in

Keputusan Kajian Pembaca Sensasi Selebriti Di Tahun 2007

Masih ingat lagi dengan satu kajian yang saya letakkan di sidebar blog ini? Kalau anda masih ingat, kajian undian pembaca untuk beberapa info pembaca diletakkan dari 24 April 2007 hingga 18 Mei 2007.

Budiey ingin mengucapkan terima kasih kepada Advertlets kerana menyediakan kajian tersebut. Sebanyak 258 orang pembaca telah mengambil bahagian dan keputusannya seperti berikut:

1. Jantina pembaca Sensasi Selebriti
Lelaki: 73 Votes – 28 %
Perempuan: 185 Votes – 72 %

Analisa: Kaum perempuan sememangnya suka membaca blog dan antara pelayar internet paling ramai. Mungkin mereka mempunyai banyak masa atau sudah menjadi kegemaran dan rutin harian. Dari segi pengiklanan, sudah tentu blog ini menjadi faktor atau tarikan utama bagi iklan produk kecantikan wanita. 🙂

2. Umur pembaca
12 tahun ke bawah – 8 undian – 3 %
13-15 tahun – 29 undian – 11 %
16-20 tahun – 59 undian – 23 %
21-25 tahun – 83 undian – 32 %
26-30 tahun – 43 undian – 17 %
31-40 tahun – 30 undian – 12 %
41 and above – 6 undian – 2 %

Analisa: Remaja berumur lingkungan 21-25 tahun adalah antara golongan yang paling ramai yang membaca blog. Mereka yang berada di pertengahan remaja yang masih mencari pekerjaan atau tidak tahu apa nak buat di rumah. Umur sebegini selalunya minat dengan dunia glamour hiburan tanahair.

3. Pekerjaan
Pelajar – 132 undian – 51 %
Pekerja sambilan – 25 undian – 10 %
Ekskutif- 33 undian – 13 %
Pengurus – 9 undian – 3 %
Usahawan – 5 undian – 2 %
Profesional – 37 undian – 14 %
Tidak bekerja – 17 undian – 7 %

Analisa: Mungkin benar, golongan pelajar antara yang suka melayari blog hiburan. Selain suka membaca bahan bacaan di internet, mereka juga suka membeli majalah hiburan sampai sanggup meengumpul duit semata-mata mahu membeli majalah kegemaran mereka.

4. Adakah mereka menulis blog?
Blogger – 122 undian – 47 %
Bukan blogger – 135 undian – 53 %

Analisa: Jumlahnya agak seimbang. Tetapi golongan bukan penulis blog adalah yang paling ramai membaca blog ini. Apa-apa pun, kepada semua pembaca, terima kasih atas sokongan anda!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Finalis Akademi Fantasia 5, Tahniah Buat Semua Pemenang! Sukses Selalu

Gambar Terbaharu Heliza Helmi di Sidang Media Konsert Akhir AF5