in ,

Lagu Tema Drama Na O Me Bisikan Rindu Nyanian Han

Han, penyanyi kelahiran realiti TV, One In A Million melangkah setapak lagi dengan kelahiran single terbaru, Bisikan Rindu.

Budiey kira, lagu ini akan jadi popular satu hari nanti kerana setiap hari Isnin hingga Khamis berkumandang di TV3 jam 6.30 petang. Ada pembaca yang dah hafal dah lagu ni.

Lagu ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik pula ditulis oleh Sulu Sarawak ini menjadi lagu tema drama Na O Me. Semakin meletop-letop ka ba boom la Han, kali nih.

Semoga Han terus sukses!

Ini dia liriknya…

Lagu: Azlan Abu Hassan

Lirik: Sulu Sarawak

Kutahu di hati mu

Kau selindung bisikan rindu

Berlabuh bayangmu menagih kasih sepiku

Kau pernah mu bertamu

Yang telah kuserah hidup seluruhku

Dan hanya dirimu kan kuingati selalu waktu

Sengketa menjauh kita bersama

Asmara terluka beralah air mata

Kuingin mu selama dengan janji setia

Tanpa ragu berbicara cinta

Kau segala

Ku setegar menunggu

Walau terulang menyayangmu tulusku

Kau pergi berlalu kemaafanmu dambaku

Percaya mu mahu ku begitu ke sisimu

Kutuju bisa abadi bertemu dalam kalbu

Kuingin mu selama dengan janji setia

Tanpa ragu bicara cinta

Kau segala

Kau segala…

Pada petang tadi, jam 3 petang, Budiey sempat bertemu dengan Han di Majlis Ramah Mesra bersama pelakon drama Na O Me dan juga drama EJen 008 yang diadakan di Restoran Rebung, Bangsar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Siti Nurhaliza Masa Shooting Poster Konsert Satu Suara

Gambar Terbaru Nabila Huda Play Hard Camelia Yang Tak Feminine