Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Keputusan Muzik-Muzik Separuh Akhir Kategori Irama Etnik Kreatif



Tahniah buat 3 pencipta lagu dan lirisis untuk 3 buah lagu yang terpilih ke Anugerah Juara Lagu 22. Tiga buah lagu tersebut adalah Samudera, dendangan Nora ciptaan Johan Nawawi dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya, Kasihnya Balkis nyanyian Aishah ciptaan oleh Adnan Abu Hassan serta lirik oleh Moharis Yaakup, dan Dirgahayu ciptaan Eddie Hamid dan lirik oleh Hairul Anuar Haron yang dipersembahkan oleh Ramlah Ram.

Ironinya, 3 buah lagu yang berjaya dinyanyikan oleh 3 orang diva yang sebelum ini pernah menyertai pertandingan ini. Tahniah dan selamat berjaya buat Aishah, Nora dan Ramlah Ram. Apakah penyanyi lama yang mengambil bahagian untuk katergori pop rock dan balada juga akan terpilih? Yang penting, ini bukan pertandingan untuk penyanyi. Seharusnya kita perlu melihat pada kekuatan lagu dan kreativiti seni lirik itu sendiri.

Kepada lagu-lagu yang tidak berjaya… korang semua sudah melakukan persembahan sebaik mungkin. Lagu Joget Cinta Sakti nyanyian Rosma dan Haziq, Nazam Asmara (Nas Adila), Seteguh Cinta (Waheeda), Lagu Penglipurlara (Farawahida), Suryakanta (Zehra Zambri), Joget Gadis Melayu (Syura) dan Istimewa Tiada Dua (Nice dan Hazami) sebenarnya power-power juga.

Mengapa hanya 3 buah lagu sahaja yang terpilih untuk kategori ini sedangkan untuk kategori lain sebanyak lima buah lagu akan diusung ke final? Ini kerana jumlah pencalonan lagu yang amat rendah di dalam kategori ini. Kita tunggu pusingan separuh akhir kategori Balada dan Pop Rock yang akan diadakan pada minggu seterusnya pada hari Ahad jam 9 malam di TV3.

[tags]c[/tags]

Tags: , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Senarai Lagu Berjaya Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik
  • Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 2009
  • Lagu Tanpa 6ixth Sense Berjaya Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik
  • Siapa Pemenang Separuh Akhir Muzik-Muzik Pop Rock Malam Ini?
  • Separuh Akhir Muzik-Muzik 24
  • Top 5 Muzik Muzik Separuh Akhir Minggu Ke-2
  • Dior, Mawi & Heliza, Fazli Zainal, Farawahida di Semi-final Muzik-Muzik
  • Meet Uncle Hussin Tarik Diri Dari Bertanding Muzik Muzik
  • Tiket Percuma Pentas Muzik Muzik 26 Separuh Akhir
  • Trivia: Rambut Penyanyi Mana Ni



  • 7 Komen untuk entri “Keputusan Muzik-Muzik Separuh Akhir Kategori Irama Etnik Kreatif”

    1. Badiuzaman kata:

      Tahniah pada yang berjaya… Moga “Samudera” akan menjadi juara nanti :)

    2. LATT kata:

      MENANG @ GAGAL YANG PENTING MEMATANGKAN INDUSTRI MUZIK UNTUK MENGHARUMKAN NAMA MALAYSIA SEHEBAT ANGKASAWAN KITA ,MARILAH RAKYAT MALAYSIA PERLIHATKAN DI MATA DUNIA, WALAUPUN ZAHIR PETA DUNIA MALAYSIA KECIL TAPI SEMANGAT INFINITI.MADE INI MALAYSIA (ORIGINAL NOT SPICEY)

    3. LATT kata:

      i nak tanye para komen dlm laman ni, siapa yg gi alam sentral pada mlm tu ?

    4. LATT kata:

      di pentas secara live mmang beza dari nonton tv contoh semasa melangkah masuk dan kluar pentas cara artis menghargai peminat setia , gak

    5. LATT kata:

      nak tak kta kat laman ni siapa teka tepat top 5 kta salute mcm tabik spring le, ramai x 2 & minta dia komen nape pilihan, baru lah ada kick . AMACAM ADA BERANI

    6. LATT kata:

      APA KATA PARA PENGANJUR BAGI TIKET PERCUMA BERTARAF VIP PADA KITA SMUA PADA PERINGKAT AKHIR NANTI, HALO KWN X 2 SOKONG LE

    7. LATT kata:

      HALOOOOOO RESPONSE LEEEE…….

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK