Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)













[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Nazrey Johani Album Nasyid Nostalgia Memori The Zikr

Selepas melahirkan album Syahadah pada tahun 2007, kini Nazrey Johani, bekas vokalis utama kumpulan nasyid Raihan tampil dengan album terbarunya Nasyid Nostalgia Memori The Zikr.

Budiey turut diundang untuk turut sama menyaksikan Majlis Pelancaran Album Nasyd Nostalgia Memori The Zikr di Restoran Puteri, Damansara pada jam 3 petang tadi. Nazrey turut mempersembahkan dua buah lagu dalam album terbarunya.

 

Sejak bergelar artis nasyid, perjuangan dalam seni nasyid tersemat kemas dalam diri Nazrey Johani. Katanya, semua orang boleh menyampaikan hiburan, namun bagi Nazrey, perjuangan dalam nasyid semata-mata kerana Allah dan Rasul, bukan kerana hiburan tetapi kerana Islam.

“Kami mahu memperkembangkan nasyid lebih luas. Kerana itu, saya keluar dari Raihan dan kembali dengan solo. Sekarang, kenapa nasyid tidak boleh menjadi seperti Pop. Ini kerana nasyid adalah nasyid. Saya bukan dari kumpulan pop, saya berasal dari grup nasyid.”

Apabila ditanya, banyak sekarang ini lagu nasyid telah dicampur adukkan dengan irama pop dan hip hop. Komen Nazrey:

“Soal kemahiran, bakat dan strategi pemasaran, prinsip dalam perjuangan masing-masing mungkin tidak jelas. Prinsip saya, nasyid perlu ada lirik yang jelas. Mesej yang betul dan melodi yang bermutu. Contoh, budaya hip hop adalah budaya di negara luar dan boleh dinasyidkan dengan cara budaya mereka. Tetapi kita di Malaysia ini, perlulah ada budaya kita sendiri dalam irama nasyid.”

Kumpulan The Zikr dan Raihan adalah jiwa Nazrey Johani. Sebenarnya, orang yang boleh mencipta lagu, dalam fikirannya ada gelombang irama lagu. Album ini tidak melibatkan mana-mana anggota Raihan.

Pernah popular awal tahun 90 an, The Zikr terkenal dengan lagu seperti Secerah Pawana, Isteri Pawana, Isteri Solehah, Tak Seindah Sentuhan Mata cukup sinonim kepada penggemar nasyid kontemporari hingga ke hari ini. Kombinasi vakal utama dan suara latar yang mengiringi begitu memikat hati sesiapa yang mendengarnya dan mungkin itulah yang menyebabkan nama The Zikr sering meniti di bibir para peminat.

Namun, ramai yang belum tahu bahawa vokalis utama kumpulan The Zikr itu adalah Nazrey Johani yang lebih dikenali dengan nama Nazrey Raihan. Setelah The Zikr dibubarkan, Nazrey Johari tampil menubuhkan kumpulan Raihan selama hampir satu dekad dan kini, beliau tampil secara solo.

Bertemakan cogankata Dulu Kini & Selamanya, Inteam Records Sdn Bhd telah menerbitkan album solo kedua Nazrey Johan berjudul Nasyid Nostalgia: Memori The Zikr.

Album ini mengandungi 10 buah nostalgia The Zikr yang pernah popular dahulu. Lagu-lagu tersebut dirakam dan dinyanyikan semula oleh Nazrey Johani dengan mood baru, tanpa menjejaskan keasliannya. Irama dan muziknya disusun semula dengan cukup indah oleh Eddie Slam dan diterbitkan oleh Salleh Brotherz.

10 buah lagu terpilih yang terdapat di album album nasyid notalgia: Memori The Zikr ini adalah Secerah Pawana, Harapan Pada-Mu Subur Kembali, Tak Seindah Sentuhan Mata, Perantau (feat Far East, Salleh Brotherz, Azahari Nowseeheart dan Naim Mirwana), Antara Dua Cinta, Isteri Solehah (feat Azahari Nowseeheart), Wahai Kaum Muslimin, Wahai Kekasih (Kaulah Segalanya), Mengemis Kasih (feat Far East) dan Air Mata Keinsafan (feat Salleh Brotherz).

Album ini seharusnya dimiliki oleh para peminat The Zikr secara umumnya dan peminat Nazrey Johani secara khususnya. Mendengar lagu-lagu yang terdapat di dalam album ini pasti akan menggamit pendengar pada nostalgia dahulu. Album istimewa ini boleh didapati di pasaran bermula 16 Jun 2008 pada harga RM24.90 bagi CD dan RM15.90 bagi kaset.

Jangan lupa dapatkan yang orginal!

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Keluarga dan Isteri Nazrey Johani Vokalis Raihan
  • NAZREY KAWIN LAGI?
  • Sekitar Pelancaran Album Nostalgia Nada Murni – Rabbani
  • Senarai pemenang Anugerah Industri Muzik 16
  • Senarai Finalis Anugerah Industri Muzik ke 16
  • Album Datuk Sheila Majid Satu Penghargaan
  • Sekitar Pelancaran Album Akhil Hayy Nasyid Legenda 2
  • KOLEKSI NASYID PUJI-PUJIAN
  • Profile Kumpulan Nasyid All One
  • Video Klip Lagu Raya Raihan & Nuh Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda



  • 9 Komen untuk entri “Nazrey Johani Album Nasyid Nostalgia Memori The Zikr”

    1. priceless kata:

      tahniah…mesti best lagu2 awak ni…moga2 murah rezeki awak.

    2. alyaa kata:

      tahniah..semoga murah rezeki dan teruskan berdakwah…kalau boleh buatkan CD untuk lagu-lagu The Zikr… yang ada keset je…

    3. halawatul iman kata:

      tahniah……….
      album ni sgt best
      lgu sume best

    4. moona kata:

      slm buat saudarA nazrey tahniah di atas pelancaran album single anda kak doakan moga berjaya ke tahap lebih tinggi lagi dlm persada seni nasyid suara anda tetap unggul dan germersik sprt selalu anda tetap unggul no. 1. selamat bepuasa.

      wslm

    5. Burak Bubik kata:

      thanks

    6. wahyu altair kata:

      assalamalaikum kak nazrey..
      salam kenal kak nazrey, saya wahyu altair 26th dari indonesia. sangat menyukai lagu2 kak nazrey sejak saya umur 12th ampe sekarang.
      teruskan syiar dienul islam dengan syair-syair penyejuk hati……

    7. Muhammad Nur Na'im kata:

      Lagu – lagu Abang Nazrey ni Merdu dan sedap didengar!

    8. Mie kata:

      kenapa Nazrey tinggalkan kumpulan Raihan? Raihan sekrg dah x best mcm dulu masa ada Nazrey.

    9. heroyakuza kata:

      mabruuk sdra nazrey…new album with new arrngement, i like it..colbrtion skin n piano mmg amazing…mabruuuk

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!