in

Malam Gema Puisi Gaza TV9

TV9 menerusi rancangan Nasi Lemak Kopi O akan menganjurkan Malam Gema Puisi Gaza pada :

Tarikh : 9 Jun 2010 (Rabu)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Lobi Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Ia adalah bertujuan memberi ruang kepada rakyat Malaysia meluahkan perasaan mereka mengenai kekejaman komando Israel menyerang kumpulan misi bantuan kemanusiaan, Freedom Flotilla ketika dalam perjalanan menuju ke Gaza serta perjuangan rakyat Palestin terhadap Negara mereka.

Antara pihak pengurusan Media Prima Berhad dan selebriti Media Prima Berhad yang akan mendeklamasikan puisi adalah Pengerusi Media Prima Bhd (MPB), Datuk Johan Jaafar dan Pengarah Eksekutif Berita dan Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib, Ahmad Fetri Yahya, Noor Azean Abdol Karim, Sharifah Nur Syed Ali, Dr Fazley Yaakob, Nash, Herman Tino, Farah Asyikin, Sabhi Saddi dan Kumpulan Saujana.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Persembahan Siti Nurhaliza & Kris Dayanti di AIM17

Drama Menggenggam Janji & Salju di Hati Ibu di TV2