in ,

Love Compulsory Musim ke-4 Lebih Lucu

Setelah meraih kemenangan di Golden Awards 2014 menerusi kategori Montaj Drama TV Terbaik untuk musim keduanya, sitkom Cina tempatan Love Compulsory kembali untuk musim keempat di ntv7 yang pastinya akan membawa kegembiraan, tawa dan air mata kepada para penonton semua. Sitkom 24 episod ini akan disiarkan di Home Of The Feel Good bermula 31 Oktober 2014 jam 9.30 malam.

Masih mengekalkan pelakon-pelakon yang sama dari musim sebelumnya seperti Jack Yap, Jan Chin, Karena Teo, Ong Ai Leng, Leslie Chai, Alvin Wong dan Shuben Low yang masing-masing masih memegang watak yang sama. Pelakon-pelakon baru Fabian Loo dan Chua Xin Le turut mewarnai sitkom ini menerusi musim ke-4.

“Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada penonton, kami telah memutuskan untuk menerbitkan musim terbaru sitkom ini. Program ini telah mendapat sokongan penonton setiap minggu dan kami pasti ramai yang sentiasa menanti-nantikan rancangan dan akan terus menonton untuk musim terbaru ini, “kata Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV.

Musim keempat drama ini merupakan lanjutan dari kehidupan seharian dan cabaran yang diharungi oleh pasangan-pasanagn yang mencari teman sejati mereka di sebuah agensi pencarian jodoh.

Gao Zi Man (lakonan Jan Chin) kini hamil 5 bulan dan hanya akan menerima nasihat doktor atau merujuk kepada buku-buku perubatan tentang kehamilannya. Sesekali, dia akan bertegang leher dengan ibu mertuanya kerana tidak biasa menguruskan kehamilannya dengan cara tradisional Cina. Gao juga tidak mahu dilabel sebagai “mak cik” dan ingin mengambil bahagian dalam “Pertandingan Ratu Cantik Wanita Mengandung”. Suaminya, Tai Hao Jie (lakonan Leslie Chai) melarang Gao kerana tahu bahawa gambar seksi Gao akan diambil. Selepas tamat cuti bersalin, Gao kembali bekerja tetapi terkejut dengan layanan dari majikannya. Kejadian ini telah membuatkan Gao terasa sedih dan bertengkar dengan suaminya.

Gao kemudianya kehilangan cincin perkahwinan tetapi ditemui semula oleh Tai yang berhasrat untuk melamar Goh sekali lagi. Gao terharu dan menerima lamaran suaminya.

Sementara itu, sahabat karib Da Xiong (dimainkan oleh Jack Yap), Elmo (dilakonkan oleh Liu Wen Jie), datang untuk tinggal bersamanya tetapi ini telah menjejaskan hubungan Xiong dengan teman wanitanya, Xiao Ling (dilakonkan oleh Karena Teo). Ling mula meluat dengan sikap Elmo yang mudah beremosi dan mencari jalan untuk menghalaunya dari kediaman mereka. Walaubagaimanapun, Xiong terperangkap dalam dilema kerana mahu menjaga kedua-dua hubungan dengan Ling dan persahabatannya dengan Elmo.

Berbeza dengan kehidupan Pauline (lakonan oleh Shuben Low) yang selalu hidup dalam keadaan aman. Namun segalanya berubah apabila anak saudara perempuannya, Vivi (lakonan Chua Xin) datang untuk tinggal bersamanya. Vivi merupakan seorang gadis moden yang berfikiran terbuka dan mempunyai ramai “teman lelaki” serta sentiasa asyik dengan telefon bimbitnya.

Ada kalanya, Vivi dan Pauline bertengkar namun sebaik sahaja dia mengajar Pauline cara menggunakan telefon bimbit dengan bijak, Pauline telah mengarang sebuah artikel bertajuk “Ways to Save Money” ke laman web yang kemudiannya menjadikan Pauline terkenal kerana artikel tersebut. Suami Pauline, Fu Tian Yu (lakonan Alvin Wong) mula merasa rendah diri dengan isterinya dan merancang untuk meninggalkan Pauline. Namun, Fu dinasihatkan oleh seorang kenalannya supaya tidak meninggalkan Pauline dan akhirnya dia bersetuju untuk terus menetap di situ. Pauline dan Fu kemudian membuat keputusan untuk menimang cahaya mata dan pergi ke pusat kesuburan untuk mendapatkan bantuan.

Drama Love Compulsory 4 yang turut mendapat sokongan dari one FM ini akan menemui penonton setiap Jumaat jam 9.30 malam bermula 31 Oktober 2014 di ntv7 (Saluran 107).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri BILA HATI BERBICARA

Telemovie Nota Untuk Sang Awan Lakonan Beto Kusyairi