Konsert Super Junior Super Show 5 World Tour in Kuala Lumpur

0

Selepas mendapat tahu penundaan Konsert Super Junior – Super Show 5 di Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada 5 Oktober 2013 ini, Budiey kira harapan untuk melihat persembahan grup K-pop popular ini sangat tipis. Apatah lagi, Budiey terpaksa menelan kekecewaan ya amat bila Running Man juga turut ditunda.

Namun, pada hari ini, Budiey telah mendapat berita gembira, di mana Konsert Super Show 5 Super Junior World Tour in Kuala Lumpur akhirnya akan berlangsung di Stadium Tertutup Putra, Bukit Jalil pada 23 November 2013  jam 5 petang. Terima kasih kepada SPRITZER Mineral Water kerana membawakan Super Junior kepada peminat di Malaysia! Konsert ini dipromosikan secara hebat  oleh Star Planet dengan kerjasama SM Entertainment dan Dreammaker Entertainment Limited.

Sudah tentu berita ini mengembirakan peminat setia kumpulan Super Junior dan Budiey sendiri pasti akan membuat liputan untuk konsert ini. Sila LIKE entri ini jika anda sedang tersenyum dan bersorak riang sekarang ni.

Poster Konsert Super Show 5 Super Junior World Tour in Kuala Lumpur

Pelancaran Tiket Konsert Super Show 5 Super Junior World Tour

Budiey dapat khabar, tiket-tiket akan dijual dengan harga yang sangat tinggi iaitu RM658, RM558, RM438, RM388, RM238. Wow! Tiket paling murah berharga RM238. Pergh! Sanggup tak! Walaupun harga tiket sangat mahal tapi Budiey yakin tiket akan laris dan habis serta merta. Tak percaya, tengok je la masa pelancaran penjualan tiket pada 29 September ini. Budiey akan turut berada di sana untuk buat liputan.

Satu majlis pelancaran tiket Konsert Super Show 5 Super Junior World Tour in Kuala Lumpur akan diadakan di Paradigm Mall, Kelana Jaya (Level CC, Concourse) pada 29 September 2013 ini antara jam 11 pagi hingga 7 malam.

Budiey dapat tahu, 500 pembeli tiket pertama yang mendapatkan tiket konsert ini di Paradigm Mall pada 29 September ini akan menerima hadiah istimewa dari Super Junior. Manakala sebanyak 2,000 poster konsert juga akan diberikan kepada pembeli terawal di pelancaran ini.

Untuk info lanjut, sila layari: www.starplanet.com.my

Nak Menang Tiket Konsert Super Show 5 World Tour in Malaysia?

1. Anda perlu membeli sebarang produk ACER yang dikuasakan oleh Intel Processor antara 15 Oktober hingga 10 November untuk berpeluang memenangi tiket Super Show 5. Info lanjut, anda boleh layari Facebook ACER Malaysia.

2. Anda perlu mengambil bahagian peraduan secara digital, Cornetto Super Jari Menari yang akan dianjurkan oleh Cornetto antara 8 hingga 21 Oktober 2013 untuk berpeluang memenangi tiket konsert Super Show 5.

3. Anda boleh menyertai peraduan yang dianjurkan oleh SPRITZER Mineral Water di Facebook dengan bermain Spritzer Show 5 Sensational Challenge antara 14 Oktober hingga 10 November 2013 dan anda mungkin berpeluang memenangi tiket konsert ini.

Konsert Super Show 5 Super Junior World Tour in Kuala Lumpur

Super Show 5 Super Junior World Tour Dapat Sambutan di Eropah

Untuk info, konsert pertama telah berlangsung pada 23 Mac lalu di Seoul, Korea Selatan dan kumpulan yang mempunyai jutaan peminat ini telah menjelajah seluruh negara termasuklah China, Jepun, Amerika Selatan dan sekitar Eropah. Pada 21 Julai 2013, Super Junior yang dianggotai oleh sembilan ahli ini telah singgah di Brazil menjadikan konsert pertama di Amerika Selatan. Ini pun atas permintaan peminat kat sana untuk melihat Super Junior secara dekat buat pertama kalinya. Sangat mengejutkan apabila tiket konsert mereka sangat laris sampai sold out! Seramai 40,000 peminat di sana begitu terhibur dan histeria dengan persembahan Super Junior. Mungkin kerana itu juga, pihak pengurusan Super Junior, SM Entertainment begitu berhati-hati dari segi keselamatan semasa ketibaan mereka di Lapangan Terbang Sao Paulo, Brazil. Kawalan keselamatan dipertingkatkan dengan 10 kali ganda.

Paling terbaru, Super Junior telah berjaya memukau peminatnya di Konsert Super Show 5 Super Junior World Tour di Taipei & Guang Zhou.

Konsert Super Show 5 Super Junior World Tour in Kuala Lumpur

Konsert Super Show 5 Super Junior World Tour in Kuala Lumpur

Konsert Super Show 5 Super Junior World Tour in Kuala Lumpur

Konsert Super Show 5 Super Junior World Tour in Kuala Lumpur

Konsert Super Show 5 Super Junior World Tour in Kuala Lumpur

Konsert Super Show 5 Super Junior World Tour in Kuala Lumpur

Konsert Super Show 5 Super Junior World Tour in Kuala Lumpur

Komen via Facebook

Komen

Share
— 882 Bacaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge