in ,

Konsert Separuh Akhir 2 Bintang RTM 2012

Konsert Separuh Akhir 2 Bintang RTM 2012

Enam peserta akan berentap malam ini menerusi Konsert Separuh Akhir 2 Bintang RTM 2012. Mereka adalah Farhan,16, Arie,23, dan Darren, 20, Hafsyam,25, Shalina,16, Shazia,19.

Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi para peserta untuk menunjukkan kemampuan masing-masing dalam persembahan nyanyian di hadapan juri prosefional sebelum melangkah ke peringkat minggu penyingkiran. Berbekalkan ilmu dan vokal yang mantap enam peserta bakal diberi dua buah lagu dan akan dipersembahkan secara medley.

Darren peserta cina dari Pulau Pinang yang gemar membawa lagu rancak bakal menyanyikan lagu bertajuk Suratan Atau Kebetulan ( Kenny,Remy,Martin ) dan Susun Silang Kata ( Aizat ). Peserta termuda Farhan, 16 tahun dari Kuantan,Pahang akan mempersembahkan lagu Kenangan Lalu ( Flybeat ) dan Berlari (Tomok ). Peserta ketiga, Shalina merupakan seorang pelajar dari Kedah punya vokal yang unik bakal membawa lagu Setia Kasih ( Halida ) dan Realiti Dewi ( Alyah ) , seterusnya Hafsham akan menyanyikan lagu Kepulangan ( Razif Ismail ) dan Inilah Cinta ( Akim ). Aree peserta kelima dari Sabah pula bersedia menerima cabaran dengan membawa dua buah lagu emosi iaitu bertajuk Kau Pergi Jua ( Adam Ahmad ) dan Seribu Impian ( Casey ).

Akhir sekali Shazia salah seorang peserta wanita yang memiliki karisma yang tersendiri akan menyanyikan lagu dari penyanyi idolanya iaitu Dato’ Siti Nurhaliza bertajuk Dialah Hati dan Ku Ingin Lari dari Dato’ Khatijah Ibrahim.

Menampilkan pengacara Muaz yang mengendalikan program selama satu jam setengah secara langsung dari Auditorium Perdana Angkasapuri. Turut dihiburkan dengan penampilan istimewa Sabhi Sadhi dengan membawa lagu Nadiku dan Kilafairy dengan lagu Romance. Juri professional yang menilai para peserta minggu ini ialah Hazami, komposer Adnan Abu Hassan dan juri jemputan Editor Kosmo! Meja Hiburan Encik Yusman Awang.

Siapakah diantara mereka yang bakal melangkah Pertandingan Akhir Bintang RTM 2012 ? Saksikan Konsert Separuh Akhir 2 pada hari Sabtu, 16hb Jun 2012 jam 9.00mlm secara langung hanya di TV2.

Menyusul Konsert Minggu Penyingkiran Persembahan dan Keputusan Separuh Akhir 12 peserta Bintang RTM 2012. 7 peserta bakal disingkirkan dan siapakah yang layak ke peringkat akhir BRTM 2012 ?

Konsert Separuh Akhir 2 Bintang RTM 2012

Konsert Separuh Akhir 2 Bintang RTM 2012

Konsert Separuh Akhir 2 Bintang RTM 2012

Konsert Separuh Akhir 2 Bintang RTM 2012

Konsert Separuh Akhir 2 Bintang RTM 2012

Konsert Separuh Akhir 2 Bintang RTM 2012

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GALAXY Tab 2 Series

Telemovie Petunjuk Lakonan Nas T Ika Nabila Puteri Mardiana