in , ,

Shahz Jaszle, Ashraf Muslim, Aku Masih Dara dan Ahmad Idham

Gambar Ashraf Muslim di Pelancaran Drama Dari Mata Ke Hati. Nampak lebih ceria selepas mengerjakan umrah.

Budiey ada dengar dari pengarah Ahmad Idham, pelakon Niyang Rapik ini akan berlakon dalam sebuah filem religi seumpama filem Syurga Cinta berjudul AKU MASIH DARA. Ashraf Muslim akan digandingkan dengan 3 orang pelakon cantik yang masih belum dipilih. Katanya, nanti akan ada casting untuk watak 3 dara ini.

Ironinya, filem ini bercakap pasal DARA dalam konteks agama Islam… dan mampukah filem ini menandingi kejayaan Syurga Cinta?

Sempat berborak dengan Ahmad Idham di Prebiu Filem Senario The Movie 2: Beach Boys siang tadi, katanya ada 3 buah filem yang dah siap akan menemui penonton pada tahun hadapan. Tunggu!

4071526027 8Ab05F0D65 | 4

4071525325 887A4149Cf | 5

4071525061 Da933E8D95 | 6

4071524473 6C354Ae75E | 7

4072286050 4715223Ac1 | 8

Jangan lupa saksikan drama Dari Mata Ke Hati bermula 12 Disember, jam 4.45 petang lakonan Shahz Jaszle yang dikatakan telah mencaras Ashraf Muslim? Baca artikel di bawah…

4071447651 03B589C3Cd O | 9

Pemuda berusia 21 tahun ini boleh dikatakan masih mentah dalam dunia lakonan. Kalau dihitung, tidak sampai 10 buah drama pun yang telah dibintangi oleh Shahz Jaszle. Tiba-tiba dia diberi kepercayaan memegang peranan utama dalam drama ‘Dari Mata Ke Hati’, terbitan Ambang Fokus Sdn Bhd dan Radius One Production.

Bukan setakat itu, Shahz juga berjaya mengenepikan pelakon yang lebih berpengalaman, Ashraf Muslim yang juga turut berlakon dalam drama ini. Wah! Bagus sangat ke lakonan Shahz ini sehingga boleh mencaras Ashraf?

“Sebaik sahaja saya menceburi bidang ini, saya tidak pernah terfikir untuk mencaras sesiapa. Mungkin ini sudah rezeki saya. Lagipun saya kenal dengan pengarah drama ini. Kami sudah berkerjasama untuk drama ‘Tari Tirana’ yang sekarang sedang ditayangkan di TV3. Mungkin dari situ dia yakin dengan bakat saya dan terus tawarkan watak utama untuk drama terbaru ini. Dari drama ini juga saya terus dilantik menjadi duta produk InnerShine Pati Beri,” jelas Shahz yang pernah membintangi drama online, ‘Luna Fantasiku’ yang disiarkan di gua.com.my tidak lama dahulu.

Ditanya adakah dia sendiri yakin dengan kebolehan lakonannya, dengan tenang Shahz menjelaskan yang dia yakin boleh jayakan watak Farid. Ini kerana menurutnya, dia mempunyai pengarah yang bagus untuk memberi tunjuk ajar.

Menyentuh tentang penglibatannya dalam dunia lakonan, jejaka tampan ini memberitahu yang dia tidak pernah merancang untuk terlibat dalam dunia lakonan. Sebaliknya, semuanya berlaku secara kebetulan. Malah, sebelum ini Shahz pernah mengikuti kursus chef di salah sebuah institusi pengajian tinggi.

“Penglibatan saya dalam lakonan bukanlah dirancang. Semua berlaku selepas saya menemani rakan saya ke satu ujibakat. Dalam ujibakat itu, rakan saya tidak berjaya, tetapi saya yang sangkut. Bermula dari situlah, perlahan-lahan saya mendapat tawaran berlakon. Setelah seketika, saya mula jatuh cinta dengan bidang ini dan kini mahu melangkah lebih jauh lagi. Jadi, saya amat berharap penonton di luar sana dapat memberi sokongan dan menerima kehadiran saya. Saya akan cuba berikan yang terbaik!” tambah Shahz lagi.

Jadi, jangan lupa saksikan Shahz dalam drama ‘Dari Mata ke Hati’ yang akan bersiaran di TV3 bermula 12 Disember, jam 4.45 petang. Drama ini mengisahkan Farid (Shahz), seorang pengarah yang menjadi kegilaan ramai wanita kerana wajahnya yang tampan dan berjaya dalam usia yang begitu muda. Dia yang baru tamat penggambaran filem sedang mencari sebuah skrip hebat untuk projek filem seterusnya, lalu dia mengiklankan pencarian skrip di dalam laman blognya yang dinamakan ‘Dari Mata Ke Hati’.

Ketika itulah dia ternampak sepasang mata yang telah menawan hatinya. Terpesona dengan sepasang mata itu, Farid mencuba sedaya-upaya untuk mencari pemilik mata itu dan mula angau serta melakukan tindakan yang bukan-bukan.

Menariknya drama 15 minit yang ditaja oleh InnerShine Pati Berry ini turut mencari pemilik mata tersebut melalui Pencarian InnerShine Berry Beautiful Eyes. Penonton bertuah akan berpeluang berlakon di samping Shahz sebagai pemilik mata tersebut dan memenangi hadiah barangan kemas bernilai RM10 ribu dari Diamond and Platinum. Drama ini turut dibintangi oleh Intan Ladyana, Sari Yanti dan Sharnaz Ahmad. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menangi Hadiah Lumayan Dalam National Geographic

Elyana, Syed Ali, Nabil Dalam Drama Kamelia Katrina