Menangi Hadiah Lumayan Dalam National Geographic
NATIONAL GEOGRAPHIC DI TV1 TAWAR HADIAH LUMAYAN
Memaparkan dokumentari tentang haiwan, kehidupan, sains, kebudayaan masyarakat dan sejarah, program National Geographic disiarkan di TV1 setiap hari mulai jam 7.00 petang hingga 8.00 malam pastinya cukup menyumbang kepada memberikan inspirasi kepada manusia untuk mengambil berat tentang penjagaan alam sekitar.

Melihat dari sudut latar belakang program ini, RTM ternyata berusaha untuk meningkatkan prestasi stesen dari segi purata penonton melalui aktiviti mesra penonton atas beberapa rancangan utama di waktu prima. Pastinya kaedah pertandingan Kuiz SMS dilihat mampu memikat penonton ke rancangan bukan sahaja untuk menonton tetapi berinteraksi dengan stesen.
Syarikat produksi tempatan, Gama Taktik Sdn Bhd yang membekalkan rancangan itu telah memberi jaminan untuk menyediakan hadiah pertandingan tersebut untuk tempoh 6 bulan.
Oleh itu, RTM dengan kerjasama Rentak Setia Sdn Bhd menyediakan mekanisme Kuiz SMS, dan menguruskan siaran promosi di TV dimana kuiz ini dianggap antara mekanisme bagi mencapai penontonnya pada atau melibihi paras 1.5 juta setiap minggu.
Menariknya pada hari Ahad setiap hujung minggu, para penonton boleh mendapatkan kuiz menerusi SMS dengan menonton dihujung rancangan itu. Dengan menaip kata kunci NATGEO dan hantarkan ke nombor 32776, satu soalan sahaja akan dikeluarkan setiap minggu dan soalan tersebut berbentuk objektif. Sistem SMS hanya akan ditutup pada pukul 12 tengah malam hari Ahad.
Kuiz ini akan berlangsung selama 26 minggu berturut-turut mulai pada 19 Oktober 2009 lalu dan bakal berakhir pada 25 April 2009.
Untuk hadiah kuiz mingguan, setiap minggu 10 pemenang dengan jawapan yang betul akan dipilih. Setiap seorang akan memenangi RM 200.00 dan jumlah keseluruhan untuk hadiah mingguan ialah RM 52,000.00
Untuk hadiah MEGA, penyertaan terbanyak akan memenangi RM 5,000.00. Seramai 6 orang pemenang hadiah MEGA akan dipilih. Jumlah keseluruhan untuk hadiah MEGA ialah RM 30,000.00 sumbangan Gama Taktik Sdn Bhd.
Justeru kepada anda yang berminat menonton dokumentari menarik ini disamping berpeluang memenangi hadiah ditawarkan, usah ketinggalan menyaksikan siarannya pada setiap hari mulai jam 7.00 petang hingga 8.00 malam di TV1.


Tags: TV1
Tags: TV1Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





February 6th, 2010 at 8:17 pm
Hey, saya dah hantar sms NATGEO dgn jawapan ke 32776 tapi kenapa tak menang hadiah?
April 19th, 2010 at 11:53 am
ble nk umumkn sape menang kuiz mega?
April 23rd, 2010 at 3:29 pm
saya nak tanyer nape pemenang untuk kuiz mega x disiarkan sy salah seorang yg mnyertaix kuiz ni,at least sy nak taw sape pemenang baru puas hati..tp kalo x disiarkan rase mcm kene tipu jer…
April 26th, 2010 at 1:10 pm
Kepada pihak RTM (TV 1),
Saya ingin tanyakan disini ,sekiranya keputusan pemenang untuk kuiz teka icon National Geographic yang berakhir pada 18 April 2010 sudah di umum atau belum lagi
Sekian Terima Kasih
Maran
April 26th, 2010 at 6:20 pm
mane pemenang kuiz mega?? kite tunggu hari ni..
July 24th, 2010 at 7:37 pm
mana pemenag kuiz mega..?????? sampai sekarang masih tak ada…kami mau tahu siapa pemenang nya……tolong siarkan nama pemenang kuiz mega………………..
August 3rd, 2010 at 11:24 pm
hai semua…saya adalah salah seorang pemenang kuiz mega national geogrphic. sy tlah mndpt rm5k dri pihak natgeo. kuiz ini tidak menipu sesiapa. sy dan 5 orang yang laen tlh pergi ke bukit kiara equestrian baru2 ini untuk majlis penyampaian hadiah. nama pemenang juga telah di siarkan dalam berita national 2 mggu slps kuiz tmat pada hri isnin dan juga masuk radio klasik nasional dalam sekmen mustika.sy adalah satu-satunya pemenang dri phang. yg len dri n9, johor dan sarawak. nama saya muhammad faizul amri…