Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Lagu Aspalela, Yahoo & Hampir Ke Situ dalam Soundtrack Filem Duyung



Album runut filem Duyung memuatkan 10 buah lagu yang diambil daripada lagu-lagu hit terbitan KRU Music di mana 7 daripadanya adalah lagu-lagu baru. Tiga buah lagu penuh yang diselitkan dalam filem ialah Aspalela nyanyian Saiful Apek, Hampir Ke Situ nyanyian Mendua dan Yahoo.

Lagu pertama yang saya kira mendapat sambutan hangat ialah lagu Aspalela. Bukan hanya popular, namun lagu Aspalela juga telah mengundang kontroversi selepas dikatakan menciplak lagu Abang Bakso. Seteleh ditanya kepada Norman KRU, beliau mengatakan segalanya telah selesai kerana pihak KRU telah membayar hak cipta lagu tersebut. Lirik lagi Aspalela mengisahkan tentang kekasih hati yang cuba dirampas orang dan diiringi dengan irama rancak yang catchy, segar dan selesa di telinga pendengar. Ditambah dengan penampilan istimewa Saiful Apek yang memang sesuai untuk mendendangkan lagu tema ini sehingga menjadikan lagu ini berada di tangga teratas dalam carta radio.

Lagu Hampir Ke Situ juga tidak kurang hebat kerana seringkali kedengaran di corong radio. Lagu Yahoo merupakan lagu nyanyian ramai yang melambangkan kegembiraan dan keseronokan di dalam penghujung jalan cerita filem Duyung. Ceria sangat iramanya, sesuai untuk didengar pada waktu pagi, sebelum ke tempat kerja. Huhu.

Album runut Duyung bukanlah sebuah album kompilasi yang biasa, istimewanya memang ada. Selain lagu yang dimuatkan adalah lagu single yang hit dari dulu hingga kini. Lagu dari Dafi, Bila Terasa Rindu, Teramat Sangat nyanyian Aznil Hj Nawawi, Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk nyanyian Flava dan Datanglah Kekasih nyanyian Pianka adalah antara lagu yang akan anda dengar dalam filem Duyung. Selain itu, ada 3 buah lagu lain seperti Jikalau Kau nyanyian Ezlynn, Gadis Misteri nyanyian Indigo dan Masih Mencari nyanyian X-Factor diletak sebagai ‘perhiasan’ untuk album ini. Album ini telah pun berada di pasaran dan dijual dengan harga RM29.90 dalam bentuk cakera padat dan RM16.50 untuk kaset.

Filem Duyung akan menemui penonton pada 6 Mac 2008.

filem duyung cover album

[tags]lagu aspalela, yahoo mesengger, download chat room, filem duyung, kru music, recording company, jay chow, review jay chow film, blog yasmin hani, abang hensem, comel sayang, cute greeting, hampir ke situ mp3, rumah tumpangan sabul, blog video ida nerina, lagu yahoo download, dafi gay, kekasih gay, zoey, maskulin magazines, aznil gossip, ac mizal hos af6[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pelancaran Novel dan Soundtrack Filem Duyung
  • Isu Penciplakan Tidak Boleh Dimaafkan
  • Filem Duyung Lakonan Maya Karin & Yasmin Hani
  • Aspalela: Lagu Paling Kontroversi Untuk Tahun 2007
  • Advertorial: Roadtour DiGi & Filem Duyung di Pawagam 6 Mac Ini!
  • Teaser Filem Apa Kata Hati Lakonan Raja Farah
  • Download Rona Roni Makaroni Original Television Soundtrack
  • Pendedahan Expose, Kajian Ciplak Lagu dan Budaya Goblok
  • Sekitar Premiere Filem Duyung di GSC Mid Valley
  • Ulasan Filem Duyung Terbitan KRU Films



    • Orestes

      dah dpt OST ni.. memang lagu2 best.. suka lagu yahoo n flava

    • http://www.budiey.com/lagu-aspalela-yahoo-hampir-ke-situ-dalam-soundtrack-filem-duyung/ Senses

      lgu yg pling best ialah lgu Teramat Sangat oleh Aznil Hj Nawawi…best siot

    • http://hootmail amy_girlpimas

      x baik fitnah org…..

    • http://yahoo amy_girlpimas

      opps….terlebih sudah

    • http://- puteri tasha

      saya nak lagu yahoo saya minat sangat dengan lagu tu la?pliss!!!

    • http://-www.budiey,com/lagu puteri tasha

      saya nak lagu tu 222222222222222!

    • bibi apel

      aspalela laaaa……naknaknak!!!!!!

    • ann

      i suka lagu aspalela best gila oh smpi kwan2 pandai menari sendiri dgr 2 lagu

    • Aina Basyirah Razali

      Salam, boleh sesiapa berikan saya lirik lagu YAHOO…tq



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK