in

Layan Muzik Tanpa Batasan Sepuasnya Dengan DiGiMusic

LAYAN MUZIK TANPA BATASAN SEPUAS-PUASNYA DENGAN DiGiMusic

Bagi Budiey, muzik adalah satu khazanah. Orang kata, kalau takde muzik dalam dunia ni, hidup ini takkan jadi indah. Itu orang katalah kan. Tapi bagi Budiey, muzik ni satu irama yang memberikan 1001 makna. Kadang-kadang ia boleh mengingatkan kita pada kenangan yang lepas.

Kadang-kadang, muzik ni mengambarkan perasan seseorang. Sebenarnya, nak layan muzik ni tengok pada mood jugak la. Kalau mood rasa tak berapa ngam atau takde semangat, pilihla muzik yang rancak atau segar. Kasi mood kita rasa lebih ceria.

Zaman sekarang dah canggih, kan? Sebab kita boleh simpan lagu dalam telefon bimbit. Senang nak bawa ke mana-mana. Tak macam dulu, sekarang kita pun boleh muat turun muzik terus ke henset~! Pergh~! Mantap giler…

Budiey nak tanya satu soalan, macamana korang dapatkan lagu yang korang suka~? Macam-macam jawapan ada. Ada yang suka beli album dan terus convert jadi mp3. Mmm, sekarang dah macam-macam cara. Tapi Budiey ada dengar, DiGi ada memperkenalkan DiGiMusic .

Harganya memang murah aje. RM5 sebulan. Dan kepada korang yang nak cuba, DiGi kasi PERCUMA selama 30 hari dulu. Korang cuba dulu la ek~  Macam-macam jenis lagu ada… lagu rock ada… lagu hip hop ada… lagu irama Malaysia pun ada. Pendek kata semua genre ada la, tunggu korang pilih aje, yang mana satu idaman kalbu,~!

Tapi Budiey dah cuba, setakat ini memang BEST GILER~ Satu pengalaman yang fun dan enjoy sebab kita boleh muat turun sepuas-puasnya selama 30 HARI~!

Tak best apenyer, kita boleh memuat turun muzik tanpa had dengan bayaran yang sangat murah. Berbaloi la beb~! jadi korang boleh alami kehebatan muzik samada di telefon bimbit atau di komputer.

Bukan setakat itu aje, korang boleh kongsi lagu dan playlist korang dengan kawan-kawan. Diorang pun boleh kongsi lagu dan playlist dengan kita. Biasanya, apa yang kita minat, kawan kita juga akan minat. Tapi kadang-kadang, diorang tak minat dengan muzik kita. Dengan DiGiMusic, korang boleh kongsikan pendapat dan share idea jugak dengan kawan-kawan. Pendek kata korang boleh berforum kat situ. Korang boleh berbincang pasal lagu-lagu kat situ. Samada suka atau tak suka dengan lagu tu, terserah la kat korang nak komen camna. Mesti happening~! Tapi jangan sampai bergaduh pulak ek~!

So, korang jangan la kedekut nak kongsi. Sebab apa yang penting, apa dia?…. KERJASAMA~! Hehe, yang gempaknya lagi, selepas muat turun, DiGi akan kasi kita 5 lagu DRM-PERCUMA setiap bulan. Mmm, nikmatilah sepuas-puasnya.

Nak kata, flexible tak la jugak, tapi yang korang perlu ingat, korang boleh layan lagu kat mana-mana aje. Sambil tunggu bas nak pergi kerja pun boleh. Budiey tengok semua senarai lagu updated punya. Siap ada cartal lagi, jadi korang akan tahu lagu mana yang paling best.

Kalau korang muat turun lagu dengan menggunakan WAP di telefon bimbit, caj data takkan dikenakan. So, bila caj data ni PERCUMA, ini akan menjimatkan duit poket korang.

Akhir sekali, korang yang melanggan servis ni boleh layan persembahan LIVE artis terkenal di Persembahan DiGiMusic~! Korang akan dapat jemputan secara EKSKLUSIF. Bukan main-main, ini memang serius, tak tipu punya~! Jadi, setiap kali ada showcase atau konsert anjuran DiGiMusic, korang pasti ada peluang untuk join. Kalau bertuah MUNGKIN juga akan dapat bertemu mata dengan selebriti anda~! 

