in ,

Kwek Mambo Anita Sarawak: Antara Glamor & Ragam Selebriti

Menampilkan sedikit kelainan dari segi konsep berbanding program bual bicaranya yang lalu, Kwek Mambo Anita akan memaparkan isu -isu yang merangkumi pelbagai informasi termasuk hiburan, gaya hidup, makanan, fesyen, kebudayaan, kesihatan dan cerita terkini tentang artis tanahair.

Menurut Anita, program bual bicaranya yang terdahulu tidak disambung semula tetapi ‘digantikan’ dengan Kwek Mambo Anita kerana ingin memberi satu kelainan tetapi pada masa yang sama masih menekankan kepada modul inspirasi dan aspirasi. Anita tampil kelainan dalam ‘Kwek Mambo Anita’

“Saya gembira kerana program Anita mendapat sambutan yang baik. Malah, banyak kemudiannya talk show yang menampilkan konsep yang sama muncul selepas Anita. Kwek Mambo Anita lebih memfokuskan bagaimana individu itu mencapai impian mereka. Kalau dilihat, tetamu-tetamu yang dijemput juga bukan saja dalam industri hiburan, tetapi pelbagai bidang lain juga. Walaupun dalam Anita dulu lebih fokuskan bagaimana saya membantu masyarakat, tetapi bukan bermaksud saya sudah tidak boleh bantu orang lain lagi selepas ini. Masih boleh menolong tapi dengan cara yang lain,”

Program bual bicara 13 episod itu telah pun selesai dirakamkan untuk musim yang pertama dan antara tetamu jemputan di dalam program tersebut ialah Datin Paduka Sharifah Mazlina, Datuk DJ Dave, Erra Fazira, Ella, Ogy Ahmad Daud, Datuk Maria Menado, Radzuan Radziwill dan ramai lagi.

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Khairul Anwar Salleh, Kwek Mambo Anita tercetus melalui hasil perbincangannya bersama Anita dan suami, Mahathir, dan konsep program itu juga dilihat amat sesuai dengan personaliti penyanyi itu sendiri.

“Daripada tajuk program ini sendiri, ia sudah menggambarkan bahawa ini adalah program yang santai dan spontan. Saya percaya, di Kwek Mambo Anita, anda akan menyaksikan yang terbaik daripada Anita Sarawak. Malah, karisma Kak Nita sendiri menjadi inspirasi untuk set dan konsep program ini di mana dia dapat berbual dan berbincang dengan tetamu jemputan dan penonton, selain membuat persembahan.”


Anita bersama tetamu jemputan, Ogy Ahmad Daud

Bercerita dengan lebih lanjut tentang program terbarunya ini, kata Anita, dia tidak menghadapi masalah mengendalikan Kwek Mambo Anita, memandangkan program tersebut masih mengekalkan genre yang sama iaitu bual bicara.

“Untuk program Anita dulu, saya banyak jadikan Oprah sebagai inspirasi, tetapi untuk program baru ini, it’s solely Anita Sarawak. Pihak Astro bagi kebebasan pada saya dan memang mereka mahu saya jadi diri saya sendiri. Walaupun saya tidak kenal kebanyakan tetamu jemputan secara peribadi, tetapi dalam program ini saya rasa boleh jadikan kami rapat. Saya tidak terlalu ikut skrip, bagi saya skrip hanya sebagai panduan saja, terutamanya yang melibatkan topik-topik tertentu. Ini lah Anita Sarawak. Bila saya berbual dengan seseorang, saya akan lakukan secara natural, tidak perlu sebarang skrip,” jelas Anita.

Katanya lagi, di dalam program ini juga dia akan memberikan tips-tips tertentu seperti kesihatan dan bagaimana ingin memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.

“Ini adalah sumbangan yang saya boleh berikan. Saya cuma harap melalui program ini, penonton dapat belajar banyak perkara positif. Terus-terang saya katakan, saya enjoy sepanjang proses rakaman program ini. Walaupun rakaman mula jam 9 pagi dan berakhir pukul 6 petang, tetapi saya puas hati. Malah ada penonton yang tidak berganjak dari studio. Sebelum rakaman, saya sendiri yang akan buat warm-up bersama penonton, kerana saya tidak mahu energy penonton akan turun sewaktu show bermula,” kata Anita.

Penyanyi popular itu juga telah menyambung kontrak bersama Astro dan tidak lama lagi akan muncul di dalam sitkom terbaru di saluran yang sama dijangka pada penghujung tahun ini. Kwek Mambo Anita akan disiarkan setiap Ahad selama sejam bermula pada pukul 9 malam di saluran Astro Prima. – Sumber MStar Online

poster kwek mambo anita sarawak

[tags]Kwek Mambo Anita Sarawak, astro prima, channel baru astro, murai portal, utusan malaysia, youtube kwek mambo, Glamor, Ragam Selebriti, Datin Paduka Sharifah Mazlina, Datuk DJ Dave, Erra Fazira, Ella, Ogy Ahmad Daud, Datuk Maria Menado, Radzuan Radziwill, myteam 2, miss arab world, nico rosberg girlfriend, Kwek Mambo Anita Sarawak[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Prop, Lagu & Sinopsis Babak Pertama Teater Muzikal P. Ramlee

Karen Kong dan Jin di Majlis Pelancaran My Shoutout Pacmee