in

Dany Beler Tersingkir dari Maharaja Lawak Mega 2018

Perjuangan Dany Beler, satu-satunya peserta solo yang bertahan di pentas Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) terhenti di minggu ketujuh.

Bertemakan ‘Loghat & Dialek’, tugasan minggu lalu merupakan satu cabaran besar buat anak kelahiran Indonesia ini untuk memenangi hati barisan juri dan penonton.

Namun, juri Scha Alyahya memuji akan keberanian dan usaha yang dilakukan oleh Dany untuk terus beraksi di pentas MLM2018 serta memahami akan cabaran yang dihadapinya selaku peserta solo.

Dany Beler Tersingkir Dari Maharaja Lawak Mega 2018

Dany Beler Tersingkir dari Maharaja Lawak Mega 2018

Daripada segi persembahan, terdapat jalan cerita serta punchline lucu yang diselitkan namun cara penyampaian yang sama seperti minggu-minggu lalu menjadikan persembahannya kurang menarik.

Dalam pada itu, kumpulan Shiro, Masin dan Joras merupakan antara peserta yang cemerlang pada minggu lalu. Shiro berjaya meraih ‘5Ha’ daripada ketua juri, Douglas Lim, manakala Masin dan Joras masing-masing mendapat ‘4Ha’.

Di minggu kelapan ini, setiap peserta akan membuat persembahan lawak bertemakan ‘Parodi’ bersama dengan selebriti jemputan. Ayuh sama-sama kita saksikan persembahan daripada lapan peserta MLM 2018 secara langsung pada Jumaat ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sandra Oh & Andy Samberg Hos GOLDEN GLOBE® AWARDS Ke-76

Pereka Fesyen Norish Kareem Buka Butik di London