Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





MAWI, MIMIE AISHA DALAM UCAPAN HARI RAYA SIARAN LANGSUNG SALAM LEBARAN

KONGSIKAN UCAPAN HARI RAYA SIARAN LANGSUNG SALAM LEBARAN YANG DISIARKAN MALAM RAYA, JAM 11.30 MALAM DI RTM2

Berkumpul bersama insan-insan tersayang menjelangnya satu Syawal pastinya detik yang dinantikan semua. Namun jangan dilupakan pula pada insan-insan yang tidak berpeluang meraikannya bersama atau yang jauh di mata. Bermacam inisiatif yang boleh digunakan untuk merapatkan hubungan silaturrahim sempena lebaran ini.

Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi RTM2 yang tampil dengan tagline ’Meriah Raya’ menyiarkan Salam Lebaran pada 30 September 2008 (Selasa), jam 11.30 malam, rancangan bercorak interaktif dengan penonton menerusi kad ucapan, panggilan telefon, e-mel dan khidmat pesanan ringkas (sms) yang membuka peluang kepada penonton menyampaikan ucapan Hari Raya.

Rancangan yang telah memasuki musim ke tiga siarannya kali ini menggandingkan kolaburasi penyanyi Nurul dan pelawak remaja yang sedang meningkat naik, Nabil mengendalikan program disiarkan secara langsung sepanjang dua jam setengah ini. Malah turut menyaksikan aksi Bob dan Nita sebagai ’linking’ hos.

Penonton pastinya teruja mahu menyaksikan kemeriahan malam raya ini dengan ditemani artis popular tanahair seperti Mawi, Aishah, Noryn Aziz, Bob, Nita, Izwan Pilus, Aizat, Erema, Rey, Mimie Aisha dan Banumittha selain seorang pendatang baru dari Singapura, Azyza.

Mereka berkongsi pentas mendendangkan koleksi lagu raya malar segar dan juga lagu raya baru secara langsung. Selain itu, artis-artis ini bersama-sama dengan pengacara untuk menerima panggilan telefon dari penonton selain membaca e-mel dan kad ucapan.

Penyanyi tersohor Mawi antaranya muncul dipentas menghiburkan penonton dengan lagu Selamat Hari Raya dan lagu popularnya, Ayah sebelum diikuti Aishah menerusi lagu Setitis Cahaya Di Aidilfitri. Tidak ketinggalan juga seleksi lagu Manis-Manis Lebaran, Esok Hari Raya, Kurniaan Di Hari Raya Di Pagi Aidilfitri dinyanyikan artis terlibat.

Jangan lupa janji temu anda malam raya ini, 30 September 2008 bermula jam 11.30 malam hingga 2.00 pagi menyaksikan Salam Lebaran yang bersiaran secara langsung dari RTM2 terbitan Nor Kuzaimah Abd Aziz.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Ucapan SMS Salam Aidilfitri Awal Ashaari
  • Pantun Hari Raya Aidilfitri Akademi Fantasia 5
  • Ucapan SMS Salam Aidilfitri daripada Fouziah Gous
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H/2008
  • Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri
  • Kad Raya Elektronik, Ringtones Lagu Raya & Free Eid Mubarak Card
  • Kad Ucapan Aidilfitri Dari Grand Brilliance
  • Rakaman Raya Bersama Fara di Studio 2 NTV7
  • Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri Heliza AF5
  • Tiket Bas Percuma Balik Beraya Bersama TV3



  • Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET