memberi penekanan dalam bidang pendidikan dan komuniti. Projek Hostel Astro ini turut melibatkan seramai 40 orang kakitangan Astro yang mendaftar  di bawah program sukarelawan Astro iaitu Astro Kasih untuk  menyumbang tenaga pada hujung minggu terpilih membantu menyiapkan bangunan hostel. Selain itu, mereka juga telah diberikan peluang untuk menyumbang secara peribadi berupa tajaan keperluan asas persekolahan seperti set pakaian seragam sekolah, set alat tulis peralatan asrama untuk kesemua pelajar-pelajar di SK Magandai.”

Selain dari pembinaan hostel, para pelajar di SK Magandai juga telah menerima sistem serba baru yang merangkumi sebuah set dekoder media, kad pintar, unit luar (ceper) dan alat kawalan jauh  secara percuma. Bagi mencapai objektif untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang memberangsangkan sepanjang hayat serta pengetahuan am, pihak Astro turut menyediakan 15 buah saluran terpilih yang terkandung dalam pakej Kampus Astro. Di antara saluran-saluran yang dimaksudkan adalah Disney, National Geographic, Discovery, Discovery Science, Animal Planet, History serta saluran-saluran tempatan berjenama Astro yang lain seperti Astro TVIQ, Astro Tutor TV, Astro Xiao Tai Yang, Astro Ceria termasuk saluran berita seperti Astro Awani dan saluran sukan tempatan; Astro Arena.

Semenjak Astro Kasih dilancarkan pada 1 Ogos 2009, lebih 3,000 orang kakitangan Astro telah melibatkan diri di dalam lebih 400 aktiviti-aktiviti komuniti serta kegiatan masyarakat pada setiap hujung minggu. Sehingga kini, 10,000 buah sekolah telah menerima perkhidmatan pakej Kampus Astro dan Astro berhasrat untuk terus memperkayakan kehidupan rakyat Malaysia.

Majlis dirasmikan oleh YB Dato Seri Dr Maximus Ongkil dan Encik Henry Tan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Biodata Francissca Peter

Top 9 Showdown 2011