in ,

Konsert Cinta Shila Amzah Bakal Gegar China & Malaysia

Kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh penyanyi Shila Amzah. Setelah berjaya menakluk China menerusi gelaran juara di Pertandingan Asia New Singer Competition, Asian Wave dan terbaru, berjaya mewarnai program I’M A SINGER dengan paduan suara yang memukau.

Pada jam 3 petang tadi, Shila Amzah telah mengumumkan secara rasminya kepada media untuk mengadakan Konsert Cinta Shila Amzah yang akan diadakan di Malaysia dan China.

Budiey dahulukan dengan ucapan tahniah buat Shila Amzah. Ini merupakan konsert sulung Shila Amzah sepanjang kariernya dalam industri muzik. Tidak dinafikan, vokal suara boleh dikatakan yang terbaik di Asia.

shila amzah

Konsert Cinta Shila Amzah di Malaysia akan diadakan pada 13 September 2014 di Mega Star Arena, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Namun, terlebih dahulu Shila Amzah akan perform di hadapan peminatnya di Shanghai, China pada 16 Ogos 2014.

Antara yang membanggakan, konsert ini diterbitkan sepenuhnya produksi Malaysia di mana Jennifer Thompson akan bertindak sebagai penerbit konsert dan Helen Yap pula dilantik menjadi pengarah muzik.

Shila Amzah juga bakal mengundang seorang penyanyi lelaki untuk tampil sebagai artis jemputan. Setakat ini, masih belum ditentukan lagi siapakah penyanyi lelaki yang bakal berduet dengan Shila Amzah.

Berkonsepkan CINTA, konsep ini dianjurkan oleh Mega Ultimate dan Shila Amzah Entertainment bakal menyajikan semua lagu-lagu bertemakan cinta dari album Shila Amzah dan ada lagu cover dari penyanyi lain.

Tema ini dinamakan konsert cinta di mana Shila percaya bahawa tema ini akan membawa keamanan dan keharmonian sedunia. Dengan adanya cinta dalam hati kita, segala permusuhan akan dilenyapkan dan digantikan dengan persahabatan.

Tiket Konsert Cinta Shila Amzah bakal dijual tidak lama lagi dengan harga 1/VIP : RM268 3/PSI: RM138 4/PS2: RM88 (Harga tiket tidak mengandungi RM3 yuran pentadbiran.)

Sempena Konsert Shila Amzah, penyanyi yang juga anak kepada ND Lala ini akan kembali lagi ke Malaysia pada bulan depan untuk mempromosikan konsert ini dan merasmikan penjualan tiket konsertnya.

Hashtag rasmi konsert ini: #LoveConcertShilaAmzah

Sedang menemubual Shila Amzah yg bakal sibuk dgn persediaan Konsert CINTA Shila Amzah. Nantikan video temubual eksklusif Budiey bersama Shila Amzah di Youtube Channel Budiey.com. #shilalas #shilaamzah #KonsertShilaAmzah kredit photo: @joshuaongys

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Discovery Channel Siar Secara Langsung Terjunan di Gunung Everest

Maya Karin Lancar Album Teka-Teki