Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









New Year, New Toy Gadget: Nokia N95 8GB



Untuk hadiah tahun baru 2008, Budiey telah menghadiahkan kepada diri sendiri sebuah telefon bimbit Nokia N95 8GB. Jadi, tibalah masanya untuk Budiey mengucapkan selamat tinggal buat Nokia 5300 Xpress Music yang mana sudah satu tahun berkhidmat dan berjasa.

New year, new toy gadget… Nokia N95 8GB tampil dalam bentuk kompak, eksklusif dan comel dengan kamera 5 megapixel. Ianya tampak begitu canggih dengan ciri-ciri yang lebih mesra dan serasi dengan jiwa yang sentiasa ingin berada di alam maya. Sekiranya anda tidak mahu berpisah dengan talian internet dan untuk memastikan diri sentiasa berada di garisan, gadget terbaru ini serba sedikit dapat membantu anda menggapainya.

Pada 19 Januari lalu, Budiey telah membelinya dengan harga RM2,890.00 di Sungei Wang Plaza. Kata Azwan, RM100 lebih murah dengan harganya yang sebenar. Diberikan sekali bluetooth headset, pouch dan lengkap dengan screen protector.

Model ini sebenarnya bukanlah model terbaru sebaliknya merupakan model yang dipertingkatkan daripada model Nokia N95 asal yang dilancarkan awal tahun 2007.

Selain memori terbina dalam yang ditambah sehingga 8GB, model ini turut diperbesarkan saiz skrinnya kepada 2.8 inci paparan QVGA sekali gus menjadi gajet multimedia pertama dengan kelebihan itu.

Sekiranya sesat di jalanan, boleh menggunakan maps yang boleh dimuatturun daripada nokia website dengan menggunakan GPS.

Kelebihan asal model ini seperti kamera lima megapiksel dengan optik Carl Zeiss, penentu lokasi satelit (A-GPS) terbina dalam, WLAN dan HSDPA masih lagi dikekalkan dan menjadi tarikan utama kepada model gelungsur ini.

Bagaimanapun aplikasi A-GPS kali ini hadir lebih menarik apabila dilengkapkan dengan Nokia Maps di 150 negara yang meliputi kira-kira 15 juta lokasi menarik dan penting tertentu di seluruh dunia.

Budiey telah pun mengemaskini Firmware yang terkini dengan menggunakan Nokia PC Suite menjadikan ianya lancar dan cepat untuk berfungsi.

Welcome to my life…

[tags]firmware download, nokia pc suite, review nokia nseries, nokia nseries, nokia n95 8gb, carl zeiss, satelit agps, wlan, hsdpa, gadget blog malaysia, liewcf.com, hongkiat blog[/tags]

My New N95 8GB

My New N95 8GB

My New N95 8GB

My New N95 8GB

My New N95 8GB

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Celcom Launch Nokia C3
  • TAMBAH BILANGAN PEMBACA BLOG ANDA DENGAN NOKIA OVI APPS
  • 2007 Year End Beauties Korean Belles Charm Their Way
  • Samsung Mobile Phones Get Closer to Malaysians at 1 Utama
  • Blogging Workspace of Budiey’s Sensasi Selebriti Blogger
  • Rating Hit Red FM
  • Drama Siri Kami Lakonan Liyana Jasmay, Zeyna, Ezani & Nas
  • Juara Project Runway Malaysia Final Fitri, Hatta, Alexandrea atau Felix?
  • LED Lion & Dragon Dance Performances
  • Profile Biodata Intan Ladyana – Actress, TV Host, Talent, Model





































































































































































































































































































  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK