in , ,

Selepas 10 Tahun, CNBLUE Kembali Ke Malaysia Untuk Konsert CNBLUENTITY

Penantian peminat CNBLUE selepas hampir 10 tahun untuk melihat kumpulan pop-rock Korea Selatan itu mengadakan persembahan di Malaysia bakal menjadi kenyataan.

Kehadiran CNBLUE bagi menjayakan konsert bertajuk 2024 CNBLUE Live “CNBLUENTITY” in Kuala Lumpur di Mega Star Arena, KL pada hari Sabtu, 20 April 2024 jam 8 malam adalah atas usaha Hit Maker Entertainment dan Lo-Fi Entertainment selaku penganjur bersama.

CNBLUE yang dianggotai oleh Yonghwa sebagai vokalis utama dan gitar, pemain dram Minhyuk serta Jungshin sebagai pemain bass memulakan kerjaya seni mereka pada 2010 di bawah pengurusan FNC Entertainment.

Selepas 10 Tahun, CNBLUE Kembali Ke Malaysia Untuk Konsert CNBLUENTITY

Gabungan nama band dengan perkataan “identity”, CNBLUENTITY adalah untuk menggambarkan identiti trio tersebut.

Sudah pasti band ini akan memikat hati peminat di Malaysia dengan lagu-lagu yang melonjakkan nama mereka seperti I’m a Loner, I’m Sorry, Love and Can’t Stop dan banyak lagi. Selain itu, CNBLUE juga pasti akan menghiburkan peminat dengan lagu-lagu baharu dendangan mereka dan beramah mesra dengan peminat setia yang digelar BOICE.

Sepanjang kerjaya mereka, CNBLUE telah merakamkan lagu dalam bahasa Korea, Jepun, Inggeris dan bahasa lain dengan diskografi yang merangkumi 11 album studio, 14 album mini (EP), 33 single dan tiga album kompilasi.

Band ini telah menerima pelbagai anugerah seperti Golden Disc Awards, Mnet Asian Music Awards (MAMA) dan Melon Music Awards.

Selepas 10 Tahun, CNBLUE Kembali Ke Malaysia Untuk Konsert CNBLUENTITY

Selain muzik, ketiga-tiga ahli itu juga berbakat dalam bidang lakonan dan sering muncul dalam K-drama. Yonghwa melakonkan watak utama dalam drama komedi Brain Works pada tahun 2023, Minhyuk membintangi drama popular Celebrity tahun lepas, manakala Jungshin memainkan peranan utama dalam komedi percintaan Sh**ting Stars pada tahun 2022.

Tiket ke 2024 CNBLUE Live “CNBLUENTITY” in Kuala Lumpur yang menampilkan pelbagai faedah kepada peminat akan mula dijual pada jam 12 tengah hari, 29 Februari ini. Jualan tiket pelbagai faedah yang dijual dalam bentuk terhad ini boleh dibeli melalui www.ticketingtix.com pada harga berikut, tertakluk pada yuran pemprosesan RM4:

Selepas 10 Tahun, CNBLUE Kembali Ke Malaysia Untuk Konsert CNBLUENTITY

BERDIRI

• Zon BOICE – RM798
(Faedah Untuk Peminat: Hanya 900 peminat berpeluang menonton band buat soundcheck, 900 peminat menyertai Sesi Selamat Tinggal, 200 peminat mendapat poster yang ditandatangani, Lanyard berlamina terhad semasa prajualan.

DUDUK

• Zon THEN – RM698
(Faedah Untuk Peminat: Hanya 100 peminat berpeluang menonton band buat soundcheck, 100 peminat menyertai Sesi Selamat Tinggal, 60 peminat mendapat poster yang ditandatangani, Lanyard berlamina terhad semasa prajualan.)

• Zon NOW – RM598
(Faedah Untuk Peminat: Poster ditandatangani untuk 40 peminat, Lanyard berlamina terhad semasa prajualan.)

• Zon FOREVER – RM398
(Faedah Untuk Peminat: Lanyard berlamina terhad semasa prajualan.)

Selepas 10 Tahun, CNBLUE Kembali Ke Malaysia Untuk Konsert CNBLUENTITY

Sebelum jualan untuk umum, prajualan dalam talian untuk konsert itu akan disediakan dan peminat boleh membuat prapendaftaran di https://bit.ly/3UzKfCZ dengan kapasiti terhad, bermula dari 23 Februari selama tiga hari sahaja.

Pendaftar yang berjaya akan dapat mengakses prajualan tiket pada 28 Februari jam 12 tengah hari dan menerima lanyard berlamina terhad dengan pembelian tiket mereka.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti Lo-Fi Entertainment di Facebook (www.facebook.com/lofi.entertainmentkl) dan Instagram (www.instagram.com/lofi.entertainment)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tak Dapat Bayaran, Jamal Abdillah Ambil Keputusan Tarik Diri Sertai AJL 38

Langgar Hak Cipta Lagu, Komposer Indonesia Ari Bias Tuntut RM3Juta