in , ,

Tiga Filem Menarik Sempena Hari Raya Aidilfitri di RTM2

RTM2 Menghidangkan Tiga Filem Menarik Sempena Hari Raya Aidilfitri.

Aidilfitri merupakan suatu perayaan yang dinantikan oleh setiap umat Islam bagi meraikan kemenangan setelah berjaya menempuhi segala dugaan sepanjang bulan Ramadhan. Bagi menceriakan lagi suasana perayaan Hari Raya Aidilfitri RTM2, Saluran Famili Anda telah membariskan filem-filem menarik lagi menghiburkan buat tatapan anda semua. Diharap ia dapat membantu anda mengisi sambutan perayaan anda seisi keluarga bersama RTM2. 

2867374503 Dc6Ccd28B7 | 4

Bagi perayaan Aidilfitri kali ini RTM2 telah membariskan tiga buah filem hebat lagi menarik buat tatapan semua. Antaranya, ‘Cinta Yang Satu’ dan ‘Syaitan’ yang menghiasi slot Movie Khas Aidilfitri. Manakala, filem ‘Man Laksa’ akan menghiasi slot Sinema Jumaat. Diharap ia dapat membantu anda mengisi hari cuti anda seisi keluarga.

Tirai akan dibuka pada 1 Oktober 2008 (Rabu), jam 9.00 malam. Menerusi filem ‘Cinta Yang Satu’, penonton akan dibawa mengikuti kisah Zulaikha dan Wira yang bercinta sejak zaman di bangku sekolah lagi. Setelah mengakhiri zaman persekolahan Zulaikha melanjutkan pengajian ke luar negara sementara Wira mengendalikan perniagaan keluarga.

Sewaktu ketiadaan Zulaikha, Wira bertemu dengan Jamilah dan mengambilnya menjadi teman wanitanya bagi menghilangkan kebosanannya. Sewaktu Zulaikha pulang ke tanah air dia dapat menyaksikan ada sesuatu yang tidak kena di antara Wira dan juga Jamilah. Terpancar kemesraan yang luar biasa dalam perhubungan mereka bereka berdua. Apakah kesudahan hubungan cinta antara Wira dan Zulaikha ?. Siapakah yang bertuah bertakhta di hati Wira ? 

Filem hebat ini dibintangi oleh Zul Huzaimy sebagai teraju utama. Mungkin sebelum ini, kita sudah terbiasa kita menonton Zul Huzaimy memegang watak jahat atau antagonis, tetapi kali ini beliau mencuba untuk memegang watak hero yang baik dan romantis. Turut menjayakan filem ini adalah Siti Elizad, Sharifah Sofea, Nabila, Sheera, Ezany Nizariff dan Aida Radzwill.

2867374233 21D53B8943 | 5

Pada keesokan harinya, 2 Oktober 2008 (Khamis) pada jam 9.00 malam menerusi dengan menampilkan sebuah filem hebat bertajuk ‘Syaitan’ khas buat tontonan seisi keluarga. Filem ini berkisar tentang Dalila yang dipaksa kahwin oleh kedua ibu bapanya. Dia telah dipaksa berkahwin dengan Muslim dan menjadi isteri keduanya. Keadaan ini menyebabkan Dalila berasa amat tertekan. Hal ini menyebabkannya terus berhubung dengan Saad, bekas teman lelakinya.

Saad masih tidak dapat menerima hhakikat bahawa gadis idamannya telah menjadi isteri orang. Dendam kesumat yang beraja di hati Saad menyebabkannya bertindak di luar batasan terhadap Muslim dengan merancang pembunuhan Muslim. Akhirnya, Muslim terlantar koma dan adakah ia berlaku hasil pakatan Saad dan Dalila untuk membunuhnya ?  

Barisan pelakon yang terlibat menjayakan filem ini adalah Rosyam Nor, Lisdawati, Que Haidar, Liyana Jasmay, Zul Huzaimy, Azri Iskandar, Noorkhiriah dan Ellie Suriati.

2868208328 F987039982 | 6

Manakala pada 3 Oktober 2008 (Jumaat) jam 1.00 petang para penonton berpeluang menonton sebuah filem bertajuk ‘Man Laksa’. Cereka ini mengisahkan tentang seorang jejaka yang terkenal dengan nama panggilan Man Laksa. Dia merupakan seorang jejaka yang pemalu dan mencari rezeki dengan menjual laksa di kampungnya.

Dalam diam Man Laksa menyimpa perasaan terhadap Chah, anak kepada Ketua Kampung Tuan Hj. Sukarno. Man berhasrat untuk melamar Chah pada satu majlis malam amal. Namun begitu, berlakunya kekecohan sewaktu malam amal tersebut lantaran ramai artis yang dijanjikan tidak dapat hadir. Berjayakah Man melamar chah menjari ratu hatinya ?

Barisan pelakon terkenal yang menjayakan filem ini Yassin Senario, Sharifah Aleya, Saiful Apek, Harun Salim Bachik, Zami Ismail dan Kartina Aziz.

Pastikan anda semua tidak akan melepaskan peluang keemasan ini bagi menonton semua program menarik dan menghiburkan yang disajikan khas untuk anda sempena Hari Raya Aidilfitri menerusi RTM2, Saluran Famili Anda. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MAWI, MIMIE AISHA DALAM UCAPAN HARI RAYA SIARAN LANGSUNG SALAM LEBARAN

Azizan Nin, Daphne Iking, Hannah Tan Dalam Road Home with Smiles