in

KRU Studios Suntik Eleman Animasi 3D Cinta Kura-Kura

KRU Studios Suntik Eleman Animasi 3D dalam Filem Cinta Kura-Kura

Sebagai peneraju penerbitan filem dengan penggunaan kesan khas (CGI), KRU Studios sekali lagi meneruskan tradisi untuk memberikan kelainan kepada peminat industri perfileman tempatan dengan menampilkan elemen animasi 3D di dalam filem terbarunya berjudul ”Cinta Kura-Kura”. “Cinta Kura-Kura” merupakan filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi di bawah arahan Nizam Zakaria yang buat julung kalinya diberikan peluang untuk menjadi pengarah bagi filem ke 10 terbitan KRU Studios.

Menurut Norman Abdul Halim selaku Eksekutif Presiden KRU Studios merangkap Penerbit Eksekutif filem Cinta Kura-Kura “Kami sentiasa mencari dan mengenegahkan bakat-bakat baru samaada didalam penulisan skrip, pengarahan, lakonan dan nyanyian. Walaupun Nizam pernah mengarah beberapa rancangan televisyen, bakat beliau begitu menyerlah bagi genre seperti Cinta Kura-Kura dan kami yakin penonton akan terhibur dengan filem ini. Semoga dengan sumbangan kreatif bakat-bakat baru ini, produk-produk terbitan KRU Studios akan sentiasa diterima penonton dengan variasi hiburan yang segar”.

Nizam juga terharu dengan kepercayaan dan pelaburan yang dibuat oleh KRU Studios bagi filem pertamanya ini “Saya ingin berterima kasih kepada KRU Studios kerana memberi saya peluang untuk mengarahkan filem yang unik yang saya pasti akan menyumbangkan kepada kepelbagaian genre didalam dunia perfileman Malaysia.”

“Cinta Kura-Kura” mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani lakonan Tiz Zaqyah bersama binatang peliharaannya, Nico (Zizan Raja Lawak). Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya… Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin (Bob AF). Jiran Nani, Adam lakonan Airel Zafrel telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Walaubagaimanapun Nico mempunyai calon pilihannya sendiri sebagai teman hidup Nani iaitu Fazli (lakonan Fizz Fairuz), seorang pemilik kedai binatang peliharaan yang mempunyai agendanya tersendiri. Kehidupan mereka menjadi huru-hara apabila Nico mula campur tangan dengan kehidupan manusia.

Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini buat julung kalinya menampilkan teknologi CGI bagi animasi (character animation) bagi watak Nico, Mira (Fara Fauzana) dan Atuk (Shy8 atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha) disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.

KRU Studios juga meneruskan tradisi mempromosikan filem melalui lagu dan yang terbaru menerusi lagu “Tiga Kata” ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim nyanyian trio adik-beradik KRU. Disamping itu, sebuah lagu lagi akan ditampilkan didalam filem ini diberi judul “Pencinta Terbaik”.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.krustudios.com atau Facebook serta You Tube “Cinta Kura-Kura”.

Cinta Kura-Kura

Cinta Kura-Kura

Cinta Kura-Kura

Cinta Kura-Kura

Cinta Kura-Kura

Cinta Kura-Kura

Cinta Kura-Kura

Cinta Kura-Kura

Cinta Kura-Kura

Cinta Kura-Kura

Cinta Kura-Kura

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Technicolor Asia & KRU Studios Announce Partnership

Peraduan Menangi Tiket Konsert Fenomena 30 Tahun Search