in

WinWin

Biodata Francissca Peter

BIO FRANCISSCA PETER

Francissca Peter atau lebih dikenali sebagai Fran telah menikmati karier yang begitu mengagumkan dengan memperolehi lebih dari 20 nombor 1 lagu hit di carta muzik tanahair yang telah menjulang nama beliau sehingga dimahkotakan gelaran ‘Vokal Terbaik Wanita’ untuk lima tahun berturut-turut pada zaman 80-90an.

Beliau juga dikenali ramai seluruh negara melalui lagu ‘Setia’ yang dikatakan lagu kebangsaan yang kedua selepas lagu ‘Negaraku’.

DSC_2009_e

Fran adalah duta kepada Organisasi Bantuan Antarabangsa ‘World Vision’ di Malaysia dan ini adalah tahun keenam Fran menaja seorang kanak-kanak di bawah naungan ‘World Vision Child Sponsorship Programme’. Kini beliau menaja seorang lagi dari Indonesia. Selain daripada itu, Fran juga melibatkan diri dalam pelbagai kempen kebajikan yang lain.

Tahun 2011 meupakan penglibatan Fran dalam industri muzik tanahair selama 33tahun. Selama ini, beliau juga menggubah lagu dan berlakon.

Fran yang pernah membuat persembahan untuk Presiden Singapura pada tahun 2008, telah juga menyanyi di konsert ‘Tahun Baru Petronas 2008’ dan ‘Ambang Merdeka KLCC Petronas 2008’

Pada 2000, Fran telah membintangi pementasan muzikal “The King & I” di Asia. Beliau telah memegang watak utama iaitu “Lady Thiang”. Muzikal itu diarah oleh Ian Robinson dan Julian Grant yang merupakan salah seorang composer yang ternama di persada Opera Britain terbitan Rupert McCowan. Pementasan “The King & I” di adakan selama 9 malam berturut-turut dan kesemua tiket laris dijual.

Pada 1990, setelah merangkul 3 cakera platinum, 2 cakera emas dan pelbagai anugerah lain, Fran berhijrah ke Amerika Syarikat untuk meluaskan karier beliau ke persada antarabangsa.

Selama berada di Amerika Syarikat, beliau telah bekerjasama dengan pelbagai artis termasuk Jazz Fusion, Brian Simpson, Sam Simms, Michael Winans dari gospel group “The Winans”, Vassal Benford, Kirk Whalum, Scott Maio dan Himalaya. Beliau juga adalah vokal undangan dalam album ‘Jazz Saxophonist Cal Bennett’ iaitu “Stolen Moments” dengan lagu “Librarian Girl”. Majalah ‘Jazziz’ dan ‘Bre’ di Amerika Syarikat menggelarkan persembahan beliau “A Lush Standout, An Ingenious Outing and most Outstanding Track”.

Pada 1987, Fran berjaya membawa lagu Melayu ke persada antarabangsa dengan menewaskan peserta-peserta negara Asia yang lain dengan merangkul anugerah ‘Lagu Terbaik’ di pertandingan ‘Asian Song Festival’.

Walaupun Fran dikenali ramai sebagai penyanyi Pop, beliau juga diingati sebagai penyanyi Jazz pertama yang telah menlancarkan kelab “All That Jazz”, iaitu Kelab Jazz yang pertama di Malaysia. Sebagai penyanyi jazz, beliau telah bekerjasama dengan ‘maestro’ Michael Veerapan, Lewis Pragasam, Leonard Yeap, Wan, Jose Thomas, Dato’ Mokhzani, David Gomes, Eric Li, Steve Thornton, Mac Chew, Greg Lyons dan banyak lagi.

Fran juga pernah membuat persembahan di bandar-bandar terkemuka dunia seperti Los Angeles, London, China, Brunei dan Singapura.

Fran merupakan artis Asia pertama yang membuat persembahan di New Derby Jazz Bar, sebuah tempat yang berprestij di Jockey Club, Hong Kong pada 2003. Penyanyi jazz yang bertaraf antarabangsa ini juga pernah bergabung dengan pemain bass Pau Candelaria yang telah bermain berulangkali di ‘World Jazz Festivals’ termasuk ‘The Montreal Jazz Festival’ bersama pemain piano, Adonis V De J.

Untuk meraikan kejayaan Fran di persada industri muzik selama 29 tahun, Warner Music Malaysia telah mengeluarkan CD berkembar yang memuatkan kompilasi 19 lagu-lagu ternama dan sebuah lagu baru pada 2007. Warner juga mengeluarkan dua kompilasi Fran iaitu ‘Nostalgia Abadi’ pada 2008 dan ‘Memori Hit’ pada tahun 2009.

