in

KL Zombie

KL DISERANG ZOMBI?

Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat resam ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi?

Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri. Mereka tidak tahu yang dunia yang mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah dan hanya Nipis yang mampu menyelamatkan keadaan.

Jika anda peminat BUKU FIXI, tentu anda tahu yang berikut merupakan sinopsis dari novel Zombijaya karya Adib Zaini yang akan diadaptasi ke layar perak oleh syarikat penerbitan dan pengedaran filem terbesar negara, Grand Brilliance dan akan diterbitkan dibawah anak syarikatnya, Lightbulb Pictures.

Hampir semiggu dalam penggambaran, filem ‘KL Zombie’ menampilkan bintang popular Zizan Raja Lawak yang memegang watak utama sebagai Nipis serta barisan pelakon baru yang berbakat besar seperti Siti Saleha, Izara Aishah, Faezah Elai, Zain Hamid, Iedil Putra dan Azhan Rani. Dengan skrip yang mencuit hati, filem ‘KL Zombie’ dijangka bakal menggelikan di samping menghiburkan hati anda.

“Selain merupakan filem pertama di Malaysia yang menampilan zombi sebagai watak pentingnya, filem ini juga istimewa dari segi proses pembikinannya dimana setiap efek khas dan soleknya diberi perhatian terperinci bagi memastikan hasil yang sesuai dengan tema filem ‘KL Zombie’. “Kami telah mencuba pelbagai jenis solekan hingga kami bertemu dengan yang paling sesuai untuk kedua karakter dan filem ini”, ujar pengarah Wo Ming Jin yang turut merupakan pencetus bagi karya asal novel Zombijaya.

Dijangka ditayangkan pada tahun 2013, filem ‘KL Zombie’ sememangnya merupakan filem yang harus ditonton jika anda ingin menyaksikan sesuatu yang berlainan dalam industri filem kita.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ngorat Aaron Aziz & Erra Fazira

Airasia X Kuala Lumpur Sydney