Dalam DiGiMusic juga, korang boleh menangi macam-macam hadiah lumayan dalam peraduan yang dianjurkan. Jadi, ayuh~! Join DiGiMusic SEKARANG~!!!

MACAMANA NAK DAPATKAN MUZIK TANPA HAD NI?

Haaa… so, mesti korang tertany-tanya, macamana nak guna benda alah ni. Okay, Budiey nak citer sikit macamana nak dapatkan. Sebab Budiey pun dah langgan DiGiMusic ni, so, ni nak berkongsi la sikit.

Okay, untuk korang yang nak download melalui WEB, mula-mula sekali korang kena layari www.DiGiMusic.com.my.

Kemudian, klik di SUBSCRIBE TO UNLIMITED MUSIC link: http://music2.digi.com.my/public/prereg.aspx

Untuk korang yang nak guna WAP di telefon bimbit pula, korang kena taip teks mesej iaitu ON MUSIC dan hantarkan ke 2000. Lepas korang hantar, tak sampai seminit, korang akan dapat satu mesej. So kat mesej tu, ada link. Korang klik je link tu, dan korang terus dibawa ke portal DigiMusic WAP. Haaa… senang aje. Semudah ABC, kan?

Harap korang faham ek dengan penerangan ni.

KONSERT THE ALL-AMERICAN REJECTS

Buat pertama kalinya, DiGiMusic membawakan kepada korang semua, sebuah band kegilaan ramai masa kini… The All-American Rejects~! Konsert The All-American Rejects akan diadakan di Central Park Avenue, 1 Utama pada 10 Oktober 2009…. dan konsert ini sebenarnya PERCUMA. Okay, takde tiket dijual untuk masuk konsert ini. Itulah Budiey kata, “Money Can’t Buy Experience with DiGiMusic~!

Cuma ada 2 cara aje nak tonton secara LIVE konsert ni.
1. Korang kena sign up UNLIMITED MUSIC di DiGiMusic.com.my. Setiap satu sign up, korang akan dapat tiket. Ianya bergantung pada siapa cepat dia dapat.

2. Korang boleh join Referral Program What I’ll Do For Music yang terdapat di Facebook dan Friendster. Secara senangnya, korang boleh sebarkan program What I’ll Do For Music ni, iaitu refer atau cadangkan kat diorang untuk melanggan DiGiMusic ni. Lagi ramai korang refer, lagi bagus sebab korang boleh ajak diorang sekali untuk menonton konsert ini.

1 referral – korang akan dapat 1 keping tiket DiGiMusic Live
2 referral – 2 keping tiket DiGiMusic Live + Goodie Bag (CD + Poster + DiGiMusic Unlimited-AAR Lanyard + T-shirt)
3 referral – 3 keping tiket DiGiMusic Live + Goodie Bag (CD + Poster + DiGiMusic Unlimited-AAR Lanyard + T-shirt + AAR USB Wristband)

Kepada 20 orang yang refer paling banyak, korang akan dapat pass untuk sesi Greet & Meet~! Jadi apa tunggu lagi, refer la sebanyak mungkin kepada kawan korang~!

Jadi apa tunggu lagi, bertindaklah secepat mungkin~! Jomlah join DiGiMusic sekarang~! Dapatkan pass-pass percuma anda dengan klik kat SINI.

Okay, lagi satu benda nak cakap kat korang, kalau korang nak muat turun application menarik dari DiGiMusic, korang boleh dapatkan kat sini:

www.digimusic.com.my/live

Sebagai alternatif lain, korang boleh lah melayari laman Facebook ini:
http://apps.facebook.com/digi_widfm

dan juga Friendster pun ada:
http://widgets.friendster.com/digi_widfm?src=myapps&instance_id=1

Okay~ Bye ~

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ucapan Selamat Hari Raya dari Adifashla

Program Komedi Raya Aidilfitri 1430H