Setakat ini, Francissca telah merakamkan lebih dari 30 buah album sepanjang karier beliau di dalam dunia seni.

Album “Keunggulan Francissca Peter” yang memuatkan 37 buah lagu kompilasi terkenal Fran, telah dilancarkan pada Januari 2010. Dengan sokongan peminat setia Fran yang meminta syarikat rakaman Warner Music menambah lagu-lagu lain kegemaran individu, maka lahirlah album ini.

Ini nyata terbukti bahawa beliau mempunyai peminat-peminat setia yang bukan sahaja dari golongan zaman 80an malah bejaya menarik peminat-peminat muzik muda zaman ini. Peminat-peminat Fran bukan sahaja di Malaysia tetapi di Singapura, Indonesia, Brunei, Australia dan juga Eropah.

Anugerah:
_ Juara Asian Song Festival 1987
_ Penyanyi Wanita Popular (ABPBH) Anugerah Bintang Popular Berita Harian1987
_ Juara Keseluruhan – Anugerah Juara Lagu 1986 – Sekadar Di Pinggiran
_ Tempat Ketiga Keseluruhan – Anugerah Juara Lagu 1987 – Kerna Terpaksa
_ Naib Juara Keseluruhan – Anugerah Juara Lagu 1988 – Diriku Terbelenggu
_ Jualan Album – Anugerah Platinum Berkembar 2 for album ‘Sekadar DiPinggiran’
– Anugerah Platium for albums ‘Kau Bintangku’, ‘Fran Harapan’ & ‘Pasti Kembali’
_ Anugerah Platinum Berkembar 2 for album Sekadar Di Pinggiran
_ Anugerah Platium for album Kau Bintangku, Fran Harapan & Pasti Kembali
_ Anugerah Emas for album Aku Hanya Pendatang & Mawar Terpinggir

Lagu- Lagu:
_ Sekadar Di Pinggiran
_ Kerna Terpaksa
_ Aku Kehilanganmu
_ Aku Hanya Pendatang
_ Siapa Dia Sebelum Daku (duet bersama Roystan Sta Maria)
_ Tak Kenal Maka Tak Cinta (duet bersama Roystan Sta Maria)
_ Bersama Pertemuan Ini (duet bersama Roystan Sta Maria)
_ Si Kunang-Kunang
_ Ku Keudara Lagi
_ Oh La La Tropika
_ Begitulah Aku (lagu baru ciptaan Manan Ngah)
_ Rindu Memaksaku Menyayangimu
_ Diriku Terbelenggu
_ Akulah Kekasihmu
_ Hingga Ke Akhir Waktu
_ Kehebatan Cinta (lagu duet bersama Jamal Abdillah)
_ Nasib Si Kembang Pagi
_ Dia
_ Ku Menari Untuk Mu
_ Komputer Muzik
_ Andainya
_ Salah Siapa
_ Mawar Terpinggir
_ Masih Belum Tamat
_ Pasti Kembali
_ Loverman
_ Now’s The Time
_ Kau Lilin Cinta Ku
_ Setinggi Angkasa
_ Liberian Girl (Duet Bersama Jazz Saxophonist Cal Bennett USA album Local Hero)
_ Masih Merindu
_ Jangan Simpan Rindumu (duet bersama VE)
_ Cinta Abadi ( duet bersama Willam Clark)
_ Lagu Setia (RTM National Anthem Kedua)
_ Tomorrow (30hr famine hit for The International Aid Organisation World Vision MAL)
_ Mirror Mirror (Duet with Paul Ponnodurai)
_ Ku Pohon Kemaafan
_ Bukan Salah Mu
_ The Power Of We (2010) single (dance music)

INFORMASI MENGENAI KONSERT

Venue : Istana Budaya Kuala Lumpur

Date : 5 – 6th February, 2011

Time : 8.30pm – 11.45pm

Ticket Price : RM99 / RM149 / RM189 / RM239 / RM299

Special Appearance : Royston Sta Maria, Imran Ajmain & Cheryl Samad

Music Director : Ramli M.S.

Charity Beneficiaries : World Vision Malaysia and Yayasan Salam

Organizer : Eye Design

01

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Deborah Henry di An Evening With Bella Bylgari

Pelajar SK Magandai Terima Bangunan Hostel Baru