in , ,

Apa Citer dengan Celine Dion – Taking Chances New Album Listening Party

Sabtu, jam 11 pagi tanggal 10 November, Budiey telah menghadiri “Celine Dion New Album Listening Party” yang diadakan di Cineileisure Damansara anjuran Sony Music Malaysia.

Dalam pada masa yang sama, Budiey juga mendapat jemputan daripada Mark Multinum Records untuk menghadiri Majlis Pelancaran Album Alamband yang diadakan sempena dengan Perlawanan Bowling Inter FC anjuran Alamorphosis di Berjaya Times Square. Di kesempatan ini, Budiey menghulur sepuluh jari memohon maaf kepada Mark kerana tidak dapat hadir majlis tersebut. Juga Budiey agak ralat kerana sudah berjanji dengan Mark untuk menyertai team bowling Alamband. Minta maaf banyak. Lagi pun Budiey tidak berapa reti main bowling. Paling memalukan, Budiey mengaku selama hayat Budiey tidak pernah memegang bola bowling pun. Believe it or not? Believe it! Kekampungan sangat kan saya nih?

Saya tertarik untuk ke parti ini pun atas dasar saya begitu fanatik dengan lagu-lagu Celine Dion dari dulu hingga sekarang. Ternyata, lagu-lagu seperti I Love You, Hate You Then I Love You, Lets Talk About Love dan I Surrender menjadi lagu wajib saban hari.

1950457200 891C28078F O | 4

Kembali kepada entri kita, acara sidang pra dengar album terbaru Celine Dion – Taking Chances ini juga dihadiri oleh media dan juga pemenang yang membuat panggilan di Radio Mix FM dalam Celine Dion Listening Party dari 29 Oktober hingga 9 November di mana pemenang utama akan dihantar ke Shanghai untuk menyaksikan Konsert Live Celine Dion di sana. Hebat dan seronokkan?

Sehebat dan seseronok duaronok juga lagu-lagu baru yang saya dengar dalam album yang dikatakan “The Long Awaited New Album” ini. Saya teruja sekali kerana mendapat CD promo album Celine Dion – Taking Chances yang akan dilancarkan pada 13 November 2007 (Selasa ini) oleh Sony BMG. Kiranya, saya antara warga Malaysia pertama yang menggenggam album ini sebelum ianya diedarkan di pasaran. Wow! So Amazing! Album ini mengandungi 16 buah lagu yang punya muzik, citarasa, genre dan sentuhan berbeza dan unik sekali. Setelah sesi pra dengar, saya suka dengan lagu A Song For You, Taking Chances dan Eyes On Me.

1949831393 B412248F6B O | 5

Ketika parti berlangsung, media disajikan dengan lagu-lagu terbaru Celine Dion dan yang istimewanya kami ditayangkan satu klip 45 minit yang memaparkan behind the scene footages ketika Celine Dion menjalani sesi merakamkan album ini. Banyak perkara dan pengalaman suka duka yang saya dapat ikuti terutamanya gelodak dan luahan jiwa diva sepanjang zaman ini ketika sesi rakaman. Lawak pun ada.

Tersentuh hati sampai saya nak nangis pun ada gak. Terutama sekali masa temubual dan aksi-aksi lucu serta gelagat Celine Dion masa menjiwai lagu. Yang saya tidak boleh lupa… sebenarnya banyak kali juga Celine ditegur, ditengking dan dimarahi oleh producer. Bukan senang untuk menghasilkan yang terbaik ni you all.

Terbukti, seorang diva seperti Celine Dion pun terpaksa menjalani proses berulang-ulang kali untuk merakam sebuah lagu. Namun, ada kalanya, Celine nampak enjoy dan rileks. Ada kala nampak Celine tertekan kerana terpaksa mengikut kerenah producer dan pencipta lagu.

Pra jualan juga diadakan pada parti tersebut di mana CD Album ini dijual dengan harga RM34 sahaja.

Ulasan dan review album Celine Dion – Taking Chances akan menyusul nanti.

Website Rasmi Celine Dion: http://www.celinedion.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Fasha Sandha & Farid Kamal Merendek?

Keputusan Muzik-Muzik Separuh Akhir Kategori Irama Etnik Kreatif