in ,

NCIS Musim Ke 7 Kembali di 8TV

NCIS – Musim ke-7 kembali di 8TV!
TARIKH SIARAN: 11/4/2011
HARI: ISNIN
MASA SIARAN: 10.30-11.30pm
EPISOD: 22 EPISOD

Berita baik untuk semua peminat NCIS di luar sana! Musim terbaru NCIS kini kembali menemui anda! NCIS (Musim ke – 7) mula bersiaran pada 11 April 2011 jam 10.30 malam dan anda dapat menontonnya secara PERCUMA di saluran hip 8TV!

NCIS mengikuti perjalanan sekumpulan agen dari Naval Criminal Investigative Service (NCIS) yang diketuai oleh Agen Khas Leroy Jethro Gibbs (Mark Harmon) menyelesaikan kes-kes jenayah.

NCIS

Siri ini telah berjaya membuka mata ramai pihak apabila menerima pencalonan dalam anugerah berprestij antaranya ALMA Award bagi kategori ‘Outstanding Actress in a Drama Television Series’, Emmy Awards bagi kategori ‘Outstanding Stunt Coordination’ dan ‘Outstanding Guest Actor in a Drama Series’ dan banyak lagi, tidak dinafikan siri NCIS begitu diminati ramai!

Drama bersiri popular NCIS juga berjaya memenangi beberapa anugerah antaranya Anugerah ASCAP untuk kategori ‘Top TV Series’ di ASCAP Film and Television Music Awards, BMI TV Music Award pada tahun 2008 dan 2005 serta menggondol trofi ‘Pelakon Pembantu Wanita TV Terbaik’ di Imagen Award.

“Pelbagai anugerah dan kejayaan yang diraih oleh drama siri NCIS ini menjadikan ia sebuah drama bersiri yang wajib ditonton oleh khalayak!” ujar Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.

Airin menambah, “Plot, jalan cerita, watak, aksi dan drama yang terdapat di dalam drama bersiri ini cukup lengkap menjadikan drama bersiri ini sebagai sebuah drama popular yang cukup digemari ramai.”

Dibintangi oleh Mark Harmon, Michael Weatherly,Pauley Perrette, David McCallum, Sean Murray dan Cote de Pablo NCIS merupakan siri yang perlu ditonton kerana padat dengan aksi dan drama.

Jangan ketinggalan menyaksikan siri kegemaran ramai NCIS musim ke – 7, setiap Isnin 10.30 malam bermula 11 April 2011, secara PERCUMA di 8TV. Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran 708 Astro. Tontoni program-rpogram 8TV kegemaran anda dengan melayari laman sesawang www.tonton.com.my.

NCIS

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Secrets of Body Language

Filem Inggeris Hebat Raikan Hari Pekerja