in

Konsert Sketsa Memori Life With DJ Dave

Jika korang membesar dengan lagu-lagu DJ Dave, pasti tertanya-tanya, tak adakah pihak yang ingin menganjur satu konsert khas untuk seniman popular ini. Budiey pun minat dengan lagu-lagu DJ Dave. Tak dapat kita nafi, suara beliau memang unik dan tidak ada yang boleh meniru gaya beliau. Tiada galang gantinya.

Dan ini berita baik untuk peminat DJ Dave, yang merindui persembahan dari beliau, untuk pertama kali dalam sejarah, DJ Dave akan mempersembahkan lagu popular beliau dalam satu konsert di Istana Budaya iaitu di Konsert Sketsa Memori Life With DJ Dave.

Selain menjemput penyanyi undangan seperti Dayang Nurfaizah dan Marsha Londoh, penyanyi yang menyambut ulang tahun kelahirannya pada 14 Februari lalu itu juga bakal muncul dengan sebuah album single bertajuk Nyawaku terbitan Datuk M. Nasir.

DJ DAVE

“Ini adalah album saya yang ke-40 sejak menyanyi 40 tahun lalu. Ia juga adalah kerjasama saya yang pertama dengan M. Nasir. Lagu Nyawaku berentak Latin dan saya sendiri yang meminta lagu itu daripadanya daripada tujuh lagu yang diberikannya kepada saya. Sementara itu, pada persembahan di Istana Budaya nanti saya akan membahagikannya kepada empat segmen iaitu dari era tahun 1970-an, 1980-an, 1990-an dan kini. Artis lain yang akan saya jemput antaranya Datuk Dr. Ahmad Nawab dan Uji Rashid,” jelasnya lagi.

Pada 8 Mac ini, Budiey dengar ada sidang media untuk mengumumkan tentang Konsert Sketsa Memori Life With DJ Dave secara lebih lanjutnya.

Untuk makluman, Konsert Sketsa Memori – Life With DJ Dave yang diterbitkan oleh Shah Dave Entertainment akan dipersembahkan pada 1 – 3 Jun 2012 di Panggung Sari, Istana Budaya.

Terbaek dari ladang kot.

DJ DAVE

Datuk DJ Dave is a man who enjoys keeping busy and staying fit. Dave is only too proud to show off his children Davina and Shazdarween whom he spends most Sundays with.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia’s Last Minute Deals

Ben 10 Destroy All Aliens