Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











OST Album Soundtrack Ketika Cinta Bertasbih



Filem terbaru dari Indonesia, Ketika Cinta Bertasbih, merupakan sebuah filem berunsur dakwah yang dihasilkan berdasarkan dari novel karya Habiburrahman El Shirazy, seorang novelis terkenal yang pernah menghasilkan novel “Ayat-ayat Cinta”.

Selepas terjual sebanyak lebih 1 juta naskah di pasaran, Ketika Cinta Bertasbih diadaptasikan ke layar perak oleh SinemArt, yang turut terkenal di dalam menerbitkan beberapa sinetron terkenal. Pada dasarnya, filem ini berdasarkan kisah seorang pemuda bernama Azzam yang menuntut di sebuah universiti di Kaherah, Mesir, dan apa yang berlaku di sekitar hidupnya bersama rakannya Furqan dan Fadil.

Filem ini diarahkan oleh Chaerul Umam dan dibintangi oleh pelakon-pelakon muda seperti Kholidi Asadil Alam, Alice Norin, Oki Setiana Dewi, Andi Arsyil rahman dan ramai lagi.

Bagi memantapkan lagi nuansa filem ini, pasangan hebat Melly Goeslaw and Anto Hoed sekali lagi telah diberi tanggungjawab untuk menerbitkan album runut bunyi sebuah filem. Kali ini, Melly diberi peluang untuk bekerjasama dengan komposer baru dari Bandung bernama Aden yang telah mencipta melodi lagu tema “Ketika Cinta Bertasbih”, sementara Melly sendiri telah menulis lirik lagunya.

Lagu ciptaan Melly dahsyat~ meremang ~

Bagi memantapkan lagi persembahan lagu “Ketika Cinta Bertasbih” ini, Melly telah mendapatkan khidmat vocal sokongan Amee, yang merupakan rakan duet Melly terbaru selepas Ari Lasso, BBB dan Kris Dayanti. Hasil duet mereka sangan mengagumkan, apabila suara unik dan ekspresif Melly diadunkan dengan vokal yang tenang dari Amee, sekaligus menghasilkan apa yang dikatakan sebagai duet of the year di Indonesia.

Selain itu, Melly Goeslaw turut merakamkan sebuah lagu solo berjudul “Ya Habibi”. Selain Melly dan Amee, album runut bunyi ini turut diserikan oleh penyanyi muda Ayushita yang mengalunkan lagu “Tuhan Beri Aku Cinta”. Paling istimewa, diva kontroversi Indonesia Krisdayanti tampil dengan lagu “Menanti Cinta”, yang turut dipersembahkan di dalam bentuk skor.  Turut disertakan ialah skor instrumental yang dicipta oleh Aksan Syuman.
           
Album ini sudah beredar di pasaran Indonesia sejak Mei lalu, kini menjengah ke pasaran Malaysia di bawah edaran Warner Music Malaysia.

Mungkin ini dia gambarannya, cinta sedang bertasbih~

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Download Rona Roni Makaroni Original Television Soundtrack
  • Lirik Menanti Kekasih – Song & Soundtrack Diva
  • Album Soundtrack Glee The 3D Concert Movie
  • Break the Spell Daughtry
  • Album Datuk Sheila Majid Satu Penghargaan
  • Original Soundtrack Dunia Baru The Movie
  • Pelancaran Novel dan Soundtrack Filem Duyung
  • Filem Ketika Cinta Bertasbih
  • Kotak Lancar OST Tendangan Dari Langit
  • Album Baru Ressa Herlambang Cinta Yang Ku Cari



  • 5 Komen untuk entri “OST Album Soundtrack Ketika Cinta Bertasbih”

    1. sare kata:

      aneh!!

    2. sare kata:

      canda aja!! wah lagu ni best bangat!!

    3. siti khadijah_malaysia kata:

      saya sangat meminati filem ini, kerana ia punyai unsur2 keinsafan dan kesedaran bagi menjadi hamba ALLAH yang lebih beriman..

    4. siti khadijah_malaysia kata:

      unsur2 islam sangat dititikberatkan dalam filem ini…

    5. cheka kata:

      best lagu ni…
      melly sgt2 berbakat.

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK