in

Running Man Bakal Temui Peminat Malaysia September 2013

[dropcap]P[/dropcap]rogram realiti paling popular dan menghiburkan dari Korea, Running Man (RM) bakal menjejakkan kaki Malaysia. Kini peminat rancangan itu boleh menarik nafas lega (kalau nak melompat pun boleh) kerana Running Man akan menemui peminat tanah air pada September depan.

Menerusi maklumat awal yang kami perolehi dari pihak penganjur, pasukan Running Man iaitu Gary, HAHA, Ji Suk Jin dan figura yang baru saja berkunjung ke sini kira-kira dua minggu lepas, Kim Jong Kook, dijadualkan akan berada di Malaysia pada 6 September hingga 8 September 2013.

Memilih Malaysia sebagai destinasi kedua selepas Hong Kong, atas nama Race Start! Running Man Fanmeet in Malaysia, peminat bukan saja berpeluang mendapatkan tanda tangan malah anda boleh bertemu dan bergambar bersama empat figura popular itu pada 7 September 2013 bertempat di pusat membeli-belah Kenanga Whole City (KWC), Kuala Lumpur.

Tiket-tiket untuk acara berkenaan hanya sebanyak 3,500 keping sahaja akan dijual. Namun difahamkan sekiranya mendapatkan sambutan menggalakkan, pihak penganjur, Big Pocket, bersedia untuk mengeluarkan lagi tiket-tiket. Maklumat mengenai jualan dan harga tiket-tiket dan tempat akan diumumkan tidak lama lagi.

Menariknya, peminat turut ditawarkan pakej penginapan satu hotel yang sama dengan Running Man iaitu di hotel Vivatel. Selain itu, 10 peminat bertuah akan berpeluang menghadiri sidang media bersama Running Man yang dijangka akan diadakan pada 6 September 2013.

Running Man merupakan program realiti berkonsepkan gameshow urban-komedi yang disiarkan di saluran SBS sejak Julai 2010. Setiap episod akan menampilkan tetamu jemputan terdiri daripada selebriti popular, jaguh sukan mahupun individu berpengaruh di korea juga antarabangsa untuk bersaing dengan pasukan Running Man. Kedua-kedua kumpulan akan berdepan dengan pelbagai cabaran luar jangkaan, getir serta melucukan dan sesiapa yang dapat memenuhi misi, mereka di kira sebagai pemenang.

Jadi, kepada para peminat ‘Lelaki Berlari’ (Running Man), anda teruja nak jumpa hero-hero kesayangan ramai ini?

running-man-wallpaper

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

U MOBILE Broadens Footprint In SME & Enterprise Business Segments

Shahz Jaszle Nekad Mahu Kahwin Lari Dengan Puteri?