in ,

Faizal Tahir Kena Banned Dari Anugerah Juara Lagu?

Akibat aksi over buka baju di Rocking Birthday Concert live pada 13 Januari lalu, Faizal Tahir kemungkinan besar tidak dapat menyanyi di Anugerah Juara Lagu 22. Kontroversi yang mencemarkan nama 8TV ini bukan hanya dikecam penonton tetapi telah mendapat perhatian serius Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Berat tak berat isu ini, sampai SKMM memandang berat tentang etika penyanyi ketika berada di pentas.

Dek kerana itu, SKMM telah mengeluarkan kenyataan rasmi MELARANG 8TV membuat siaran langsung mahupun tertunda bagi konsert dan semua rancangan hiburan untuk tempoh tiga bulan bermula 15 Januari lalu. Sebarang permohonan siaran langsung dan tertunda oleh stesen televisyen lain YANG MAHU MENAMPILKAN FAIZAL TAHIR adalah TIDAK DIBENARKAN dalam tempoh yang ditetapkan. [sumber]

Melalui statement ini, bolehlah kita tafsirkan bahawa Faizal pastinya tidak berpeluang untuk beraksi di AJL22 terbitan TV3 yang akan berlangsung pada 27 Januari ini. Ini membuatkan orang kuat Media Prima dan 8TV sendiri stress dan tertekan sebab tak pernah berlaku isu buruk macam ni dalam sejarah syarikat penyiaran tersebut.

Bermakna setakat ini hanya One In A Million, Project Superstar dan American Idol yang terpaksa dibuat siaran tertunda yang terpaksa dirakam dahulu sebelum disiarkan.

Apa yang Budiey rasa sekarang ni… kesian sungguh la dengan nasib bekas penyanyi nasyid nih tapi mmm… tu la sape suruh buka baju? Lain kali buka seluar sekali la… kang dah kena denda macam-macam. Mungkin ada hikmah di sebalik isu ni kan? Hari tu, kena denda kat 8TV, Faizal kena buat kerja amal. Sekarang, mungkin dia kena denda kat Komunikasi dan Multimedia Malaysia pulak.

Tak boleh perform di AJL… fuh satu benda yang sangat membuatkan Faizal akan rasa terkilan. Dua buah lagu pula tu. Kalau dia akan dibanned bermakna, TV3 akan mencari pengganti untuk nyanyi lagu MahaKarya Cinta dan Kasih Tercipta tu. Agak-agak sape yang sesuai bawa lagu Faizal Tahir tu?

Harap benda ni jadi pengajaran buat semua penyanyi. Jagalah etika anda. Tak payah nak tiru gaya barat kalau tak kena dengan masa dan tempat.

[tags]faizal tahir buka baju, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, One In A Million, Project Superstar recap, American Idol review[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CD Album Chandra, Mr Gambus & Hans Anwar dari EQ Music

New Year, New Toy Gadget: Nokia N95 8GB